Crankyads – Sewa Tapak Iklan di Blog
Korang bosan tidak pernah berpuas hati dengan pendapatan online, klik iklan yang sangat kurang, affiliate tidak menjadi, tiada advertorial, dan lain lain. Apa kata korang cuba sebuah pendapatan online dengan cara yang lain pula. Apa itu? korang sebenarnya boleh menjana pendapatan online secara aktif ataupun pasif dengan cara menyewa tapak iklan diblog korang. Apa? korang dah buat tetapi tiada siapa yang ingin beriklan?
Jangan risau. Kalau korang dah buat tetapi tidak berjaya. Apa kata korang cuba kaedah yang lain pula. Mana tahu mengena dan nasib berubah. Kebiasaannya korang hanya menunggu para pengiklan atau advertiser untuk singgah diblog dan kemudian membeli tapak iklan diblog. Cara ini masih ok jikalau korang terkenal atau mempunyai traffik yang baik. Jika sebaliknya, ianya susah untuk pengiklan untuk mengenali korang.

Crankyads
Apa kata korang memperkenalkan diri korang kepada pengiklan? Macam mana tuh? Aku sendiri pun baru sahaja melakukannya dan masih tiada lagi pengiklan yang mahu beriklan diblog ini. Akan tetapi tidak mengapa. Aku tidak berasa ralat. Sebab aku tahu yang blog aku sekarang terdedah kepada pengiklan. Bila sampai masa nanti, mungkin akan ada pengiklan yang sudi beriklan diblog picisan aku ini. Siapa tahu.
Caranya, korang perlu menginstall plugin yang aku berikan dibawah ini dengan melawat link yang akan aku berikan nanti. Perlu diingat, plugin ini akan menghasilkan kotak iklan yang korang inginkan dan hanya sesuai untuk iklan jenis widget sahaja. Ini kerana ia berfungsi melalui widget dan tiada javascript disediakan. Ok lihat link dibawah untuk mula mendownload:
1. Crankyads : http://goo.gl/Jz6Dl (website untuk mendownload plugin)
2. Crankymart : http://goo.gl/4Qbje (website untuk para pengiklan untuk membeli iklan anda)
Apa yang korang perlu buat adalah mendownload plugin terlebih dahulu, kemudian upload plugin dan last sekali install plugin tersebut. Lepas tu masuk ke setting crankyads setting dan kemudian perlu sign in terlebih dahulu untuk menggunakannya. Lepas berjaya sign in, korang boleh lah melihat dan melakukan setting akan saiz iklan mana yang korang suka. Tetapkan bayaran yang korang inginkan untuk saiz iklan korang dalam USD dan kemudian tekan button save.
Selepas “SAVE”, korang melawat halaman WIDGET dan akan terdapat code iklan dihasilkan. Drag and Drop iklan tersebut dibahagian sidebar. Maka iklan widget korang telah diaktifkan. Cuba lihat website/blog korang sekarang, pasti akan ada iklan “Advertise Here” terhasil. Korang boleh melihat contoh iklan diblog aku ini yang bersaiz 160×600 sebagai contoh. Bila tapak iklan ditekan, maka korang akan dibawa kehalaman khas untuk “Order Now” membeli tapak iklan.
Selepas 1-2 minggu pemasangan plugin crankyads, laman web/blog korang akan mula disenaraikan di Crankymart. Di crankymart ini korang akan melihat website/blog korang mula muncul disana dan nilai average pageview blog iklan korang dipaparkan. Disinilah para pengiklan akan mencari blog yang sesuai dengan minat mereka untuk membeli tapak iklan diblog yang mereka mahukan. Bayaran dalam dollar aka USD. Sebelum ini hasil iklan akan kita dapat 100%. Akan tetapi awal bulan oktober ini pihak crankyads akan mula mengambil 25% hasil dari sewa tapak iklan kita.
Bagi aku tidak kisahlah dengan 25% yang diambil oleh mereka. Tapak sewa iklan kita dijual dalam bentuk USD dan lagi pula kebarangkalian blog kita terdedah dengan pengiklan sangat tinggi. Mudah kan. Kaedah ini bagi aku sangat sesuai untuk blog yang menggunakan wordpress dan blogger yang mempunyai akaun paypal sahaja. Aku tidak pasti jika blogspot dan juga blogger yang tidak mempunyai akaun paypal boleh menggunakannya. Apa apa pun korang boleh melawat website yang diberikan untuk membaca lebih lanjut. Nak cuba? Mulakan dari sekarang.
OPPSSS, LUPA NAK BERITAHU, CRANKYADS INI TIDAK MENGENAKAN SYARAT SEPERTI BUYSELLADS YANG MENGINGINKAN BLOG PALING MINIMUM 50,000 PAGEVIEW SEBULAN BAGI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN MEREKA. DENGAN CRANKYADS SEMUA ORANG LAYAK MENGGUNAKANNYA…
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

boleh cuba. hehe
titan recently posted..Terima kasih.