Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2012

Esok kita akan memasuki bulan baru iaitu bulan Disember 2012. Pada sesiapa yang mengambil dan ada menyimpan wang di Amanah Saham Bumiputera (ASB) samada simpanan melalui wang sendiri ataupun melalui pinjaman pasti tidak sabar untuk menanti dan mengetahui berapakah dividen yang akan diberi untuk penghujung tahun ini. Aku sangat suka dengan pembahagian keuntungan ASB ini dengan cara hujung tahun iaitu bulan December. Senang kiraan dan wang keuntungan pula dapat digunakan untuk tujuan yang lebih baik bagi yang sudah bekerluarga.

Ada ura ura yang mengatakan yang ASB akan menutup dan menangguhkan transaksi penjualan dan pembelian unit ASB dengan lebih awal dan ada kemungkinan tahun ini dividen ASB untuk tahun 2012 lebih tinggi berbanding Dividen ASB 2011. Tidak tahu akan kebenarannya, akan tetapi jika benar sudah tentulah memberikan kegembiraan pada yang menyertai Skim ASB ini. Aku sendiri memang kekal sejak dua tahun lepas untuk terus menyimpan didalam unit amanah saham bumiputra ini.

Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2012 = Dividen 7.75 Sen, Bonus 1.15 Sen
Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Ini adalah salah satu cara aku untuk menyimpan sebagai wang simpanan. Ada berbagi cara untuk menyimpan wang lagi lagi ketika diusia masih muda (muda ker), ehhehe. Korang boleh memilih menyimpan didalam KWSP, Skim amanah selain ASB, melalui insurans juga boleh, menyimpan emas, menyimpan didalam bentuk aset seperti membeli rumah, ataupun melalui pembelian pembelian yang lain seperti hartanah dan lain lain. Ianya terpulang kepada diri sendiri samada mahu ataupun tidak. Selagi kita tidak memulakan langkah yang pertama selagi itulah ianya tidak akan bermula.

Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2012 pasti menjadi trending topik pada penghujung bulan nanti. Ramai yang akan mencari dan ternanti nanti. Selepas pengumuman, pengiraan dividen dan juga tarikh boleh sambung pembelian dan pengeluaran unit ASB nanti, pasti sangat sesak kaunter kaunter bank yang membuka cawangannya didalam bank. Yang cerdik akan terus membiarkan dividen ASB didalam akaun, yang kurang cerdik pula pasti akan mengeluarkan kesemua dividen dan membelanjakan dengan cara yang salah. Apa apa pun tujuannya, cubalah bersederhana dan gunakan wang dengan cara yang baik. Senang cerita, gunakan wang untuk kebaikkan masa kini, esok dan masa hadapan. Majulah Malaysia.. :)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge