Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni aku nak update bab makanan akan tetapi bukan makanan yang aku telah makan, akan tetapi tentang satu program masakkan dari televisyen swasta bayaran. Rancangan aper? Rancangan yang dimaksudkan adalah rancangan MasterChef Malaysia Musim Ke-2 yang akan di pertontonkan melalui Astro Ria (104), Mustika HD (134) dan Astro On The Go. MasterChef Malaysia Musim Ke-2 ini dijadualkan akan bermula pada 8 Sept 2012. Korang dah saksikan siri Ujibakat MasterChef Malaysia pada 8 – 13 Sept 2012 yang lepas?

Semalam aku tertanya tanya di Facebook MasterChef Malaysia akan bila mereka akan mulakan tayangan rancangan memasak nih. Jawapan yang diberi adalah rancangan ini telah pun memulakan tayangan sejak 8 sept 2012 lagi. Eh, macam mana aku pun tak tahu ni. Kalau korang yang mengikuti blog ini pasti tahu yang aku meminati rancangan MasterChef Malaysia ni sejak dari musim pertama hingga yang terlatest iaitu masterchef selebriti. Aku tonton semua sampai habis.

MasterChef Malaysia Musim Ke-2

MasterChef Malaysia Musim Ke-2 – Gambar diambil dari Facebook Masterchef

Minat pada sesuatu tak semestinya orang tu pandai masak. Aku pun macam tu jugak. Sangat jarang lah aku memasak ni. Selalu beli jer. Nama benda bahan masakkan pun aku tak tahu. Tapi memang rancangan seperti MasterChef ni aku minat. Tak tahu kenapa. Hinggakan MasterChef US dan MasterChef Indonesia pon aku tonton sekali. Giler lah. Ni rancangan MasterChef Indonesia Musim Ke-2 pon sedang ditayangkan dinegara Indonesia dan rasanya tinggal 7 orang lagi yang akan melangkah ke final nanti.

Apa yang aku lihat rancangan MasterChef Malaysia Musim Ke-2 ni bagi pandangan aku seolah oleh mereka memilih mereka yang mesra camera, pandai bercakap, aktif, ada daya penarik, pandai masak sudah tentu dan juga diselitkan unsur “drama”. Secara official nya MasterChef belum lagi bermula secara rasmi, akan tetapi masih lagi dalam pemilihan peserta yang layak untuk masuk didalam kumpulan top 24. Maksudnya, masterchef masih lagi didalam mood “Episod Bootcamp” dan bukannya di “Dapur Masterchef” dan malam ni adalah hari terakhir bagi menentukan peserta terakhir bagi top 24. Korang boleh menonton ke semua 12 episod bootcamp secara live disini {MasterChef Malaysia Episode BootCamp Live Streaming}. Selamat menonton…

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)