Bonus Setengah Bulan Gaji | Bayaran Khas RM500 Sempena Raya 2012. Ini berita terbaru dari kementerian yang mengatakan kerajaan mengumumkan dan bersetuju memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini. Ini bermakna penjawat awam dan juga peasara kerajaan bakal menerima bonus ini sempena perayaan yang bakal datang nanti.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Alhamdulillah dengan berita ini. Semoga dengan bonus yang diterima nanti dapat mengurangkan bebanan bagi menghadapi musim raya nanti.

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

Mungkin disini aku ingin memberikan sedikit pandangan peribadi. Tidak tahu samada pembaca bersetuju ataupun tidak. Sebenarnya aku agak skeptikal dan tidak bersetuju dengan cara kerajaan mahupun swasta (saya swasta) didalam mengagihkan gaji sempena perayaan. Ada sebahagian dari institusi kerajaan mahupun swasta yang suka mengagihkan dan membayar gaji perkerja dengan lebih awal atas alasan perayaan. Bagi aku sistem ini hanya akan membuat perkerja awam mahupun swasta menghabiskan dan membelanjakan gaji mereka dengan tidak berhemah.

Penggunaan dan perbelanjaan gaji dengan lebih awal dari sepatutnya memang membantu didalam jangka pendek akan tetapi akan menyebabkan kekalutan selepas itu seperti wang gaji habis sebelum masanya, sifat bersederhana akan tidak dapat dibentuk, gejala berhutang selepas raya dan lain lain lagi. Jadi dengan adanya bonus yang diberikan, adalah lebih baik ianya digunakan sebaiknya dan gaji di “bank-in” seperti biasa. Rasanya amalan menabung lebih awal adalah lebih baik bagi menghadapi musim raya.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)