MasterChef Selebriti Malaysia Astro Ria. Rasanya semua sudah tahu bahawa akan ada rancangan MasterChef Malaysia yang baru iaitu musim kedua. MasterChef Malaysia Astro Ria Musim Pertama telah berlalu dan kini ianya digantikan dengan MasterChef Malaysia Astro Ria Musim Kedua yang dipanggil dengan MasterChef Selebriti Malaysia yang dibawakan oleh Astro Ria nanti dan akan mula bersiar pada 26 Mei 2012 ini nanti.

MasterChef Selebriti memulakan penggambaran pada 27 Mac dan bakal bersiaran di Astro Ria setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei 2012. MasterChef Selebriti Malaysia bakal ke udara selama empat kali seminggu selama 28 episod. Perlu diketahui juga yang mana konsep MasterChef Selebriti Malaysia ini bakal menyaksikan seramai 16 selebiriti akan berentap untuk menyumbang wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal. Sesuatu konsep yang amat baik bagi sebuah rancangan hiburan.

masterchef selebriti

masterchef selebriti

Dibawah ini adalah 16 Senarai Peserta Masterchef Selebriti Malaysia 2012 Astro Ria. Antara MasterChef Selebriti Malaysia yang terlibat adalah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali dan Louisa Chong.

Juri MasterChef Selebriti Musim Kedua bagi program ini mengekalkan Chef Jo dan Chef Zubir kecuali Chef Riz yang ditukarkan kepada juri baru iaitu Chef Adu Amran. Rasanya tak sabar nak menonton rancangan ini nanti. Maklumlah saya minat rancangan sebegini walaupun saya lelaki dan kurang memasak. Rancangan sebegini ada manfaat dan ada pelbagai kelainan dalam masakkan sambil melihat selebriti yang kita minat berjuang untuk terus mara kehadapan. Untuk mengikuti update terkini boleh lah melawat Facebook Masterchef Malaysia ini.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)