5 Finalis MasterChef Selebriti Malaysia Final. Walaupun aku seorang lelaki yang kacak, aku tetap minat didalam rancangan masak memasak walaupun aku sangat sangat jarang memasak. Didalam masak memasak memang aku ringan tulang bukan sebab memuji diri sendiri akan tetapi memang aku rasa best, tiada masalah dan tidak terbeban dengan masakkan. Sesetengah lelaki bila bab masakkan dia akan menjauhkan diri seolah olah hilang kacak bila sentuh alat alatan memasak, hehehe.

Sejak aku menonton rancangan MasterChef Selebriti Malaysia, aku hampir tidak pernah ketinggalan menonton rancangan ini. Boleh dikatakan aku mula merubah tanggapan aku terhadap selebriti yang memasak. Ada dikalanya kita akan merasakan yang selebriti lelaki mempunyai kretiviti yang baik didalam masakkan. Secara jujurnya antara yang mempunyai bakat memasak didalam rancangan ini adalah Jehan Miskin, Dato Fazley, Angah, Farouk Hussain dan juga Karl Shafeq.

Keputusan Undi MasterChef Selebriti Malaysia Final

Keputusan Undi MasterChef Selebriti Malaysia Final

Antara 5 Finalis MasterChef Selebriti Malaysia yang akan berentap bagi merebut gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia pada Ahad dan Isnin ini adalah Angah, Farouk Hussain, Dato’ Fazley, Juliza Adlizan dan Soo Wincci. Kelima lima finalis ini akan berentap sesama sendiri dan korang boleh saksikan MasterChef Selebriti Malaysia Final ini pada Ahad dan Isnin, 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

5 Finalis Masterchef Selebriti Malaysia

5 Finalis Masterchef Selebriti Malaysia

Secara asasnya, juara akan ditentukan oleh masakkan yang dihidangkan oleh selebriti. Samada sedap, mengikut tema, kebersihan dan juga kretiviti Itulah poin yang terpenting bagi menentukan siapakah juara bagi MasterChef Selebriti Malaysia Final. Kalau melihat kepada Facebook Masterchef, gambar diatas menunjukkan undian yang dibuat difanpage Masterchef menunjukkan majoriti menyokong Dato’ Fazley sebagai juara bagi merebut gelaran Juara MasterChef Selebriti Malaysia. Apa apa pun juara terletak pada masakkan itu sendiri pada hari final nanti yang penuh dengan kejutan. Selamat maju jaya semua..

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)