Usahawan Perniagaan Restoran Bisnes Kedai Makan
Sebenarnya didalam diri aku ni ada minat dan cita cita untuk membuka kedai makan. Tetapi minat dan cita itu buat masa ini belum lagi terbuka untuk benar benar merialisasikan kerana faktor utama yang menghalang adalah wang. Ada kawan yang mencadangkan membuat pinjaman dan aku menolak atas faktor tidak mahu sebarang keterikatan dengan pinjaman mana mana institusi perbankan selagi belum membuka dan mengoperasikan kedai makan. Adalah tidak baik jika membuat pinjaman tetapi kedai belum mula operasi. Last last kedai ntah kemana dan kita pula tersangkut dengan bayaran bulanan pinjaman.
Secara jujurnya aku zero didalam ilmu Peluang Perniagaan Bisnes Kedai makan ini. Aku seorang pekerja swasta yang tiada ilmu apa apa pun didalam bidang bisnes. Tujuan aku untuk involve (jika ditakdirkan berjaya) adalah untuk pengalaman dan juga mencapai cita cita kearah “passive income”. Ini adalah tujuan utama dan tujuan kemudian itu akan datang setelah merasai kejayaan tujuan utama. Didalam kepala aku bukan hendak membuka kedai makan yang besar besar tetapi cukuplah mempunyai sebuah kedai untuk disewa secara sah.

Bisnes Kedai Makan
Walaupun masih tiada modal dan juga ilmu, aku cuba berfikir secara mudah agar pandangan dan visi untuk membuka bisnes suatu hari nanti tercapai dan tidak serabut dengan benda benda negatif. Bagaimana aku lakukan? Senang sahaja. Apa yang aku buat ini adalah kaedah mudah iaitu zero didalam menilai apakah kos dan juga peralatan yang aku perlukan bagi membuka sebuah restoran kedai makan dengan menggunakan idea dan pandangan yang terbatas ini. Ini adalah kaedah simple sahaja. Benda yang rumit nanti adalah apabila menghadapi sendiri realiti didalam urasan niaga apabila praktikal mula dilakukan. Jom baca…
Meja Restoran
Secara asas apa yang perlu ada pada sebuah kedai makan? Meja dan kerusi. Betul tak? Aku target paling kurang meja dan kerusi untuk kedai makan permulaan adalah sebanyak 10 set. Katakan satu set meja makan kayu termasuk kerusi berharga RM300(max), maka untuk 10 set meja makan adalah berharga RM3000 sahaja. Murah? Mahal? Tidaklah, ini adalah apa yang aku survey di internet. Memang begitulah harganya.
Cashier Machine
Bagaimana dengan mesen kira kira. Nak mudah boleh pakai kalkulator. Kalau nak lebih professional bolehlah memakai mesen kira kira yang lebih baik yang mampu menyimpan wang tunai, duit syiling dan merekodkan aliran wang tunai seharian melalui cetakkan kertas. Setelah membuat survey diinternet aku dapati ianya boleh didapatkan serendah RM500 atau lebih rendah lagi atau yang berkualiti seharga RM1000 sahaja.
Buffet Tray
Apa itu buffet tray? Buffet tray adalah tempat letak hidangan makanan yang telah siap yang diperbuat dari stainless steel. Alah seperti buffet majlis perkahwinan. Satu set buffet tray mempunyai 5 biji bekas hidangan. Dan aku memerlukan lebih kurang 15 bekas yang bersamaan dengan 3 set buffet tray. Didalam survey yang aku lakukan satu set berharga RM250 dan total 3 set adalah berharga RM750. Murah ja kan. 15 set bekas untuk meletak makanan seperti ayam goreng, ikan, kari, sayur dan lain lain sudah lebih dari mencukupi.
Chest Freezer
Pernah tengok tak freezer berkotak segi empat besar yang berwarna putih seperti dikedai kedai runcit tuh. Walaupun ianya besar tetapi tidak lah begitu mahal. Mengikut survey yang aku buat ianya hanyalah berharga dalam lingkungan RM1000 kebawah sahaja. Ini adalah untuk penyimpanan sejuk beku seperti ayam, mee, sayur, ikan, ais batu dan lain lain. Janganlah gunakan freezer seperti dirumah tu, dah la mahal, rosak plak kang, hehe. Kalau tak faham apa itu Chest Freezer boleh lah google dan menggunakan perkataan ini
Freezer (Peti Ais Biasa)
Peti ais ini tidak perlu diterangkan lagi kegunaannya. Ianya berlainan dengan chest freezer. Dan ianya digunakan untuk meletak stok bahan sejuk beku yang lebih bersih dan tidak mengotorkan.
Burner Gas Stove (Dapur Memasak)
Untuk dapur memasak ini aku dapati mudah jika kita menggunakan dapur memasak biasa sahaja iaitu yang mempunyai dua pembakar api (double burner). Aku rasa korang pon tahu yang dapur memasak biasa yang mempunyai dua pembakar kebiasaannya hanyalah berharga berpuluh ringgit sahaja. Katalah aku meletakkan untuk membeli dapur memasak yang sedikit berkualiti iaitu berharga RM100 setiap satu. Aku bercadang aku ingin membeli 4 set dapur memasak dengan kata lain mempunyai hingga 8 tempat memasak yang bersamaan dengan kos sebanyak hanya RM400@RM500 untuk kesemuanya sekali. Murah sahaja.
LCD TV
Melihat kepada situasi semasa, ramai diantara kita iaitu “melayu” sangat mengabaikan tentang peranan TV. Salah satu sebab kenapa kedai makan biasa atau kedai makan 24 jam berjaya untuk menarik pelanggan adalah kerana tarikan TV itu sendiri. Ini pakai tv biasa lepas tu tv tu pun buat layan diri sendiri. Sebenarnya TV mampu memainkan perasan yang besar untuk menarik pelanggan biasa dan juga pelanggan tetap dengan faktor faktor seperti tarikan rancangan “Sepak Bola”. Buat permulaan satu TV sahaja cukup akan tetapi dua adalah lebih baik. Mengikut survey yang dilakukan TV LCD 32 inci baru sekarang hanyalah berharga RM1000 sahaja.
Lain lain seperti lesen perniagaan, lesen pemadam kebakaran, cat kedai, tong gas, kipas, pinggan mangkuk, periuk, bahan asas mentah masakan dan lain lain lagi yang dirasakan perlu tidak lah terlalu mahal. So inilah cara aku berfikiran positif dan cuba memudahkan benda yang mudah dan jangan serabut dengan apa apa berita negatif yang mengganggu minda.
Ada kawan kata kalau nak buka kedai makan mahu mahu kena ada wang simpanan sebanyak paling kurang RM60K – RM100K. Aku setuju dengan pendapat beliau, tetapi bila menerima kenyataan sebegitu bulat bulat ianya hanyalah membuatkan aku rasa seperti ianya mustahil untuk aku membuka bisnes restoran kedai makan. Sepeti pengiraan yang aku buat diatas nampaknya ianya tidaklah memerlukan kos yang sangat besar jika kita tahu apa yang perlu kita perlukan sahaja untuk permulaan. Jangan keterlaluan nak renovate sana sini. Sebab yang penting disini hanyalah “makanan” itu sendiri. Nanti dah maju barulah upgrade yer tak. Apa kata kawan kawan
Latest posts by Juan (see all)
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013
- Dapatkan Pelbagai Servis Untuk Rakyat Malaysia di Murahnya.my - May 17, 2013

nak seribu daya
x nak seribu dalih
moga tercapai hasrat tu
auc recently posted..Review Buku: Sirah Teragung MUHAMMAD saw