Pengalaman Berharga Sebagai Jurujual
Setelah menamatkan pengajian di Universiti, aku agak menganggur dan tidak cuba untuk mencari pekerjaan kerana memikirkan hari masih lagi awal dan aku ingin berehat seketika untuk beberapa bulan kerana ingin merasai nikmatnya berehat dan bebas dari melakukan apa apa. Akan tetapi timbul juga perasaan kurang senang apabila perasaan malu tiba tatkala terfikirkan apa yang ibu bapa aku akan katakan dan lebih lebih lagi jiran yang kuat psyko dengan bertanyakan khabar yang tidak beberapa manis untuk telinga aku ini mendengarnya seperti “Kerja kat mana Sekarang?”, “Dah kerja ker?”, “Dah cari Kerja ker?”, “Dah berapa bulan dah tamat belajar?”, “Tak nak cuba ke kerja kat Depan?”
Psyko betul ayat dan kata kata jiran, sangat menyibuk! Nak tenang sikit pon tak boleh. Dengan berat hati dan aku cuba untuk bersikap positif aku telah mendapatkan pekerjaan (sementara-pengalaman) di Syarikat jualan melayu di Johor. Dan syarikat ini bukannya syarikat jualan langsung akan tetapi lebih kepada menghasilkan product utama, packaging dan terus menjual kepada market dan pasaran. Syarikat yang aku ceburi ini menceburi bidang product minuman dan kesihatan sebagai teras utama dan paling penting syarikat ini masih baru dan masih bertatih didalam dunia usahawan. Senang cerita apabila aku join syarikat ini aku tidak ada pendapatan tetap, tiada pendapatan dan apa yang aku dapat hanyalah ilmu, pengalaman, belanja makan pagi, tengah hari dan petang oleh bos dan lain lain.

pengalaman guru terbaik
Kalau tak silap aku pekerja hanya ada dalam 10 orang sahaja, seorang demi seorang berhenti kerja dan menghilang dari syarikat dan aku lah orang terakhir yang berkerja disana. Aku faham, tiada gaji siapa yang tahan. Gaji pula hanya diperoleh melalui komisen berapa produk yang terjual. Kalau seminggu jual satu sahaja, berapa puluh sahaja wang yang diperoleh. Bagaimana hendak beli itu dan ini untuk diri sendiri dan masa depan seolah tidak cerah dihadapan. Aku pon tidak salahkan bos, walaupun hanya aku orang terakhir disana dan tiada gaji, aku tetap bersama beliau kesana kesini oleh kerana aku sukakan ilmu yang aku dapat disana.
Ilmu apa yang aku dapat? Banyak? Malah aku berterima kasih pada beliau. Syarikat yang baru nak naik dan baru nak merasai apa itu bisnes, faham faham sajalah. Kenapa aku bertahan disana? Kerana aku sukakan peribadi beliau yang sangat tahan dan cergas dalam bidang bisnes ini. Hari hari jumpa pelanggan sana sini. Kata beliau kalau dulu beliau tak suka jumpa orang, sekarang dalam sehari kalau tak jumpa orang beliau jadi tak sedap dan tak best, bukan sebab duit akan tetapi jiwa bisnes yang telah meresap kedalam diri yang membuatkan beliau menjadi begitu.
Korang bayangkan, pertama kali dalam hidup aku mencabar diri sendiri dan membuat jualan produk dari rumah ke rumah, ke station bas, ke kedai demi kedai dan menebalkan muka menerangkan produk yang ingin dijual. Serius aku katakan, aku gugup dan nervous untuk berkata kata depan orang ramai sambil orang lain memandang korang tengah beri cerama berkaitan produk. Akan tetapi ada satu yang best iaitu perasaan gugup mula hilang bila aku mula mendapat keyakinan diri bila bercakap apabila aku telah bercakap dan jumpa dengan ramai orang. Pengalaman paling berharga ialah apabila kita mula mendapat pengalaman apa itu bisnes. Lumrah orang menjual, pasti kita akan menghadapi penolakkan dari pelanggan. Dan dari situ kita belajar bagaimana untuk tackle pelanggan untuk membeli produk kita.
Setelah aku mulai rapat dengan bos, aku tidak lagi membuat jualan dan bos pon tak kisah sangat pasal jualan tuh pon sebenarnya dan beliau menyuruh aku buat kerja kerja ofis seperti dokumen dan design. Best giler duduk ofis. Aku buat macam rumah aku sebab aku ngan bos pon dah macam kawan dah. Siap tido kat sana pon tak apa. Makan macam biasalah, beliau yang belanja, hehehe. Aku mengikuti beliau berurusan dengan peguam, membuat dokumen peguam, jumpa rakan rakan beliau, pergi sembahyang bersama sama. Kalau diingat balik memang best kenangan masa tuh.
Sehingga sekarang perkara yang aku tergelak bila terkenang kembali zaman tu adalah, bila aku lihat beliau masih lagi menggunakan design yang aku reka untuk produk utama beliau hingga sekarang. Banyak lagi yang aku nak cerita akan apa yang aku buat akan tetapi panjang sangat pula. Sekarang aku skip dan aku akan mula menceritakan kisah selepas aku orang terakhir pon berhenti kerja ditempat beliau dan bekerja di sebuah syarikat swasta di utara tanah air.
Selepas sebulan aku berhenti dan aku pun telah sebulan bekerja diutara tanah air. Bukan aku ingin berhenti kerja dengan majikan lama aku tu akan tetapi tidak tahan juga jika jiran bertanyakan rasionalnya kerja disana dan tiada gaji. Disebabkan itu aku berhenti walaupun aku sayang sebenarnya kerana aku pun mempunyai jiwa bisnes dan ingin sama sama turut membangunkan syarikat bersama sama bos aku walaupun aku tahu aku tiada gaji buat sementara waktu. Apakan daya aku pun berhenti dan bekerja diutara negara.
Selepas sebulan aku menerima panggilan dari bos aku (majikan lama), dan beliau bertanyakan khabar berita dan bertanyakan kepada aku kenapa aku berhenti dan tidak datang kerja. Beliau ingin berjumpa aku. Dan aku katakan yang aku telah pon bekerja di utara tanah air. Kedengaran yang beliau agak kecewa dan berharap aku kekal bersama beliau. Aku sendiri pon kecewa akan tetapi apa kan daya. Beliau menyatakan yang beliau ingin aku turut serta dengan beliau ke Indonesia untuk melihat dan membeli tanah di Indonesia untuk projek tanaman dan membekalkan barangan asas untuk produk beliau. Senang cerita beliau ingin menghasilakn sendiri barangan asas. Aku teruja akan tetapi tidak boleh, aku didalam persimpangan dilema kerana aku baru sahaja sebulan bekerja diutara dan kalau aku berhenti ia pasti bakal mengecewakan ibu bapa aku. Beliau faham dan beliau kata beliau tidak kisah sekiranya aku bersedia untuk bersama beliau pada bila bila masa di masa akan datang.
Bulan demi bulan telah berlalu sejak panggilan bos aku yang terakhir itu. Pada suatu hari aku ingin membeli makanan disebuah kedai makanan. Terdapat surat khabar diatas meja. Secara peribadi surat khabar ini aku hanya membaca halaman “Luar Negara” sahaja dan halaman lain hampir tidak aku baca. Akan tetapi sesuatu berlaku iaitu angin tiba tiba meniup halaman surat khabar dan tetiba halaman “bisnes” terpampang. Aku tak tahu samada ianya kebetulan atau apa. Halaman bisnes sangat jarang aku buka. Akan tetapi ada satu tajuk besar yang berjaya menarik perhatian aku didalam halaman BISNES tersebut. Apakah tajuk tersebut?
Tajuk tersebut berjaya menarik perhatian aku. Ya, seperti aku katakan yang tajuk tersebut berjaya menarik perhatian aku. Aku kenal sangat nama syarikat yang pernah aku sertai dahulu iaitu aku antara orang terakhir disyarikat itu. Tidak perlu rasanya untuk aku meceritakan nama syarikat tersebut. Cukup aku katakan yang aku begitu terperanjat tatkala surat khabar didalam edisi “bisnes” mengatakan syarikat itu mula berkembang dan pada akhir tahun lalu sahaja ia telah pun berjaya menghasilkan product dan pendapatan mencecah RM1-RM2 juta ringgit malaysia. Dan prospek bisnes syarikat beliau dijangkakan ia akan terus berkembang sehingga mempu mencecah RM10 juta. Wow.. satu tamparan yang hebat buat aku.
Setelah membaca isi kandungan halaman surat khabar tersebut, ianya telah membuat aku mengimbau dan terkenang saat saat berkerja dan berada disana. Malah aku terfikir apakah kehidupan aku hari ini berubah jika aku terus bertahan berada disana. Syarikat tersebut telah pun memulai bidang import eksport product beliau keserata dunia.
Itulah dunia, kadang kadang apa yang kita rancangkan tidak berlaku seperti apa yang kita impikan. Walaupun aku agak terkilan tidak berjaya bersama sama beliau, akan tetapi aku bersyukur kerana ada sesuatu yang berharga disebalik itu iaitu pengalaman hidup. Aku mula mengerti apa itu perniagaan dan apa itu pengalaman yang mungkin jarang jarang orang dapat merasainya. Pengalaman mengajar aku sesuatu. Dan dari pengalaman itulah aku bercita cita akan suatu hari nanti aku juga turut ingin merasai apa itu “financial freedom” yang selama ini aku kejarkan. Bukan kekayaan akan tetapi kebebasan dari belenggu rantai rantai dunia…….
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

mmg bila difikir2 balik kita rasa rugi sbb kita x ambil peluang yg telah terhidang didepan mata..ttp percayalah setiap perkara mesti ada hikmah dan pengajarannya..samada kita belajar atau hanya meratapi apa terjadi..
Jebeng Otai™ recently posted..Ralat : RON95 Lebih Mahal Dari RON97?