Agak terlewat kali ini aku mengupdate entry, tapi tak apa sebab masih ada lagi peminat blog wanwidget yang sudi singgah sini hari hari, hehehe (perasan lebih). Kalau korang ingat, smartphone aku yang pertama adalah Sony Ericsson Xperia X10i. Sudah hampir dekat 2 tahun rasanya aku pakai henset tersebut. Walaupun sudah out of date, akan tetapi memang aku sayang phone tersebut kerana sudah macam macam yang aku lakukan termasuk hack sana sini.

Akan tetapi sejak dua bulan lepas ianya mula meragam apabila phone Sony Ericsson Xperia X10i mula reboot banyak kali. Format sudah, tukar bateri sudah, dan hantar kekedai pon sudah. Kedai menefon aku selepas sebulan dan memaklumkan yang phone tidak dapat dibaiki kerana tidak dapat mengenal pasti punca masalah. Oleh yang demikian hal kerana sudah dua bulan tidak dapat bersama dengan phone android, aku membuat keputusan untuk mendapatkan Samsung Galaxy S Advance setelah membuat penilaian dari segi budget dan juga spesifikasi terkini yang diperlukan.

Jom Join Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
samsung galaxy s advance

samsung galaxy s advance

Boleh dikatakan yang Samsung Galaxy S Advance hampir menyamai dan mempunyai spesifikasi sedikit rendah dari Samsung Galaxy S2 dan ianya berbaloi. Cumanya aku rasa sedikit kurang apabila kamera yang dibekalkan hanya 5MP berbanding Sony Ericsson Xperia X10i yang membekalkan kamera 8MP. Setelah dua hari memakainya aku mendapati tiada kekurangan yang ketara. Semuanya ok. Cuma selepas ini aku ingin memastikan yang phone ini berjaya untuk diinstall aplikasi GPS untuk memudahkan aku mencari tempat yang diingini.

Pada sesiapa yang memakai Samsung Galaxy S Advance pasti sedar yang memori terbina cepat habis apabila mendownload android games data yang besar. Untuk memindahkan fail games data dari phone memory kepada memory card memerlukan phone ini untuk di “root”. Untuk melihat panduan bagaimana untuk rooting Samsung Galaxy S Advance bolehlah refer dipost ini {How To Root Samsung Galaxy S Advance}.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)