Maafkan aku jika entry aku sejak akhir akhir ini seolah olah sengaja menjebakkan korang ke kancah penghadaman perut melalui makanan dan gambar gambar yang membuatkan lidah korang terliur lagi lagi diwaktu malam nan dingin. Terliur lidahku, berbunyi perutku, jam malam masih lagi awal, lapar terasa tidak tetapi nafsu keingin cuba mencari cari ruangan perasaan meluap luap mencari sedikit rasa masakan yang aduhai.

Pebender yang aku membebel nih. Ok kalian, pernah makan masakkan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa? Mesti pernah kan. Kalau tak pernah, boleh order sekarang dan makan bersama sama ngan aku. Aku jadi juri sedap ker tak masakan tuh. Sengaja aku “touch-up” kan gambar dengan sedetail boleh (maklumlah tiada DSLR), meningkatkan warna gambar, mengkilatkan sinaran pada sayuran dan memerahkan warna agar selera makan malam korang ter irama dengan naluri korang.

Resepi Ikan Tiga Rasa

Resepi Ikan Tiga Rasa

Sebenarnya, gambar diatas menunjukkan masakan tradisonal melayu kita. Tidak lah terlalu tradisional sangat, akan tetapi ikan, telur, sayur ulam dan juga sambal memang ciri ciri melayu dan asia. Dulu ikan siakap ni kompem jadi masakan yang berbentuk mewah. Sekarang tidak lagi, kita boleh dapatinya dikedai makanan dengan memesan makanan berbentuk bufet untuk seisi keluarga. Ada kedai yang charge mahal dan ada yang murah. Semuanya bergantung kepada kedai, menu dan juga tambahan lain yang dipesan.

So, persoalannnya, adakah korang tahu Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa?. Aku serius tak tahu. Korang bagaimana? Apa ada bau bau “SEO” dalam entry ni?. Yer ker?. Sekali sekala main SEO rasanya tak salahkan. Janji aku tak amalkan konsep blogging “copy & paste”. Setakat ini baru dua kali aku rasa masakkan Ikan Siakap Masak Stim. Tak tahu pula kalau ikan siakap dimasak stim juga sedap. Apa apa pun ikan siakap masak tiga rasa memang terbaik. Nyum nyum.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)