Ramadhan, Syawal dan Kad Raya 2012
Ramadhan, Syawal dan Kad Raya 2012. Kalau tak silap, hari sabtu ni bermulanya puasa 2012 bagi Malaysia yang kita cintai. Antara kenangan bulan bulan puasa dan bila tibanya hari raya tentulah hari hari tersebut diisi dengan meriahnya oleh kad kad ucapan hari raya. Sayangnya sekarang zaman itu telah berlalu. Kalau kita lihat sekarang, budaya kunjung mengunjung oleh anak anak kecil pun sudah sangat berkurangan malah timbul pula rasa janggal.
Aku ketika masih kecil, apabila tibanya bulan puasa, terasa penat, letih, lapar memang terasa akan tetapi bila terkenang kembali rasanya pengalaman waktu dulu memang indah. Sekarang bila tiba bulan puasa, lapar dan dahaga agak kurang terasa malah kadang kadang terasa boleh sambung puasa selepas maghrib, pelik kan?
Kalau dulu zaman ketika kecil, permainan layang layang, kereta contol dashyankuro, gasing, guli, polis sentri dan lain lain memang best. Budak budak sekarang hanya dengan henpon sahaja. Duduk disatu tempat. Aku pun tak tau bagaimana mereka ingin menggambarkan keseronokkan mereka ketika kecil dengan pengalaman gadget gadget seumpama ini.

kad raya 2012
Kalau dulu musim membuat kuih raya memang terasa lah. Lagi lagi bila esok nak raya, terasa pagi raya itu memang lain dari yang lain. Pintu dibuka seluas luasnya. Makanan terasa enak lain macam. Sekarang kuih semua pakai main tunjuk jer. Sedap ker tak belakang kira. Lepas habis buat masak mee, bihun dan nasi. Lepas tu saudara mara datang beramah mesra. Seperti biasa soalan tahun tahun lepas berkumandang seperti biasa seperti “Jalan Jem Tadi”, “Makngah dah sampai ker”, “Cuti berapa hari”, dan lain lain soalan yang kebiasannya ditanya. Kekadang nak gelak pon ader.
Sebelum tamatnya bulan ramadhan, stok stok mercun mesti cari sebelum syawal tiba. Biasanya habis dekat RM200 gak la. Yerlah nak buat stok untuk rumah dengan kat kampung sekali dan juga untuk supply sepanjang seminggu perayaan. Bila dah kerja, kena la pulak hulur duit. Tak macam dulu, kita yang tadah tangan untuk menerima duit raya. Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan adalah raya waktu dulu sangat berlainan ketika waktu kini. Kalau ikutkan aku aku nak suasana raya macam dulu. Bolehker?
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

ssh nk patah balik masa..mungkin hnya tingal kenangan sahaja..
Jebeng Otai™ recently posted..PROTON : Apa kata anda?