Cik Ika Yang Pandai Main
Adalah seminggu yang lepas aku telah mendapat panggilan telefon dari sebuah syarikat yang berasa di Kuala Lumpur. Aku yang sedang tidur (Pukul 1 tgh hari – maklumlah kerja malam, tido pagi) terbangun dan masih mamai sambil menjawab telefon dari Cik Ika. Cik Ika memperkenalkan diri yang beliau dari Syarikat Kad Platinum bla bla bla yang mana aku tidak dapat menangkap secara jelas nama syarikat tersebut.
Cik Ika meminta izin mengambil masa sekejap untuk berbual dengan aku untuk menerangkan prospek tawaran yang baik. Aku pun bersetuju dan mengiayakan sambil menggenggam telefon bimbit sambil berbaring. Cik Ika menyatakan yang aku salah seorang customer yang bertuah kerana dipilih untuk menerima satu bentuk pelan khas yang istimewa oleh kerana aku adalah pemegang kad kredit yang baik. Disebabkan aku terpilih, maka adalah layak bagi aku untuk menerima pakej “tawaran percuma” yang diberikan ini. Aku pun mula berminat.
Jom Join Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
Saya Sayang Kucing
Cik Ika memberitahu yang aku bakal mendapat pakej perlancongan, menunaikan umrah, pakej tunda kereta, pakej memperbaharui insuran kereta, pakej hotel, dan macam macam lagi dengan tawaran diskaun sebesar 30-40% (seingat aku). Tawaran yang pelbagai itulah aku mengiyakan segala bentuk penjelasan yang diberikan oleh Cik Ika. Cik Ika menjelaskan dari A to Z, bla bla bla, dan aku pun yep… yep.. ya… faham…… Adakah Encik faham dengan segala penjelasan saya dan bersetuju dengan tawaran yang diberikan. Aku katakan yang aku faham dan setuju (maklumlah nak bagi percuma, siapa yang x nak). Cik Ika memang pandai main.
Cik Ika meminta no kad kredit aku dan no IC aku bagi mengesahkan identiti aku dan persetujuan aku untuk menerima pakej tawaran yang hebat itu. Aku yang tidak menaruh apa apa perasaan atau curiga terus memberikan maklumat yang Cik Ika inginkan oleh kerana tawaran itu sangat menarik. Tetapi timbul pula perasaan kurang senang selepas memberikan maklumat IC dan Kad Kredit. Aku tertanya bagaimana beliau memdapatkan maklumat dan nama aku. Adakah pihak bank bersekongkol dalam hal ini?
Disebabkan kerisauan tersebut, aku bertanyakan hal tersebut kepada Cik Ika. Aku betranyakan adakah aku akan dikenakan cas kewangan bulanan atau aku kena bayar apa apa? Cik Ika Yang Pandai Main ini terus memberi tahu aku bahawa aku tidak perlu membayar apa apa. Aku tidak akan dikenakan cas bulanan apa apa. Pakej ini terpilih untuk aku dan aku boleh menggunakan kelebihan pakej yg ditawarkan seumur hidup.
Cik Ika Yang Pandai Main kemudian menutup bual bicara dan bertanyakan sekali lagi samada aku “FAHAM” dan ber “SETUJU” dengan pakej yang ditawarkan. Aku pula berkata aku “FAHAM” dan ber “SETUJU” dengan apa yang diberikan. Cik Ika memberi tahu yang beliau akan meletakkan telefon dan selang beberapa minit nanti akan ada orang lain akan menelefon aku untuk meminta pengesahan dari aku dengan mengatakan yang aku “BERSETUJU”.
Sebelum meletak gagang telefon, CIK Ika membuat kenyataan “Dengan ini Encik Hensem faham dan bersetuju dengan apa yang kami tawarkan dan dengan ini juga yang Encik Hensem bersetuju dengan pemotongan pembayaran RM599 sekali seumur hidup dari kad kredit dan selepas ini tidak dikenakan bayaran apa apa sampai bila bila. Terima Kasih, dan kemudian meletakkan gagang telefon……………………..
Aku yang baru bangun, sambil baring, masih mamai, agak tergamam dengan “AYAT TERAKHIR” yang aku dengar tadi. Iaitu aku akan dikenakan cas RM599 sekali seumur hidup dan aku “BERSETUJU”. Bukankah tadi aku tanya samada aku dikenakan bayaran dan apa apa cas. Cik Ika Yang Pandai Main secara jelas menyatakan yang aku tidak akan dikenakan bayaran apa apa pun. Last last ucapan dikenakan cas RM599 sekali sahaja iaitu diakhir panggilan telefon dan kemudian meletakkan gagang telefon.
Aku tahu salah aku kerana aku “BERSETUJU”, akan tetapi apa yang aku “BERSETUJU” adalah pakej yang ditawarkan bukannya “CAS YANG DIKENAKAN”. Kebetulan phone aku mati. Bateri habis. Aku cas kembali telefon bimbit dan kemudian “turn on” semula phone aku. Ternyata ada “miscall” dari pihak Cik Ika untuk membuat pangiilan untuk “PENGESAHAN” dari aku. Aku telefon Cik Ika (tak dapat akibat line problem). Tetiba aku mendapat mesej dari bank kredit card yang yang menyatakan aku telah dikenakan cas RM599. Aku terkejut dan terus bangun dari baring. Aku telefon kembali Cik Ika. Kemudian Cik Ika menjawab panggilan aku. Aku berasa terkejut dan agak marah. Aku memberitahu kepada CIk Ika supaya membatalkan apa apa transaksi antara aku dan syarikat beliau. Cik Ika pula menyalahkan aku kerana kata beliau aku telah “BERSETUJU”. Aku pula katakan aku bersetuju tentang hal lain dan bukannya cas RM599 yang dikenakan tersebut.
Maka berlakulah bla..bla…bla antara aku dan CIK Ika yang pandai main tadi. Aku nyatakan aku masih lagi belum memberi persetujuan pada panggilan yang kedua. Dan akhirnya Cik Ika bersetuju untuk membatalkan dan memulangkan wang aku yang berjumlah RM599 kedalam akaun kad kredit aku iaitu pada keesokkan harinya. Dalam hal ini aku dah bertekad, jika syarikat beliau tidak memulangkan kembali wang aku pada keesokkan harinya aku akan membuat laporan Polis terhadap syarikat tersebut.
Nak dijadikan cerita, selang 10 minit kemudian ada pemanggil telefon yang kedua (sebagai pengesahan utk memotong dan mengenakan cas dari kad kredit aku) dan beliau seorang Lelaki. Aku namakan beliau sebagai Encik A. Encik A menelefon aku dan terus meminta aku mengatakan “SETUJU”. Aku terdiam dan aku bertanyakan kepada Encik A iaitu siapakah beliau? Beliau menjawab beliau adalah dari syarikat yang sama dan ingin mendapat persetujuan aku dengan meminta aku mengatakan “SETUJU” dan kemudian barulah pemotongan dari kad kredit aku dilakukan.
Hahahaaha. Aku tergelak dalam diam. Ada masalah “miscommunication” disini. Encik A ingin meminta persetujuan aku akan tetapi CIk Ika yang Pandai Main ini telah pun memotong RM599 dari kad kredit aku. Maknyanya secara jelas yang aku tidak bersalah dan Cik Ika telah melanggar prosedur. Encik A agak tergamam dan apabila aku bertanyakan soalan “BOLEH SAYA TAHU, ADAKAH ENCIK A ATAU CIK IKA YANG APPROVE BENDA NI?”. Beliau tidak menjawab. Aku bertanyakan soalan berulang kali dan Encik A tetap tidak mahu menjawab dan bertanya kembali kepada aku “ADA APA YANG BERLAKU ENCIK HENSEM?”. Aku pula menjawab “SAYA TANYA ENCIK A? ADAKAH ENCIK A YANG APPROVE ATAU CIK IKA YANG APPROVE? DALAM MASA ENCIK A MINTA SAYA “SETUJU”, CIK IKA TELAHPUN MEMOTONG DAN MENGENAKAN SAYA CAS SEBANYAK RM599 DARI KAD KREDIT SAYA?
Apa ni! Encik A minta persetujuan saya, akan tetapi saya telahpun dicas sebanyak RM599. Siapa sepatutnya yang approve ni? Encik A terdiam. Aku menjawab kembali, “Jika encik minta persetujuan saya, saya katakan kembali iaitu saya “TIDAK BERSETUJU” dan saya ingin “WANG SAYA DIKEMBALIKAN”. Maaf saya terpaksa buat begini. Encik A tidak berkata apa apa dan beliau meletakkan gagang telefon.
Keesokannya wang RM599 dari kad kredit aku dipulangkan. Maybe ini salah aku tidak memberi perhatian secara jelas. Akan tetapi Cik Ika Yang Pandai Main ini juga melampau bagi aku kerana kalau ikutkan secara kes diatas, CIk Ika secara jelas telah melanggar prosedur kerana telah mengenakan cas kepada aku tanpa pihak ENcik A mendapat persetujuan dari aku terlebih dahulu.
Kesimpulan disini, aku melihat bagaimana sebuah bisnes dijalankan oleh pihak tertentu dan kemudian menyatakan aku tidak dikenakan bayaran apa apa mahupun cas bulanan. Mereka menerangkan dari A sampailah Z. Dan kemudian ayat terakhir “Anda dikenakan cas RM599 sekali sahaja seumur hidup dan kemudian meletakan gagang telefon. Mati matilah kita dari awal ingatkan benda ni free last last kena cas juga walaupun dari awal kita telah bertanya adakah dikenakan bayaran atau apa apa. Mereka boleh pusing ayat supaya kita mendengar dengan lebih lanjut.
Apa yang aku nak katakan adalah “Cik Ika Yang Pandai Main” memang pandai main………..
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013

panjangnya cik ika ni membebel..
titan recently posted..Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..