Update – Mencari Guest Writer Berbayar
Setelah aku war warkan dimedan media internet Facebook semalam, alhamdulillah 3 orang telah bersetuju menjadi penulis di blog Writers. Dengan kemasukkan penulis jemputan baru, maka ada beberapa cadangan dan persoalan dikemukakan. So dibawah ini aku akan updatekan beberapa syarat syarat baru dan cadangan yang baru supaya lebih faham akan hala tuju dan apa yang mesti dipatuhi sebelum menulis artikel/post/entry. Ini adalah sambungan bagi entry/post sebelum ini.
Ingat yer, tidak boleh menulis sesuka hati walaupun aku katakan boleh menulis apa saja. Maksud aku bukan tidak boleh menulis, akan tetapi tidak dibenarkan menulis dengan cara ambil mudah, ringkas dan terlalu pendek. Setiap entry yang diterbitkan akan dibayar dan tentulah aku tidak mahu ianya diambil mudah akan tetapi ianya tidak lah begitu ketat juga syaratnya. Cumanya aku berharap ianya seimbang. Berikut dibawah adalah update akan pertanyaan semalam bagi penulis yang ingin terlibat.
1. Minima penulisan mestilah 4 rangkap, dan setiap rangkap mestilah minima 4-5 baris penulisan (contoh boleh lihat disini BUFFET.) Ini adalah minima, lebih adalah lebih baik
2. Setiap post mestilah “Save Draft” dan tidak perlu inform saya “admin” bagi memberi tahu akan post terbaru
3. Saya selaku “Admin” akan review setiap post, edit dan akan saya publish jika saya bersetuju dengan post tersebut. Ini kerana saya ingin menjaga kualiti setiap post.
4. Penulisan mestilah berasaskan konsep seperti ini tips, tech, culture, travel, place, news, resepi, cerpen, islamik dan lain lain (akan diupdate dari masa ke semasa). No personal/peribadi, No artis, No Politik, No Kontroversi
5. Tiada paksaan berapa entry kena buat. Itu semua terpulang dan boleh mula serta merta.
6. Bahasa melayu dan bahasa english diterima. Bahasa english lagi digalakkan.
7. Entry bercorak santai dan diterima oleh saya akan diberi RM1.00
8. Entry yang berkualiti lagi lagi bercorak SEO akan saya beri RM2.00
9. Entry yang berkualiti dari segi SEO yang dipost 3-4 entry sekaligus dalam sehari berkemungkinan saya berminat untuk memberi RM10 terus.
10. Boleh register disini {REGISTER}. Dan syarat terbaru akan diupdate dari masa ke semasa….
Untuk diluar yang berminat boleh terus tekan register dan terus menulis post. Biarkannya dalam keadaan “Save Draft” dan hanya sayalah yang akan publish jika bersetuju. Jom ramai ramai join. Penulis hanya terlibat dalam penulisan dan tidak sesekali terlibat dalam reka bentuk blog dan cadangan tambahan dialu alukan. Selamat Berkarya… ![]()
Latest posts by Juan (see all)
- Daftar dan Promosikan Malaysia Online Micro Jobs – assignworks.com - June 19, 2013
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013

tak reti nak tulis2, jadi pembaca sokmo je kat sini
auc dot com recently posted..Review Buku: Ilmu Makrifat Peninggalan Tok Kenali Kelantan