Buka Puasa dan Bazaar Ramadhan 2012
Buka Puasa dan Bazaar Ramadhan 2012. Bulan puasa jatuh pada hari sabtu yang bersamaan dengan 21 July 2012. Dan hari ini adalah hari ke-3 aku berpuasa. Alhamdulillah selama 3 hari ini semuanya baik dan berjalan dengan lancar. Tahun ini aku ada rasa sedikit kelainan apabila bila bersahur dan berbuka aku tidak keterlaluan didalam menjamu makanan. Bukanlah “keterlaluan” itu sebegitu maksudnya akan tetapi memilih bersederhana dan alhamdulillah rasanya ianya langsung tidak memberi kesan dan mengganggu perjalanan bulan puasa kali ini.
Cukup sekadar sebungkus nasi yang biasa dan sebungkus air sirap ataupun jus tembikai untuk berbuka. Kenyang secara sederhana dan tidak berlebihan. Malah badan dapat merasakan yang tubuh kita tetap berjalan seperti biasa cumanya waktu kita makan diwaktu pagi dan malam berubah masanya iaitu sebelum subuh dan selepas maghrib. Hanya makan sekali dan tunggu pula masanya diwaktu sahur nanti. Itulah dua kali jamuan yang aku rasakan dan ianya lebih dari cukup.

Bazaar Ramadhan Penang 2012
Pada yang tidak bekerja diwaktu malam bolehlah menunaikan ibadat sunat solat terawih berjemaah bersama sama dengan penduduk sekitar. Bulan yang mulia ini yang mempunyai seribu satu pahala yang boleh kita dapatkan dan sebagai kafarah dosa dosa yang lalu. Manusia seperti kita hanyalah berdaya mengharapkan ihsan Allah didalam rahmatnya yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Rasanya untuk tahun ini aku menjadikan tabiat memakan buah kurma sebagai pembuka dan penutup selera untuk sahur dan berbuka. Rasanya kurma ini sangat membantu tenaga kita untuk disiang hari. Manakan tidak, buah kurma adalah sebuah makanan yang tahan dan lambat hadam yang mampu memberikan rasa tenaga dan kurang lapar untuk tempoh yang agak lama. Banyakkan minum air kosong untuk membantu peredaran aliran didalam tubuh setelah seharian tanpa minuman. Bulan puasa bulan pahala, bulan mengingati diri dan rasa berkasihan dengan orang lain yang lebih memerlukan. Mengajak diri dan semua umat Islam agar mengenali diri sendiri. Assalamualaikum….
Latest posts by Juan (see all)
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013
- Dapatkan Pelbagai Servis Untuk Rakyat Malaysia di Murahnya.my - May 17, 2013

Bersederhana terutama ketika berbuka tentunya lebih baik..
anif recently posted..F1 – Fernando Alonso Menang Di Hockenheim