Google AdSense ad serving has been disabled to your site
Semalam pada waktu malam sedang aku melayari blog blog aku, aku tersentak apabila salah satu blog tidak memaparkan iklan adsense. Iklan ads adsense hilang 100%. Jantung berdebar bila mula mengesaki ada yang tidak kena telah berlaku kepada akaun adsense aku. Bila aku membuka akaun google adsense, aku mendapati aku telah menerima email amaran yang menyatakan yang google adsense aku telah di banned oleh pihak google.
Punya lah aku terkejut. Google adsense aku telah dibanned! Iklan tidak keluar. Dapat email alert berwarna merah menyatakan amaran. Pendapatan blog aku dari adsense ads dalam semalam iaitu dalam sehari menjunam 80%. Gila betul. Hebat betul penangan dari pihak “The Google AdSense Team” bila membuat review blog satu persatu. Aku dengar ramai blogger yang akaun google adsense mereka yang telah dibanned memang tak akan dapat dikembalikan lagi. Perkara ini menakutkan aku semalam.

Regarding your Google AdSense Policy Violation Appeal
Dari email itu, mereka menyatakan yang aku telah melakukan beberapa kesalahan yang menyebabkan google adsense ads ditahan dari dipaparkan dengan kata lain dibanned. Siot betullah, apa lah salah yang aku buat tu hingga dikenakan tindakkan macam tu. Puas aku tengok blog aku mana tau ada kesilapan mana mana. Tak jumpa pula aku dimana silapnya. Antara sebab sebab kenapa iklan adsense aku dibanned semalam adalah kerana 3 perkara dibawah ini.
* Don’t participate in link schemes designed to increase your site’s ranking or PageRank.
* Avoid “doorway” pages created just for search engines, or other “cookie cutter” approaches such as affiliate programs with little or no original content.
* Make a site with a clear hierarchy and text links. Every page should be reachable from at least one static text link.
1. Sejak bila pula aku terlibat dalam skim pagerank nih. Aku tak pernah buat pun.
2. Apa itu “cookie cutter” pages nih, aku tak faham langsung. Hampir 90% artikel adalah dari tulisan aku sendiri. Dengan kata lain aku tidak mengamalkan konsep copy paste pun.
3. Blog aku rasanya tidak lah serabut mana pun. Malah navigasi pun senang jer aku rasa
Selepas itu aku menghantar surat balas surat bantahan dan pendapat untuk membuktikan aku tidak melakukan apa yang dinyatakan. Malah aku memberikan penyataan berbentuk personal akan kenapa blog aku begitu dan begini, apa yang aku lakukan, itu dan ini. Panjang lebar juga lah aku tulis kepada pihak google semalam.
Dan alhamdulillah, tidak sampai sehari, email aku dibalas oleh team google adsense dan menyatakan mereka menerima pernyataan aku dan pihak mereka “re-enable” kan iklan google adsense ads untuk dipaparkan diblog aku. Dan secara rasminya dan dengan kata lain iklan google adsense yang telah dibanned telah ditarik balik. Alhamdulillah…. ![]()
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013

Berhati-hatilah.. Kalau nasib tidak baik, memang kena banned terus tu!
anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #48