Pandangan Seorang Blogger Terhadap Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya @ Lebuhraya Percuma. Alhamdulillah, sejak aku membuat pandangan ringkas akan Isu PTPTN tempoh hari didalam blog ini telah mendapat sambutan ramai lebih lebih lagi dari kalangan bukan blogger apabila mereka menggunakan nama samaran bagi menyatakan pendapat mereka didalam kotak komen dalam Isu PTPTN yang aku ketengahkan. Malah Isu PTPTN yang aku ketengahkan telah mendapat jumlah “LIKE” yang sangat banyak berbanding mana mana artikel yang aku keluarkan sejak berblogging. Tahniah kepada pembaca yang bersedia beragumentasi dalam keadaan yang sederhana.

Pada kali ini suka kiranya aku ingin mengupas akan Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya ataupun Isu Lebuhraya Percuma yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR). Sebelum kita pergi lebih jauh, sekali lagi aku ingatkan perbincangan ini haruslah bersifat sederhana dan kita sama tolak ketepi sentimen ke-Partian supaya kita melihat sesuatu isu itu dengan minda terbuka dan positif diatas skop Logik & Realistik.

Lebuhraya Utara Selatan

Lebuhraya Utara Selatan

Ingat, tajuk yang aku cuba bawa bukanlah isu politik, akan tetapi lebih kepada isu semasa dan bagaimanakah kita menilai sesuatu isu itu didalam konteks yang lebih sederhana. Pada Isu PTPTN yang lepas korang akan dapati aku lebih memihak kepada penyelesaian Penghapusan Riba dalam PTPTN berbanding Penghapusan terus PTPTN bagi memberikan pendidikkan percuma. Hal itu terjadi kerana kemungkinan pihak PR kurang atau tidak berjaya meyakinkan aku dengan hujah hujah yang meyakinkan bagaimana Logik & Realistiknya menghapuskan terus PTPTN dan menukarkannya dengan Pendidikkan Percuma ataupun ianya kelemahan dari diri aku sendiri apabila maklumat sebenar tidak tersalur dengan betul untuk aku menganalisanya sendiri.. Ok kita stop dahulu isu PTPTN ini.

Berbalik kepada isu kali ini iaitu Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya ataupun Isu Lebuhraya Percuma yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR). Secara umumnya aku lebih kearah menentang akan pemansuhan lebuhraya. Ramai yang bertanyakan tidakkah aku mahu untuk mendapatkan Tol Lebuhraya Percuma? Soalan soalan sebegini selalunya kita dengar dari pihak yang fanatik. Mereka menanyakan soalan yang bersifat berlawanan kerana sokongan tidak berbelah bahagi terhadap parti. Soalan soalan seperti “Kau tak nak ke Islam memerintah?”, “Kau ni Islam ke tak?”, “Ko tak nak ke Pendidikkan Percuma?”, “Ko tak nak ke Malaysia bebas dari rasuah?”, “Kau nak ke tengok bangsa kita berpecah?”, “Kau dah lupa ke jasa jasa kerajaan selama ini?” dan pelbagai lagi soalan soalan skeptikal seperti itu. Kebanyakkan dari kita hanyalah penyokong bulat bulat terhadap apa yang parti yang kita sokong katakan tidak kiralah parti sebelah A atau pun B

Semalam aku ada melihat video ceramah dari pihak Pakatan Rakyat (PR). Aku ni jenis yang melihat semua video. Video ceramah dari Barisan Nasional (BN) mahupun dari Pakatan Rakyat (PR) aku tonton semua tanpa memihak kepada mana mana. Apa yang aku setuju aku setuju, dan apa yang tidak aku tidak setuju dan semuanya bergantung kepada hujah masing masing. Dengan cara ini kita dapat melihat sesuatu diluar skop mata parti dan kita akan mampu menganalisa sesuatu isu dengan lebih baik dan bukannya pakai percaya bulat bulat.

Berbalik kepada video ceramah dari Pakatan Rakyat oleh YB Saifuddin Nasution yang aku baru sahaja tonton. Nampaknya argumentasi dan hujah hujah beliau aku dapat terima dan aku setuju yang Pemansuhan Tol Lebuhraya ataupun Isu Lebuhraya Percuma dapat dibuat dan ianya Logik & Realistiknya untuk dilakukan. Mengapa aku bersetuju dan mengatakan iainya Logik & Realistik untuk diterjemahkan? Ada fakta fakta yang menarik dan logik yang mampu MEYAKINKAN aku yang TOL PERCUMA mampu direalisasikan.

.

Fakta Fakta Mengapa TOL PERCUMA/Pemansuhan Tol Lebuhraya boleh dilaksanakan:

1. Panjang  Lebuhraya Utara Selatan adalah 973KM

2. Collection tahunan PLUS adalah RM2 billion

3. Mendapat pampasan dari kerajaan setiap tahun sebanyak RM800 juta akibat keengganan kerajaan        membenarkan kenaikkan kadar tol setiap tahun mengikut perjanjian

4. Jumlah pendapatan tahunan TOL PLUS adalah RM2.8 billion

5. Kos maintenance Plus adalah RM300 juta setahun

6. Kos pentadbiran dan Gaji pekerja adalah RM300 juta setahun

7. Jumlah kos TOTAL yang terpaksa ditanggung oleh tol PLUS adalah RM600 juta setahun

8. Jumlah Pendapatan Bersih tol PLUS adalah (RM2.8 billion – RM600 juta) = RM2.2 billon setahun

9. 70% pemegang saham didalam Tol PLUS adalah milik kerajaan melalui GLC (Gov Link Company)

10. Pakatan Rakyat (PR – Jika menjadi kerajaan) bercadang membeli baki saham 30% didalam tol PLUS dan menjadikan Tol PLUS milik penuh kerajaan 

11. Baki saham 30% yang ingin dibeli nanti adalah bernilai RM8 billion

12. Pemilikkan Tol PLUS menjadi milik kerajaan 100% (jika pembelian baki saham 30% berjaya dibeli)

13. Pakatan Rakyat (PR – Jika menjadi kerajaan) akan mengumumkan Tol Lebuhraya percuma

14. Kerajaan hanya perlu membayar kos tahunan sebanyak RM600 juta berbanding pampasan RM800 juta

15. Lebuhraya menjadi percuma, kos pengangkutan menurun dan memberi kesan baik terhadap harga barangan di pasaran

.

Setelah melihat kepada fakta fakta diatas, aku melihat ianya logik & realistik untuk dilakukan dan dengan itu secara kesimpulannya aku menyokong TOL dimansuhkan. Harap semua pembaca faham bahawa aku tidak menyokong atau pro kepada mana mana parti. Akan tetapi ulasan dan pendapat aku hanyalah lebih kepada logik & realistiknya sesuatu isu yang gemburkan dengan hujah dan fakta. Jika hujah dan fakta diberikan dengan benar, maka aku aku akan menyokong isu itu tidak kira mana mana parti pun selagi ianya berlandaskan logik akal dan bukannya retorik semata mata. Bersederhanalah didalam apa pun, jadilah manusia yang menyokong kerana benar bukan kerana fanatik. Peace to all dan selamat membaca. Jika mahu baca akan Isu PTPTN yang aku ceritakan sebelum ini, sudikanlah tekan di sini {ISU PTPTN}. Berikan komentar anda semua dibawah…. Selamat Membaca………… :)

.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)