Pertama Kali di Malam Pertama
Teringat aku kisah lalu. Pada malam tu badan terasa penat betul. Letih sana sini, peluh keluar. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam. Nak duduk tak kena, nak berdiri tak kena. Mencuba posisi baring tak kena, tutup suis lampu dan merehatkan minda pun tak kena. Semuanya serba tak kena. Jantung dup dap dup dap. Tak selesa langsung. Tension betul bila berada didalam keadaan yang macam nih. Tapi apa nak buat, semua kita sebagai manusia pasti melalui saat saat macam ni kan. Kadang kadang jarang sekali dan kadang kadang kerap. Tengok kekuatan badan juga.
Tiba tiba kawan call. “Bro ada mana, rumah ka?”. Tanya beliau. Ah sudah, dia nak mai plak. Dah la tengah tengah malam nih. Maklum lah malam tu tak terasa nak layan member sangat sebab tak selesa. Sejak dari petang semalam aku berkeadaan macam tuh. Dah dua hari dah. Selepas mengetahui hal aku, kawan aku pun datang jugak. Alhamdulillah beliau datang bukan dengan tangan kosong. Beliau memang memahami aku sebagai seorang rakan lelaki. Bertanyakan apa yang tidak kena pada aku.

Bubur Ayam McD Chicken Porridge
Lalu beliau memberikan aku sebuah minuman dan juga sebuah makanan. Katanya untuk memulih dan “menambah tenaga“. Cheh, aku tersenyum sedirian. Ada ada sahaja. Beliau mengatakan jika aku pekena akan apa yang dibawakannya serius “kekuatan” aku akan pulih, badan akan berpeluh seketika dan tenaga menjadi mantap, badan akan jadi sihat dan akan kembali cergas untuk aktiviti harian akan datang pasti dapat dilaksanakan dengan terbaik. Macam ayat skema la pulak.
Sejak pertama kali aku sentuh, serius dia semacam panas panas suam lah. Betul ker benda ni dapat pulihkan tenaga aku nih dan menghilangkan debaran aku akibat payah dan tidak boleh tido semalaman. Bak kata pepatah tidur tidur ayam. Aku pun cuba pekena akan apa yang dibawanya. Serius, untuk pertama kalinya serius aku sudah jatuh cinta dengan benda nih. Sedap nihhh. Serius aku katakan yang itulah Malam Pertama aku yang aku gelisah tetapi aku dapat menghadapinya dengan baik dan memberikan sesuatu yang berharga buat aku.
Terima kasih kepada member ku ini kerana membawakan makanan ini. Bubur Ayam McD atau dengan kata lain McD Chicken Porridge memang terbaik dan lazat. Bagi orang yang demam macam aku, boleh lah pekena bubur McD segera ini. Serius sedap gila bila pertama kali aku merasainya. Itulah malam pertama aku menikmati hidangan bubur ayam dari McD yang sedap di waktu malam. Demam pun tiba tiba pulih. Sejak dari itu kerap aku melakukan benda yang sama berulang ulang. Sikit sikit bubur, sikit sikit bubur. Tapi sekarang aku cuba jarangkan pengambilan. Lagi pun aku dah sembuh dan lagipun itukan makanan segera. Sedap sedap juga tetapi pengambilan makanan kesihatan perlu juga. Jagalah kesihatan anda dari sekarang untuk masa depan yang cerah, gemilang dan terbilang.. Bye..
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013

lama tak makan bubur McD, saya suka makan bubur buatan sendiri, masakan bini.. lagi sedap dan mengenyangkan..
donnyien recently posted..Wanita kerja malam tingkatkan risiko barah payu dara