Cimb Aviva Bijak Malaysia. Korang semua dah join contest seo Eyriqazz vs Denaihati, kalau belum boleh berbuat demikian sekarang. Ok berbalik kepada tajuk. Tadi aku pergi ke bank CIMB, maklumlah hari ni gaji, so pergilah bank untuk membuat urusan bulanan apa yang patut. Pelik gak lah, aku pagi pagi tadi sejak pukul 6 pagi lagi sudah transfer secara online wang tunai dari cimb bank kepada akaun bank rakyat. Pukul 3 petang aku pergi check akaun masih lagi belum success. Buntu juga. Tak kan sudah petang pun belum berjaya transaksi tu.

Akibat buntu, aku bertanya kan pegawai di Cimb Bank. Beliau mengatakan itu adalah hal biasa jika melakukan pemindahan wang menggunakan kaedah online. Setelah dijelaskan aku menerima penjelasan tersebut. Sempat juga pegawai bank cimb tersebut “Sambil menyelam minum air”. Beliau memperkenalkan kepada aku sebuah program yang dinamakan “Bijak Malaysia” oleh Cimb Bank dari cabang Cimb Aviva. Program Cimb Aviva Bijak Malaysia ini adalah sebuah program simpanan yang baik yang ditawarkan kepada pelanggan.

Cimb Aviva Bijak Malaysia

Cimb Aviva Bijak Malaysia

Program Cimb Aviva Bijak Malaysia yang ditawarkan menawarkan pelanggan untuk membuat simpanan paling minimum RM100 dan maksimum RM500 sebulan. Simpanan tidak dibenarkan ambil sehingga 3 tahun. Katakan jika kita mengambil pakej simpanan RM100 sebulan. Maka selepas 3 tahun baru boleh ambil simpanan tersebut dan ditambah lagi bonus wang tunai oleh Cimb bank kepada kita sebanyak RM1300 (bergantung kepada umur). Dengan kata lain, dengan membuat simpanan tetap RM100 sehingga umur 55 tahun, di dalam tempoh tersebut iaitu setiap 3 tahun kita akan mendapat bonus wang tunai sebanyak RM1300. Rm1300 setiap 3 tahun sekali akan diberikan sehingga umur 88 tahun.

Perbandingan jika pelanggan berumur 25 tahun (contoh)
1. RM100 (bulanan sehingga berumur 55 tahun) - RM1390 bonus setiap 3 tahun sehingga umur 88
2. RM200 (bulanan sehingga berumur 55 tahun) - RM2920 bonus setiap 3 tahun sehingga umur 88
3. RM300 (bulanan sehingga berumur 55 tahun) - RM4450 bonus setiap 3 tahun sehingga umur 88
4. RM500 (bulanan sehingga berumur 55 tahun) - RM7515 bonus setiap 3 tahun sehingga umur 88

Bayaran bulanan (simpanan) hanya sehingga berumur 55 tahun. Tujuan utama adalah bagi menyediakan satu pelan simpanan ala ala EPF untuk jangka masa panjang. Bagi aku ini satu program yang baik kerana ia menyediakan satu pelan simpanan. Aku tidak rugi apa apa melainkan membuat simpanan dan juga program ini juga menyediakan insuran kematian dan juga kemalangan. Masa aku pergi ke cimb bank tadi, pegawai disana memaklumkan yang hari ini adalah hari terakhir kerana saiz dana untuk program ini hanya disediakan sehingga ke hari ini sahaja. Kalau dibuka lagi dimasa akan datang maka pelanggan boleh lah meningkatkan saiz simpanan bulanan bagi menikmati bonus setiap 3 tahun yang lebih tinggi.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)