Pertama sekali ingin aku nyatakan bahawa ini hanyalah pandangan peribadi aku terhadap Proton. Proton adalah Malaysian National Car Maker. Proton oh Proton. Ada apa dengan Proton. Diharap korang dan pihak proton tidak “bash” aku dengan pendapat yang akan aku utarakan nanti. Walauapapun ini hanyalah pandangan peribadi dan aku galakkan perkembangan ilmu dengan komen komen positif mahupun negatif secara berhemah dengan bertujuan mengangkat martabat ilmu dan memperkembangkan budaya berfikir dan kali ini proton sebagai tajuk utama.

Kenapa Proton? Sejak dari awal pembuatan lagi, sebenarnya secara asanya Proton membawa semacam satu kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Serius aku katakan aku tetap sokong dan bangga dengan Proton walaupun aku tidak pernah membeli mana mana kereta Proton kecuali ayah aku. Walau ramainya yang bash dan memandang remeh terhadap keluaran kereta jenama negara, aku tetap sayang proton disebabkan nilai terhadap jenama Negara.

National Car Maker

National Car Maker

Walaupun proton belum lagi memberikan satu nilai yang sangat membanggakan, akan tetapi korang tidak boleh menafikan yang jenama “PROTON” adalah sebuah jenama nama yang baik. Aku bukan cakapkan pasal kualiti jenama, akan tetapi nama itu sendiri. Rakyat Malaysia boleh berbangga ada jenama nama kenderaan yang berbentuk global iaitu “PROTON” walaupun proton masih lagi tidak mampu mengeluarkan kenderaan yang benar benar hebat dan berkualiti. Secara jujurnya aku tidak berasa begitu teruja dengan nama “PERODUA” disebakan namanya sahaja kurang nilai komersial walaupun jualan kereta perodua memberangsangkan dan terbaik.

Masalah yang aku seringkali lihat pada proton adalah kualiti yang selalu dihentam teruk oleh pengguna. Masalah seperti getah tingkap yang tercabutlah, power window yang problem lah, engin berbunyi lah, kurang jimat minyaklah, lampu merah belakang yang tercabutlah. Bagi aku benda benda ini memang meng “annoying” kan penggunaka kereta proton tetapi ianya suatu masalah yang sebenarnya boleh diperbaiki dan dipertingkatkan oleh proton. Tiada masalah yang besar disitu.

Sebagai rakyat awam yang kurangnya ilmu didalam industry kenderaan, maka aku akan melihat masalah proton dari skop luarannya sahaja dengan ilmu yang terbatas. Bagi pendapat aku masalah proton yang utama untuk bersaing dan berkembang dengan product dari luar seperti Toyota, Honda, Hyundai, Ford, Mitshubishi, dan lain lain adalah tidak lain tidak bukan hanyalah DESIGN dan juga ENGIN. Inilaha masalah utama bagi aku terhadap proton.

ENGINE

Proton sebenarnya memerlukan pelbagai variasi engin pelbagai peringkat bagi mengeluarkan pelbagai siri kenderaan dari yang berkapasiti kecil hinggalah yang berkapasiti besar dan berat. Jika proton mempunyai pelbagai engin milik sendiri pastilah proton dapat mengangkat jenama sendiri dan mengurangkan pandangan skeptikal dan negatif terhadap proton malah proton akan berupaya mendapat kepercayaan penuh dari rakyat Malaysia sendiri dan juga luar negara. Ini masalah proton yang utama bagi penilaian aku.

Hanya satu engin sahaja yang proton berjaya bina iaitu campro dan ini ada mengundang persepsi positif dan juga negatif. Walauapapun proton perlu menaik taraf engin ini kearah level yg lebih baik bagi memperbaiki mutu kuasa performance dan juga kualiti penggunaan minyak yang menjimatkan dan juga mesra pencemaran. Inilah perbandingan yang selalu dibuat oleh orang ramai. Proton haruslah mengatasi masalah ini dan seterusnya dapat memujuk dan mencuri hati rakyat sebagai pengguna proton

DESIGN

Ini masalah utama proton bagi aku sebagai yang kedua. Sebenarnya tarikan sesebuah kenderaan yang utara dan terpenting adalah masalah “FIRST IMPRESSION”. Proton sehingga kini masih lagi tidak mampu membuat design yang bebetul memukau dengan daya tarik “FIRST IMPRESSION”. Inilah kelemahan proton. Serius aku tidak faham dengan masalah ini. Ada masalahkah untuk membuat satu kenderaan yang sangat menarik. Malah aku katakan yang proton membazir dengan hanya menggajikan designer luar dengan kos yang tinggi tetapi tetapi tetap tidak begitu menarik.

Proton Preve

Proton Preve – This picture is owned and credit to http://www.fenoria.com/

Ramai orang sukakan sesebuah kereta dengan hanya bentuk dan design yang modern dan menarik. Perkara ini sepatutnya mudah dilakukan dan malah tidak keterlaluan jika aku katakan yang proton boleh jual keretanya dengan mudah jika proton mempunyai pelbagai kenderaan yang mempunyai design yang “awesome”. Ada sahaja yang tidak kena dengan design proton seperti seolah olah tidak lengkap dan tidak siap.

Aku sendiri sukakan design Proton Preve. Dari segi design hadapan sudah cukup tetapi kurang “KICK”, dan bagi design belakang pula secara jujur aku katakan “FAIL”. Proton Preve akan lebih lengkap jika bahagian depan diperkemaskan dan bahagian belakang ditukar design lampunya.

Untuk maklumat proton, seseorang selalunya sukakan sesebuah kenderaan itu mudah hanya dengan first impression first look terhadap sesebuah design yang baik. Sporty, mewah, tegap dan bergaya.

Bayangkan sebuah kereta proton yang designnya sangat “awesome” tetapi menggunakan engin campro, tetap boleh laris jualannya disamping interior dashboard yg modern. Tak percaya, cubalah.

Ada lagi yang ingin aku tuliskan, tetapi cukulah sampai sini. Karangan aku ini bukan untuk tatapan guru guru sekolah, akan tetapi ianya lebih kepada luahan isi hati aku terhadap proton dan berharap ianya menjadi lagenda dan hebat suatu masa nanti. Aku rasanya akan bangga bila sebut “PROTON” berbanding “PERODUA” hanya sebab nama yang lebih awesome bila disebut. Maaf perodua, aku tidak bermaksud merendahkan nama, akan tetapi ini hanyalah pandangan peribadi aku terhadap pembawaan nama itu sendiri. Aku bangga sebagai anak Malaysia, rakyat Malaysia dan aku bangga dengan PROTON…. Malaysia Boleh… :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)