Membuka Business Facebook Fan Page. Dah lima hari hari aku tak online dan tidak berblogging. Sekali sekala ambil cuti dari blogging rasanya tidak salahkan. Mesti peminat wanwidget.com tertunggu tunggu info terbaru kan, hehehe “ader ker”. Sebenarnya aku kekurangan idea nak menulis ni lagi lagi bila lama bercuti. Rangking Alexa pon dah mula jatuh dah tuh. Insyaallah lepas ni rangking alexa pulih dan maintain berada dibawah 500 seperti sebelum ini.

Untuk kali ni aku nak bercerita mengenai business jual beli era baru iaitu jual beli di internet. Ada macam macam cara jual beli diinternet yang boleh kita semua ceburi akan tetapi salah satu yang popular adalah dengan berjual beli di Facebook seperti kaedah business dropship. Alhamdulillah dalam bulan ini aku akan mulakan langkah yang pertama untuk menceburi dan merasai sendiri business diFacebook.

Business Facebook Fan Page

Business Facebook Fan Page

Adakah aku menjadi penjual? Jawapannya adalah “YA” dan “TIDAK”. Kenapa begitu. Aku memilih “TIDAK” buat masa sekarang. Apa yang aku buat adalah join venture business di Facebook dengan kawan yang lain. Dan bila sudah tiba masanya nanti mungkin aku pun akan turut menjual sama. Buat masa sekarang cukuplah dulu dengan menjadi Join Venture Partner. Apa yang aku dapat dengan menjadi partner? Kalau korang nak tahu, setiap helai baju yang terjual aku akan mendapat komisen sebanyak RM5. Dan baju tersebut bukanlah aku yang menjualnya, aku hanya seorang partner sahaja.

Menarik bukan. Kenapa aku tidak menjual akan tetapi tetap mendapat komisen RM5 setiap helai baju yang terjual oleh rakan aku tadi? Ini kerana business Facebook Fan Page itu tadi adalah milik aku dan aku memberi kebenaran untuk menggunakannya dengan syarat perkongsian keuntungan berlaku disana. Dan jangan risau keuntungan yang aku miliki ini tetap kecil iaitu bernisbahkan 25:75 sahaja. Aku happy dan rakan aku pun happy. Selamat berpuasa dari saya Juan sebagai pengarang blog ini. Sekian Terima Kasih…

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)