Google Adsense Statement of Earnings 2012
Google Adsense Statement of Earnings 2012. Alhamdulillah, inilah kali pertama aku akan withdraw duit google adsense menggunakan western union. Agaknya ramai yang tercari cari tentang “cara cara menggunakan western union untuk menunaikan wang dari google adsense” kan iaitu kepada para pengguna google adsense. Aku juga salah seorang pengguna adsense dan ini adalah kali pertama bagi aku.
Insyaallah, isnin ini jika tiada aral lintang, aku akan cuba untuk cashkan duit google adsense menggunakan kaedah western union di Bank Rakyat. Dan kalau berjaya nanti aku akan tunjukkan cara cara untuk menggunakan western union di bank rakyat. Sebenarnya aku menunggu nunggu bila lah pihak adsense nak mengeluarkan Statement of Earning Google Adsense ini memandangkan wang minimum $100 telah pun mencukupi had minimum pengeluarannya.

Google Adsense Statement of Earnings 2012
Hari jumaat hari tu aku dah try dah, tapi gagal kerana aku tidak tahu cara ingin mengisi borang western union. Pihak bank bertanyakan aku akan no password dan juga lain lain. Aku tergamam kerana itu kali pertama bagi aku dan aku minta kebenaran untuk datang pada hari isnin ini untuk mengkaji balik dimana ketidakfahaman aku dan juga kesilapan terlepas pandang aku akan nombor nombor yang perlu aku ketahui untuk diisikan kedalam borang surat penerimaan western union.
Alhamdulillah, aku dah faham, so isnin ni boleh lah try lagi. Minta minta luluslah. Dan kalau lulus aku akan kongsikan kepada kawan kawan blog tentang kaedah pengeluaran wang tunai dari google adsense melalui western union. Ini pun boleh dikira “Job DiRumah” juga nih, betul tak. Daripada blogging main internet 24 jam, apa kata korang belajar cara cara buat duit online seperti Iklan, advertorial, affiliate, dropship dan lain lain lagi. Berhibur, mendapat maklumat diinternet sambil menjana wang. Assalamualaikum…..
Latest posts by Juan (see all)
- Pengalaman Berada di Zaman Peralihan Teknologi - May 26, 2013
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013

Alhamdulillah rezeki ramadan ni. Google adsense bagi saya hanyalah kenangan masa lalu!
anif recently posted..Direktori Halal Johor 2012 – Senarai Restoran, Hotel Dan Resort