Malaysian Dropship Wholesale Online Shopping
Malaysian Dropship Wholesale Online Shopping. Selamat petang semua. Hari ni aku nak bercerita sedikit mengenai perniagaan. Pernah dengar perkataan DropShip?. Mesti semua pernah dengar kan. Kalau tak pernah aku tak tau la. Maybe korang saja saja buat tak tau kot, haha. Insyaallah hujung bulan ni aku nak buat fan page jual beli pakaian atau apa apa saja. Saja aku nak mencuba benda baru. Asyik bercerita mengenai pendapatan online jer dan asyik mengharap pendapatan dari click iklan sahaja.
Apa kata saya dan korang semua buka minda dan mencuba sesuatu yang baru. Aku rasa benda ini tidaklah begitu baru akan tetapi bagi orang baru hendak mencuba boleh dikatakan baru iaitu baru mencuba sesuatu ilmu yang baru. Perniagaan fan page online jual beli di Facebook sebenarnya sangat besar potensinya. Kita tidak pernah mencuba, kita sudah mengalah sebelum berjuang. Insyaallah hujung bulan ni aku ingin mencuba dan merasai sendiri akan fenomena perniagaan online melalui Facebook Fan Page ini. Tak cuba tak tahu, betul tak!

Malaysian Dropship Wholesale Online Shopping
Kenapa aku nak mencuba perniagaan gaya baru Malaysian Dropship Wholesale Online Shopping ini? Jawapannya adalah kerana adik aku sendiri. Kenapa dengan adik aku? Adik aku adalah seorang suri rumah. Beliau baru menceburi bidang jualan pakaian secara dropship di Facebook ini selama dua bulan sahaja. Didalam bulan pertama sahaja beliau berjaya menjada keuntungan pendapatan sebanyak RM600. Ok lah kan baru mencuba dan bulan pertama sahaja dah berjaya mendapatakan untung RM600. Belum lagi masuk bulan bulan seterusnya. Sapa nak bagi kan. Duduk rumah, main internet, layan Facebook, tengok youtube sambil jual jual sikit dah dapat RM.
Aku dah mencuba pendapatan iklan dari Nuffnang yang berjenis click, aku juga dah berjaya mendapat ilmu dan pendapatan dari program affiliate, aku juga dah membuktikan yang google adsense juga berjaya menjana pendapatan online. Apa kata aku juga cuba buat dan menjana pendapatan melalui bisnes dropship di Facebook? Tambah pengalaman, tambah duit dan tambah ilmu. Semua dapat apabila aku ada keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Jom kawan kawan.
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

Adik ipar aku pun dah buat dropship di fb.. katanya seronok..
sambil duduk layan fb itu ini duit masyukkkk…. pelan2.. lama2
besar nilainya
nurmisnan recently posted..Khasiat bawang merah dan bawang besar