Musim Durian Penang 2012. Aku x tau la samada sekarang ni musim durian ker aper. Tetapi banyak jugak orang jual durian sana sini kat Penang nih. Mak aku kata kalau orang jual durian satu guni RM20 maknanya itu musim durian kalau sebiji RM15 maknanya bukan musim. So rata rata kat sini bulan ni aku tengok hampir kebanyakkan RM10++ sebiji kat Penang, so maknanya bukan musim la. Jadi itulah sebabnya kenapa durian mahal pada masa sekarang.

Kalau dah namanya peminat durian, tak sah lah kalau tak pekena durian hatta sebiji durian berharga RM20 sekali pun. Kepuasan menikmati durian walaupun hanya seketika, akan tetapi nikmatnya terasa sehingga sendawa. Bila membeli buah durian, baru aku tahu yang durian ini banyak gred dan banyak jenisnya. Ada yang berisi lembut, berisi pahit, berisi padat, berwarna kuning, berwarna merah, berbiji besar, berbiji kecil didalamnya dan pelbagai lagi. Kalau duduk kampung nih, mesti durian nih sudah jadi bubur durian tak pun aiskrim durian pun best jugak.

Musim Durian Penang 2012

Musim Durian Penang 2012

Ramai yang kata kalau makan durian badan jadi panas, aku tak tahu la betul ker tak sebab aku rasa biasa ja. Dan sangat ramai juga yang kata kalau study minum kopi kompem akan segar dan tak mengantuk, aku pun tak tahu la betul ker tidak sebab aku kalau minum kopi ker aper ker tak pula rasa tak boleh tidur aka segar ker aper. Rasa biasa ja. Ke orang lain saja saja psyco minda supaya akan mengikuti apa yang dihajati dengan menganggap sesuatu itu seperti itu…

Berbalik kepada isu (diluar tajuk), agak ramai yang bertanyakan kepada aku bagaimana untuk memohon akaun adsense dan mudah diluluskan. Jawapan aku, aku tak tahu kerana akaun adsense aku ini aku apply sejak 5 tahun yang lepas kalau tak silap aku. Dan hanya pada tahun ini sahaja aku mula serius menggunakan google adsense.

Entry sebelum ini iaitu Google Earning, Bro AbgZack ada bagi komen dan menyatakan yang beliau ada menyediakan perkhidmatan untuk memohon akaun google adsense. Aku tak tahu bagaimana beliau boleh buat dan berjaya untuk memohon akaun google adsense untuk orang ramai. Untuk maklumat lanjut tentang harga dan kaedahnya boleh lah melihat link dibawah… Aku tiada kena mengena dengan urusan dibawah. Kalau nak cuba boleh….

Cara Memohon dan Apply Google Adsense - Satu akaun (RM30) - Dua akaun (RM50) 
Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)