Sebulan Sebuah Buku – Al-Quran, Hadis dan Bible
Sebulan Sebuah Buku – Al-Quran, Hadis dan Bible. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa diBulan Ramadhan 2012 pada 21 July 2012 iaitu hari esok dan semoga kita diberikan keberkatan yang baik dibulan yang baik ini. Baiklah, kembali kepada tajuk iaitu Sebulan Sebuah Buku. Aku sebelum ini memang sentiasa mengamalkan kempen sebulan sebuah buku untuk diri sendiri dan seterusnya direview buku tersebut didalam blog yang dicintai ini.
Untuk bulan ini, antara buku yang dibeli dan terpilih untuk diisi oleh masa lapang didalam Bulan Ramadhan 2012 yang mulia ini adalah sebuah buku Islamik yang bertajuk Al-Quran, Hadis dan Bible yang dikarang oleh Ahmad Iqram Mohd Nor dan mempunyai 327 muka surat. Kenapa aku memilih buku ini? Ini kerana aku memang suka membaca dan mengkaji tentang perbandingan agama antara Hindu, Buddha, Judaism, Christian dan juga Islam. Perkara ini telah lama aku lakukan dan sedikit sebanyak aku mendapat perkara asas terhadap agama tersebut.

Buku Al-Quran, Hadis dan Bible
Pada buku diatas pula ianya berkisahkan perbezaan dan juga persamaan antara Islam dan juga Christian dari segi ayat ayat yang terkandung didalam Al-Quran dan juga Bible. Dengan memahami asas asas penting didalam ilmu kita akan mampu untuk memahami keadaan sebenar dan juga perkara perkara yang terjadi dimasa lampau dan juga sekarang.
Aku tidak mahu bercerita panjang. Pada sesiapa yang inginkan buku ini bolehlah mendapatkan dikedai buku populer atau dikedai kedai yang ada menjual buku buku Islam. Pendapat aku, baik isikan masa lapang kita dengan bahan bahan yang ilmiah. Kekadang tu dengan membaca kita tidak sedar yang ilmu kita bertambah seiring dengan pembacaan kita. Secara alami, kita akan mengetahui sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu akan hal tersebut. Dengan kata lain, mengamalkan Sebulan Sebuah Buku itu satu hal yang baik dan bermanfaat untuk diri, keluarga, agama dan negara…………:)
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

Kebetulan saya pun ada membeli buku mengenai perbandingan agama .