Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel Penang. BIla start bulan puasa ni, banyak lah hotel hotel yang membuat event “Buffet Ramadhan” dihotel hotel mereka. Dan disebabkan itulah banyak jugalah ajak ajakan dari rakan yang ingin membuka puasa dihotel hotel yang menawarkan makanan yang baik dan harga yang berpatutan. Rasanya dua tahun lepas adalah tahun aku pertama kali membuka puasa dihotel.

Alhamdulillah dan tahun ini adalah kali kedua aku berbuka puasa bersama rakan rakan di Evergreen Laurel Hotel Penang yang dikhaskan untuk “Ramadhan Buffet“. Evergreen Laurel Hotel Penang bertempat di Gurney Drive dan tidaklah jauh dari tempat aku berkerja. Harga bayaran bagi menikmati Ramadhan Buffet seorang adalah RM65 dan selepas habis menikmati juadah berbuka puasa, pihak hotel Evergreen Laurel Hotel akan memberikan coupun 25% penjimatan jika kita berhasrat untuk datang lagi. Jimat banyak tuh.

Diatas ini adalah sedikit gambar yang aku upload yang menunjukkan makanan yang aku dan rakan rakan ambil. Tak sempat nak snap banyak gambar dan maaf jika aku hanya upload 4 gambar sahaja. Nanti berat pulak blog aku nih, hehe. Secara asas makanan yang disediakan tidak mengecewakan seperti Nasi Goreng, pasta, seafood, buah-buahan, kuih muih, aiskrim dan banyak lagi lah. Dah nama pun ramadhan buffet of course lah banyak menu makanan yang disediakan. Ingat, aku bukan “Food Blogger Melayu“. Ini entry santai untuk pembaca.. :)

Bayar RM65 kenalah rasa semua. Rugilah kan kalau makan sikit jer. Rasa semua sedikit demi sedikit. Di Evergreen Laurel Hotel Penang ini, ramadhan buffet ini dibuka kepada semua kaum. Semasa makan tu ramai jugalah Melayu, Cina dan juga Western yang makan sekali. Cumanya untuk orang Islam tu dibunyikan gendang seolah “bunyi gong” untuk menunjukkan masuknya waktu berbuka. Angkatlah tangan kami semua dan membacakan doa berbuka puasa dan menjamu selera. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah kurniakan kepada penduduk Malaysia. Terima Kasih…

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)