Bata Power Sport Shoes. Aku memang suka beli kasut. Setakat ini maybe sudah ada 10 kasut dan 6 darinya masih lagi boleh dipakai. Ada dari jenama Nike, Adidas, Power dan juga lain lain. Dua bulan lepas aku beli kasut Adidas. Dan bulan ni aku beli jenama Power. Bila dah semakin dewasa ni, aku rasakan yang jenama bulan lagi keutamaan, akan tetapi design, keselesaan dan ketahanan. Aku pun sudah tidak terasa sesuatu product yang mahal itu semestinya baik. Cukuplah tidak terlalu mahal, cantik designnya, simple reka bentuknya, selesa dan tahan dipakai lama.

Setakat ini, ini kali kedua rasanya aku beli dari product jenama Power. Boleh buat jalan jalan mahupun pergi kerja. Jogging pun boleh. Dah lama tak jogging. Badan pon dah naik semakin hensem dah ni, hehe. Bila pakai kasut baru mesti rasa lain macam jer. Perasaan selesa, almaklumlah baru yer tak. Lepas tu selang seminggu terus dibuat lasak. Kotor pun tak per.

Jom Join Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
mens shoes brands

mens shoes brands

Gambar diatas ini adalah kasut yang aku baru beli. Jangan salah faham ini bukan entry menunjuk ker aper, akan tetapi ini adalah entry untuk mengisi kekosongan dan kekurangan idea untuk menulis. So apa apa pun jadilah, janji ter-update betul tak. Kasut pun kasutlah. Bila aku survey ke kedai Bata, aku dapat rasanya yang pihak Bata mampu menyediakan kasut yang baik, menarik dengan harga yang berpatutan. Malah boleh aku katakan yang harganya sangatlah baik.

Untuk yang ingin membeli kasut untuk berkerja, aku rasanya yang pilihan jenama Power sangat baik, tidak perlu terlalu berjenama, tidak perlu terlalu mahal, cukuplah ianya selesa dipandang dan dipakai dan tahan pula didalam apa apa kondisi. Tak lama lagi nak raya, jom beli kasut untuk raya. Sebelum tu jom usha tarikh bulan puasa…..

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)