Taman Seri Impian, Impiana Casa, Aenicia House Kluang Johor. Semalam bila aku check balik, rupanya rumah yang aku jangka siap dan dapat menerima kunci rumah petrama dari pemaju iaitu seawalnya bulan ogos iaitu hujung bulan ini meleset sama sekali. Bila aku check tengok balik advertise online dan berdasarkan kenyataan pemaju dikawasan rumah yang aku beli, menyatakan yang rumah bakal siap dan diberikan kunci pada seawal tahun depan iaitu bulan Januari 2013.

Nampaknya terpaksalah aku membayar pinjaman bank bulanan sedangkan aku masih lagi tidak dapat kunci rumah dan memduduki rumah tersebut. Maklumlah aku beli rumah tersebut didalam proses pembinaan lagi. Masa tu baru 3 buah jer yang siap. Yang lain lain tu masih lagi tanah kosong. Tapi alhamdulillah aku dapat berita yang agak menggembirakan apabila rumah yang aku beli sejak tahun lepas yang berharga RM148K, kini harga pasaran jualannya telah mencecah harga baru iaitu RM175K. Naik banyak tuh kan. Hati rasa lega bila tengok harga naik walaupun masih lagi tidak mendapat kunci rumah.

Aenicia Impiana Casa

Aenicia Impiana Casa

Kalau lah bulan ogos ni dapat kunci kan best. Boleh lah beraya dirumah baru. Perancangan aku ingat aku tidak ingin lagi menduduki rumah ini nanti bila siap. Rasanya ingin disewakan ataupun buat rumah homestay. Korang rasa mana yang bagus dan baik. Rumah Sewa atau Homestay? Rumah ini adalah rumah baru dan dikawasan yang baru. Pada aku, aku lebih berminat untuk membuat rumah homestay sahaja. Cukuplah boleh menampung bayaran bulanan pinjaman bank pun sudah cukup. 

Kalau korang nak tengok bentuk rumahnya boleh la melawat disini {Taman Seri Impian}. Untuk melihat pelan rumah dikawasan Taman seri Impian Kluang Johor pula boleh melihatnya disini {Pelan Rumah Impiana Casa}. Jom beli rumah. Rumah makin naik, harga makanan makin naik, interest makin naik, badan makin naik, hanya gaji sahaja yang tak naik naik, ermmmm….. :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)