Car Loan Early Settlement Malaysia. Adakah korang sedar yang bank EON Bank telah pun diambil-alih atupun telah pun bertukar kepada Hong Leong Bank Malaysia. Pinjaman “car loan” aku adalah dari bank EON Bank dan memandangkan bank Eon Bank telah pun diamblil-alih, maka akaun pinjaman aku secara automatik bertukar tangan menjadi pinjaman kereta Hong Leong Bank. Semasa ingin membuat bayaran terdapat beberapa masalah ini kerana no akaun kereta sedang menjalani proses integrasi untuk membentuk satu no akaun kereta yang baru. Akan tetapi masalah telah dapat diselesaikan dan pembayaran pinjaman menjadi lancar kembali dengan no akaun yang baru.

Baru sahaja tadi aku membuat bayaran pinjaman kenderaan menggunakan mesin deposit dan aku saja saja membuat rajin dengan berjumpa dengan kerani/personal person/pegawai disitu untuk melihat akaun pinjaman kereta aku samada pembayaran sebelum ini ada masalah atu pun tidak. Alhamdulillah semuanya pembayaran tiada masalah. Tengah pegawai bank tersebut melihat lihat akaun aku, secara tidak sengaja aku melihat nilai nilai RM iaitu jumlah pinjaman dan baki pinjaman kenderaan aku di skrin komputer beliau.

Bila aku melihat nilai nilai pinjaman tersebut, aku secara tidak sengaja mendapat idea untuk bertanyakan lanjut berkenaan pinjaman kereta. Aku bertanyakan pada beliau adakah nilai yang terpapar di skrin itu adalah baki pinjaman. Beliau menganggukkan kepala. Wah, baru aku tahu yang jumlah baki pinjaman aku hanya tinggal RM24,085.36 ringgit Malaysia.

Car Loan Early Settlement Malaysia

Car Loan Early Settlement Malaysia

Didalam kepala aku mula memikirkan cara cara untuk menghabiskan hutang sebanyak RM24K ini dengan kadar segera dan pantas. Aku bertanya adakah jika aku membayar hutang pinjaman kereta dengan cepat atau pun sekaligus aku akan mendapat diskaun! Beliau mengiyakan kata aku dan menunjukkan kira kira bagaimana kiraan dibuat dan berapakah jumlah diskaun/penjimatan yang akan aku dapat sekiranya pembayaran awal dibuat dari tarikh yang ditetapkan. Maknanya pembayaran hutang secara cepat/lump sum/full settlement memang boleh dilakukan, malah mendapat diskaun/rebet.

Jika dilihat dari gambar diatas, aku membuat pinjaman kereta selama 9 tahun. Aku sudah pun membuat pembayaran kereta setiap bulan selama hampir 4 tahun. Ditahun hampir tahun keempat ini jumlah pinjaman aku telah menjadi RM24K. Jika aku berhasrat membayar sekaligus hutang kereta, maknanya aku hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM20K sahaja dan RM3756 tidak perlu dibayar dan dianggap sebagai diskaun. Perlu diingatkan yang pegawai itu juga mengatakan jika hutang kenderaan tinggal RM+/-5000, maka diskaun tidak akan diberikan. Bila balik rumah aku mencari cari info berkaitan “Car Loan Early Settlement Malaysia” ini dan rupanya terdapat “Car Loan Settlement Calculator” untuk membuat kira kira berapakah diskaun yang boleh kita dapati jika membuat “early settlement”. jika ingin mencuba boleh lah melawat website ini dan ketahui diskaun “Car Loan Early Settlement Malaysia” korang sendiri disini {http://www.autoworld.com.my/v2/tools/loan_settlement.asp}

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)