wanwidget melancarkan aplikasi android yang pertama. Selamat malam semua. Hari ini aku ingin menceritakan akan perihal aku telah pon membina dan melancarkan aplikasi android yang berbentuk apps untuk blog aku. Korang faham tak apa yang aku maksudkan? Aku telah membuat satu aplikasi android milik sendiri yang mempunyai icon “berwajah sendiri” dan apabila aplikasi “apps” dijalankan maka akan terpampanglah wajah blog aku. Tujuan aplikasi android yang aku buat adalah untuk menyenangkan aku membuka blog sendiri dengan menggunakan aplikasi android sendiri.

Maaf, aku berada dipejabat so aku tidak dapat menunjukkan rupa bentuk icon aplikasi android yang aku buat. Gambar dibawah ini adalah rupa bentuk interface blog aku di tablet mahupun dismartphone apabila aku menjalan aplikasi yang aku baru bina tu. Sebenarnya ini adalah langkah pertama bagi aku untuk memahami bagaimana ingin membina aplikasi android secara mudah.

AppsGeyser

AppsGeyser

Untuk mendownload dan mencuba aplikasi blog android wanwidget korang bolehlah cuba mendownloadnya dengan menggunakan scan QR code yang aku letakkan di widget sebelah kanan blog ini. Cuba dahulu pastu kalau nak buang boleh buang. Tidak kisah, hanya ingin mengetahui pendapat kawan kawan didalam blog ini sahaja.

Semalam juga aku telah men download android sdkfile untuk memulakan kajian bagaimana aplikasi android itu dibina. Semalam aku belajar setakat basic sahaja, insyaallah lepas ni belajar lebih lagi. Kalau tidak menyusahkan, aku ingin membuat aplikasi ringkas untuk pengguna android (kalau berjaya lah). Dan kalau aku berjaya, aku boleh buat duit melalui jualan aplikasi tu. Harap harap aku lepas dan mampu untuk belajar akan code code android yang memeningkan itu dan tidak berhenti ditengah jalan sahaja. Minta doa dari kawan kawan… Assalamualaikum… :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)