Simpanan Saving Simpanan Saving Lagi
Simpanan Saving Simpanan Saving Lagi. Zaman kini kalau kita tak mulakan simpanan dari awal kita memang akan melalui liku liku kesukaran dimasa hadapan. Walaupun begitu ketentuan Allah itu mengatasi semuanya. Cumanya didalam apa apa yang kita lakukan usaha yang kita lakukan insyallah mendatangkan kejayaan jika kita memang berniat begitu. Berapa ramaikah diantara kita yang sedar dan bersedia untuk memulakan langkah yang pertama dengan melabur atau menyimpan didalam mana mana instrument kewangan.
Seperti yang kita sedia maklum, jika kita seorang pekerja kerajaan tidaklah begitu bimbang kerana paling tidak pun sistem “pencen” amat membantu dimasa tua nanti. Bagaimana dengan pekerja swasta? Adakah kita sebagai pekerja swasta hanya mengharap simpanan yang terdapat pada KWSP aka EPF sahaja. Adakah simpanan masa tua nanti sebanyak RM100K adalah suatu nilai yang mencukupi bagi menampung kehidupan hari tua?
Mengikut statistik, simpanan RM100K tidaklah begitu ramai dikalangan kita ini dihari tua nanti. Apabila umur sudah mencecah 30 tahun atau baru berumahtangga, ramai yang mengambil tindakkan dengan mengeluarkan simpanan KWSP diakaun 2 untuk membiayai downpayment untuk membeli rumah. Dengan itu, maka simpanan KWSP berkurang pula dan menunggu waktu yang lama untuk menjadi seperti sebelum ini.

Simpanan Savings
Akibat dari kesedaran itu, aku yang masih muda (tak begitu muda) ini mengambil langkah untuk membuat simpanan didalam pelbagai instrument kewangan dimalaysia. Antara instrument kewangan yang aku terlibat adalah Simpanan ASB, Simpanan Public Bank 3 in 1, Simpanan CIMB Bijak Malaysia dan juga Simpanan Berbentuk Public Mutual. Setakat ini aku cuba untuk konsisten dengan 4 akaun pelaburan dan simpanan ini. Setiap simpanan dan pelaburan ada kebaikkan yang tersendiri mahupun untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Kadang kadang aku terfikir juga, banyak juga duit keluar ketika mendapat gaji dan terus sahaja membuat potongan untuk simpanan. Bak kata kawan aku, “Kita Layan Jer”. Lagipun duit itu tidak kemana melainkan ianya ialah sebuah simpanan yang tidak hilang dan bukannya sebuah hutang. Mungkin waktu ini terasa agak beban dengan hutang kereta dan hutang rumah. Akan tetapi diwaktu kecemasan ianya sangat membantu kita. Jom kawan kawan kita menabung mulai sekarang. Sikit sikit lama lama jadi bukit… ![]()
Jangan Lupa untuk menyertai Contest SEO Eyriqazz vs DenaihatiLatest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013

selagi leh simpann. simpannnn.
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 6