Samsung Galaxy Tab 7 P1010 – Sayang Seribu Kali Sayang. Dimanakah kamu wahai tablet ku. Kau duduk dihujung sana memerhati aku yang masih dilamun cinta dengan laptop lama. Laptop buruk itu tetap menambat hatiku walaupun ku tahu yang kamu lebih baik dari si dia ini. Masa terus berlalu. Udara berganti udara. Kau tetap disana, hanya bermandikan habuk yang kau pun tidak suka, apatah lagi aku ini.

Maafkan aku kerana jarang bersama kamu. Mungkin kau yang paling baru, akan tetapi si dia tetap ergonomik bagi aku. Banyak perkara yang aku boleh lakukan bersama si dia yang aku tahu kau tak kan mampu. Mungkin kau boleh membuktikan yang kamu juga mampu, akan tetapi adakah ianya mampu memuaskan hati aku. Aku suka menekan nekan bebutang keyboard. Terdengar bunyi tatkala aku sedang menciptakan bait kata kata yang mana kau tetap senyap senyi walaupun aku agak keras menekan skrin wajahmu. Aku tidak mahu begitu.

Samsung Galaxy Tab 7 P1010

Samsung Galaxy Tab 7 P1010

Aku tahu yang aku perlu berubah. Perlu bersama kamu. Membiasakan diri dengan fenomena baru supaya aku tidak ketinggalan dan berasa jumud. Kau menarik, akan tetapi masih lagi tidak cukup buat aku. Susah aku nak katakan bagaimana. Kerana kau memang senyap dari dulu. Kau hanya berbunyi dan cuba menghiburkan aku dengan lontanan lontanan suara lagu nyanyian dari mu.

Berulang ulang kau lakukan begitu. Jangan begitu wahai tabletku, jika itu sahaja yang kau cuba lakukan sehari hari. Aku pasti yang kau pun tahu yang tiba masanya nanti aku akan mula bosan dan mencari yang baru. Sedangkan yang baru hanya tampak cantik, indah dan berkuasa darimu, akan tetapi insan seperti mu walau baru macam mana sekalipun aku tahu kamu tetap sama. Kamu hanyalah Samsung Galaxy Tab yang ber “OS” kan Android. Kau tetap sama..

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)