Kill the Two Birds With One Stone. Jangan risau, tajuk ja “orang putih” tetapi entry dalam bahasa melayu dan post ini ada kena mengena dengan tajuk. Kompem tak lari. Semalam adalah cukup genap 1 bulan bagi bulan July. Ada apa dengan bulan July?. Sebenarnya aku nak update sedikit pencapaian dan rekod bagi blog wanwidget. Kira kiranya ini macam prestasi dan performance blog wanwidget.com ini untuk setiap bulan.

Bulan July lepas tak banyak yang aku buat. Cumanya aku ada sedikit fokus untuk membuat pendapatan online untuk blog ini bergerak sejajar dengan minat dan juga hasil. Minat dan juga matlamat dapat mendorong kita mencapai tujuan yang lebih dari itu. Apa itu? Kill the Two Birds With One Stone adalah satu bentuk untuk  aku menunjukkan apa dan bagaimana minat berblogging bukan sahaja semata mata blogging.

Pendapatan Online 2012

Pendapatan Online 2012

Alhamdulillah, bulan July aku berjaya mengekalkan pendapatan dari Google Adsense secara pasif walaupun tidak banyak iaitu “Maintain RM100-minimum” setiap bulan dan ditambah lagi aku telah berjaya dengan program Affiliate kali kedua sebanyak RM100 juga. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak, mengekalkan target RM100 minimum sebulan sudah tercapai. Inilah apa yang aku katakan sambil berblogging kita juga boleh buat duit melalui online dengan menggunakan rangkap “Kill the Two Birds With One Stone”

Harap korang tak rasa aku menunjuk ker aper. Tujuan ini adalah untuk mendorong diri sendiri dan memberi semangat kepada kawan kawan blogger yang lain. Kalau orang lain boleh buat kenapa tidak kita? Betul tak?. Aku dah cuba dan aku dah rasa. Ianya memang boleh. Sebab tu aku yakin. Aku cuma ada sedikit malas nak explore benda yg lain. Mungkin masa yg aku perlukan untuk mengkaji dan mencuba benda yg baru. Alhamdulillah aku telah berjaya mendapatkan “1000 likes” bagi projek bisnes FB yang aku nak jalankan tak lama lagi. Step by step. Langkah pertama diperlukan untuk mendapatkan rentak yang kedua. Jom cuba…… :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)