Pelan Rumah Impiana Casa Kluang Johor

Pelan Rumah Impiana Casa Kluang Johor. Esok dah mula masuk bulan 6. Rasanya tak sabar dah aku nak menunggu lagi dua bulan lagi untuk mendapatkan kunci pertama rumah aku iaitu pada bulan ogos nanti. Mengikut perancangan pihak pemaju, rumah yang aku beli itu paling awal diserahkan kuncinya seawal bulan 8 nanti dan selewat lewatnya hujung tahun ini. Aku harap harap rumah akan dapat aku miliki seawal mungkin. Bukan tidak sabar akan tetapi pihak bank telah pun memberikan arahan kepada aku untuk memulakan pembayaran pinjaman rumah sejak penghujung bulan Februari awal tahun ini. Tentulah aku rasa tak sabar memandangkan rumah belum dapat dan boleh diduduki akan tetapi sudah mula membuat bayaran.

Pengalaman pertama kali beli rumah ini menjadikan ianya suatu pengalaman pertama buat aku sejak bergelar seorang pekerja dan seorang lelaki dewasa yang biasanya di panggil Lelaki Kacak. Sebentar tadi baru sahaja aku membuat pembayaran pinjaman perumahan terbaru bagi bulan ini dan disebabkan ini aku terfikir untuk membuat entry berkenaan beli rumah. Aku tidak mahu membincangankan tentang cara cara pembelian rumah kerana aku telah pun membincangkannya sebelum ini. Cumanya kali ini entry hanya lebih kearah santai iaitu tentang pelan pembangunan rumah teres.

Impiana Casa Kluang Johor

Impiana Casa Kluang Johor

Untuk melihat pelan rumah teres yang aku beli sebelum ini bolehlah melihat Pelan Rumah Aenicia House Taman Seri Impian Impiana Casa Kluang Johor disini. Gambar diatas adalah sebuah pelan pembangunan perumahan teres  milik pemaju yang telah aku copy. Kedudukkan rumah yang aku beli adalah dibahagian depan menghadap jalan raya. Akan tetapi jalan raya tersebut bukan jalan utama dan tentulah kedudukannya strategik kerana ia mampu mengurangkan kadar “kebisingan” lalu lalang kenderaan. Dan yang paling best kawasan rumah yang dibeli ini dipagar dan mempunyai pondok pengawal untuk mengawal keluar masuk kenderaan dikawasan rumah ini. Terbaik..

Sebenarnya rumah yang aku beli ini dikawasan johor dan pula aku sekarang bekerja diutara tanah air. Jadi dengan segeranya jika rumah itu siap dan serahan kunci rumah berlaku dengan awal, maka aku akan dapat me-renovated dan menyediakan rumah tersebut untuk diberi sewa kepada penyewa penyewa rumah. Dan dengan itu kos bulanan akan dapat diturunkan dan aku boleh tumpukan kewangan dengan perkara lain yang lebih memerlukan seperti bisnes dan lain lain. Kawan kawan dah beli rumah? Jom beli rumah!, Kalau tidak sekarang, bila lagi?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge