Cadangan Mencari Guest Writer Berbayar. Assalamualaikum. Selamat tengah hari. Ucapan salam kepada kawan kawan samada yang menjadi silent reader atau pun blogger, saya selaku Juan mengumumkan ingin mencari beberapa “Guest Writers” ataupun “Guest Blogger” yang ingin menjadi “Penulis Jemputan” untuk blog yang baru saya bina ini. Blog yang saya ingin jadikan sebagai satu medium “Penulis Jemputan” adalah blog yang bercirikan “Sub Blog”.

Mengapa Sub Blog? Ini kerana saya tidak mahu menjadikan blog utama saya bercampur aduk dengan penulisan yang lain yang akan menyebabkan artikel utama ataupun ciri ciri personal hilang oleh kerana gaya penulisan dari penulis yang lain. Dan dalam masa yang sama blog utama saya ini mempunyai tujuan yang telah dikhususkan dalam arena blogging dan tidak akan bercampur dengan artikel artikel yang pelbagai coraknya.

ENTRY INI AKAN DIUPDATE UNTUK PENJELASAN LEBIH JELAS JIKA MENDAPAT SAMBUTAN
sub blog

sub blog

Dengan mejadikan “Sub Domain blog” sebagai pusat bagi “Penulis Jemputan” akan menyebabkan fokus penulisan tersusun oleh kerana tujuan yang dinyatakan tadi. Dibawah ini aku letakkan beberapa syarat yang akan dikenakan terhadap penulis jemputan yang ingin menulis.

1. Penulis mesti menulis mengikut kategori yang telah ditetapkan (tujuan – artikel menjadi tersusun)

2. Penulis mesti menulis mengikut corak format yang ditetapkan (akan diberitahu)

3. Tidak dibenarkan entry copy paste (pengolahan, nafas baru dengan tambahan pendapat peribadi dibenarkan)

4. Hanya entry penulisan/gambar dibenarkan (entry penyediaan link download movie/mp3 tidak dibenarkan)

5. Penulis dibenar meletakkan backlink ke blog masing masing.

6. Segala entry/post yang diterbitkan adalah milik “wanwidget” 100% dan dibenarkan diedit dan disiar ulang tanpa meminta persetujuan penulis asal.

7. Syarat syarat tambahan akan dikenakan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan kebaikkan blog

8. Penulis hanyalah menulis dan tidak terlibat didalam reka bentuk tema dan segala corak didalam blog

9. Cadangan dialu alukan

10. Laman blog yang dimaksudkan adalah disini {http://writers.wanwidget.com/}. 

Buat masa sekarang saya hanya bersetuju membayar setiap post yang diterbitkan dengan bayaran RM1.00-RM2.00. Akan tetapi jika tidak menjadi masalah dimana mana, berkemungkinan besar setiap entry juga akan dibayar dari RM2.00-RM3.00 tertakluk kepada kesesuaian, kewangan dan juga cadangan. Pembayaran setiap post akan dibayar setiap bulan pada penghujung bulan.

Anda boleh register sebagai penulis disini {http://writers.wanwidget.com/wp-login.php?action=register} dan saya akan upgradekan status anda kemudian untuk membolehkan mengawal admin blog bagi tujuan penulisan. Segala idea, pendapat, cadangan, komen, pertanyaan bolehlah menurunkan komentar dibawah…. :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)