Isu Tudung Kepala Wanita Muslim dan bukan Muslim
Entry/post pada kali ini lebih bercorak ilmiah dan agak ringan. Tajuk yang ingin aku bawa pada hari ini adalah pasal seputar Isu Tudung Kepala Wanita Muslim dan bukan Muslim. Ada apa dengan tudung dan kenapa dengan tudung kepala wanita. Ulasan pendapat peribadi aku ini bukan isu akan halal dan haramnya tudung wanita akan tetapi ulasan aku ini berkisar akan tentang pendapat umum masyarakat dunia tentang Tudung Kepala Wanita Muslim. Relevenkah amalan agama dipraktikan didalam zaman dunia yang moden masa kini?
Kalau kita lihat berita diluar negara atau eropah, mereka besungguh sungguh ingin melaksanakan undang undang mengharamkan pemakain tudung kepala atau lebih senang disebuat sebagai scraf/veil/hijab/niqab. Mereka melihat ajaran agama Islam sebagai amalan kuno dan ketinggalan zaman dan kebebasan hak sama rata tidak diberikan kepada wanita muslim. Adakah Islam tidak adil? Adakah hak sama rata tiada didalam Islam?

Tudung Kepala
Sebenarnya pemakaian penutup kepala atau tudung ini adalah kewajiban dan juga adalah perintah Allah. Ia bukannya datang dari manusia yang bergelar suami, akan tetapi ia adalah perintah tuhan. Mereka iaitu pihak kristian tidak atau pura pura sengaja tidak nampak bahawa kewajiban menutup kepala juga terdapat didalam ajaran Bible. Malah ibu kepada Jesus juga memakai tudung. Kalau tidak percaya taipkan perkataan Mary (mother of Jesus) dan pilih image, korang akan melihat hampir majoriti gambar adalah bertudung. Jikalau Ibu Jesus pon bertudung dan ditambah dengan “Suruhan bertudung didalam Bible“, kenapa pula orang orang kristian nak mengharamkan tudung kepala kepada Wanita Muslim.
Sebenarnya kita perlu kepada cara dan pendekatan baru bagi memahamkan Islam kepada orang Islam dan juga bukan Islam. Ramai yang melihat “Islam” itu maknanya tidak boleh itu dan tidak boleh ini. Tanggapan seperti inilah yang memberatkan kelancaran Islam itu sendiri. Didalam Islam semua makanan kita boleh makan kecuali “pig” dan lain lain yang kecil. Dalam Islam semua minuman itu boleh diminum kecuali “Arak” dan sebahagian lain lain yang kecil. Dalam Islam semua pakaian itu boleh dipakai kecuali yang mendedahkan aurat. Sebenarnya itu sahaja halangannya malah sedikit dan tidak membebankan. Mari belajar ilmu hadis dan juga mazhab supaya kita menjadi Muslim yang sederhana dan tidak fanatik dan juga mampu memberi hujah hujah dengan cara yang baik dan berilmu. Allah sangat menyukai orang yang suka berfikir walaupun sejenak dari banyaknya beribadat tetapi jahil kerana kurangnya ilmu dan kurangnya berfikir. Fikir fikirkan dan renung renungkan……. Assalamualaikum….
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013
yela..malangnya kalo menjdi ikutan..dah lari niat utk pki tudung..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Pertanian Bandar
Wanitan muslim diluar sana perlu ambil perhatian hal ini.
akubiomed recently posted..Separuh dari rakyat Malaysia membazirbetul…perlu di ambil perhatian sangat…
dzuandiey recently posted..[Tips] Jangan Korek Hidung Guna Tombol Gear
kekadang aku kesian melihat wanita muslim diluar negara khususnya ditekan oleh pemerintah berkaitan dengan hal-hal islam.
hatiputera recently posted..BERJAYA BUAT GOOGLE SNIPPETSinfo yang berguna
ZAM recently posted..Android latest update 2012 – Samsung Galaxy S3 INTELLIGENT FEATURESinfo yg dicari selama ini..hehe
dzuandiey recently posted..[Wordless Wednesday] Makcik Sengal
sepatutnya cari yg betul2 menutup aurat jer..hmmm..
dzuandiey recently posted..Budak Semakin Kreatif
semuanya untuk manusia yang mahu berfikir
tehr recently posted..Tumpang Tidurtudung siput je xde dlm nih .. .
MDHAFiZ.NET recently posted..Kepentingan Ilmu Pengetahuan Dalam Islamrasanya tudung siput tu ialah tudung yg dipeloporkan oleh Siti Nurhaliza.haha.sengal
adele recently posted..Kenapa Aku Nak Bakal Suami Bersuara Sedap
gunakanlah hak berfikir sblum hak bersuara..

Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Penyutgk makin ramai yg bertudung tiru style2 bangsa lain cnth tudung mcm yang ramai artis pakai skang ygbalut je kepala..cik tom tgk biasa tgk negara belah2 negro tue biasa pakai camtu..kl ikut lgsg x ikut syarat menutup aurat..
cik tom recently posted..Wordless Wednesday 1: Tips Menabung Yang Berkesanyang penting adalah menutup aurat.. itu yang kena dipertekankan cara menutup aurat yang betul
zool recently posted..Layan nasi kambing di gerai Batu Berendamtak ada tudung ..pakai tudung saji pun boleh asal tutup aurat…
azydy recently posted..Wordless Wednesday : Idea Yang Kreatifentahlah..kalau tudung dah jadi fesyen..macam-macam yang lain pun akan jadi fesyen.
titan recently posted..Minta cendol, dapat ketam sambal..fesyen tak salah pun..yg salahnya bila penggaya fesyen tu menggayakan fesyen yg salah..huhu
adele recently posted..Kalimah Allah pada Silver Nanoparticle
Sebenarnya Islam itu mudah, tetapi bila diberikan pandangan daripada sudut yang disusahkan, maka nampak seperti macam-macam yang tak boleh. Memang patut membuat sesuatu dengan berilmu, bukan sekadar ikutan.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Kotarayakukat malaysia jual tudung pun boleh kaya bro

rahman recently posted..Makan malam di Restoran Aroma Ikan Bakar Pantai Jeramohh. tengok gambar ni kat fb aritu
Khidhir recently posted..Memperkemas Windows Context Menuada yang pakai fesyen tudung melampau-lampu sekarang ni.. masing2 boleh fikir sendiri mana yang patut
kulanz recently posted..Gambar Lelaki Kacakramai yang tak faham konsep menutup aurat..sedangkan islam tu agama yg memudahkan, penganutnya je yg sering menyusahkan..
tutup aurat ni senang, pakailah apa sekali pun, cadar ke, sejadah ke, tuala ke, apa2 jelah untuk menutup kepala asalkan dilabuhkan ke paras dada, tidak jarang dan tidak menampakkan aurat (rambut dan batang leher)
selebihnya kalau nak berfesyen..silakan…tapi itu nombor dua.
adele recently posted..Titanic – My Heart Will Go On Violin Coverkalau dah nama kafir tuh memang confirm asyik nak jatuhkkan islam saja. sampai sanggup mencetuskan peperangan dan meracuni fikiran manusia yang lain… fuh~ =
hafidz recently posted..Movie Review : Snow White and the HuntsmanAku tertarik dengan 3 jenis fesyen tudung :
1. “Eastern Orthodox”
2. “Orthodox Jewish”
3. “Roronoa Zoroastrian”*sebab ada gadis2 and makcik2 malaya yang menyerupai.
Okay, so dalam Bible pun ada suruh pakai tudung ea. BUT WHY dorang haram muslim pakai tudung? – sebab dorang sendiri sesat dalam agama sendiri.
nizamghazi recently posted..Debug Program : Cinta Yang Pergi – Then I Got Error MessageKewajipan memakai tudung dah lama menjadi suruhan Allah pada semua manusia tak kira bangsa.Kalau tgk pada gambar di atas pun semua wanita berlainan agama ada memakai tudung,cuma bila manusia tu sendiri yang menidakan maka amalan bertudung menjadi satu elegik pada sesuatu agama – islam jugalah yang releven untuk di ikuti.
azman recently posted..Tip Sembahyang Jumaat Di Masjid Kg Barusbnrnya bertudung xwajib tapi menutup aurat tue yang wajib dlm Islam…
sbbnya bila menutup aurat of cos lah kita bertudung..tapi kalau bertudung tak semestinya menutup aurat..
cik tom recently posted..Tips Buat Duit Dengan Blogbetul tu ciktom….xder cara lain dah nak tutup nyer..huhu..
dzuandiey recently posted..[Tips] Jangan Korek Hidung Guna Tombol Gear
mesti ade sebab kenapa ALLAH suruh kite tutup aurat..
akhiyy recently posted..Jadual Ustaz Azhar Idrus Jun 2012Ramai je org muslim kat Malaysia ni yg “menutup kepala” spti org non muslim di atas. Tak sempurna sungguh cara mereka menutup aurat
MEKAR recently posted..Ujian Darah di PathLab- Comment Feed for this Post

Sekarang banyak fesyen tudung merepek2, sambil harga pun mencecah ratusan ringgit. Tapi tak cukup syarat juga.
Yang penting kena menutup aurat dengan sempurna.
Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan