SEOPressor V5 – Best On-Page SEO Plugin for WordPress

Semalam aku terfikir cara untuk improvekan lagi keupayaan blog ini ketahap yang lebih baik dan memuaskan dari sebelum ini. Aku mempunyai akaun paypal dan hasil dari beberapa advertiser advetorial sebelum ini menyebabkan akaun paypal aku ber-wang dan hasil dari itu membolehkan aku untuk membeli paid wordpress theme. Ada la dalam 3-4 wordpress theme yang aku beli tetapi setelah dicuba masih lagi tidak memuaskan diri aku ini. Aku fikir sedalam dalamnya dan aku membuat keputusan untuk kekal dengan theme free ini tetapi beralih kepada plugin berbayar “wordpress paid plugin” untuk menyumbang kepada On Page SEO blog ini.

Setelah fikir dan membuat research secara ringkas, aku membuat keputusan untuk mencuba dan membeli SEO Plugin untuk blog wordpress aku ini. Aku membeli SEOPressor plugin bernilai USD47 dollar untuk hanya satu site sahaja iaitu diblog ini. Kenapa aku memilih SEOPressor berbanding plugin dari pihak Yoast? Ini kerana aku ingin mencuba plugin berbayar dan melihat bagaimana fungsi dan prestasi yang dapat membantu aku didalam improve SEO untuk blog aku ini. Sejak Google menjalankan perubahan insfrastruktur (panda and penguin) didalam search engine, banyak blog atau entry blog kita yang ditendang jauh dan plugin hebat mungkin dapat menolong dan membantu kita memahami bagaimana menggunakan SEO dengan lebih baik dan cekap.

SEOPressor V5 - Best On-Page SEO

SEOPressor V5 – Best On-Page SEO

Sehingga artikel ini ditulis, ini adalah entry pertama aku untuk menggunakan plugin SEOPressor dan melihat bagaimana ianya dapat membantu aku membuat content yang bersifat SEO dengan lebih baik. Kenapa aku memilih plugin dari jenis ini? Plugin ini membantu aku memperkuatkan SEO sesebuah entry yang dihasilkan dengan kata lain “On Page SEO“.

Apa itu On Page SEO? Menurut apa yang aku faham ianya adalah salah satu kaedah bagaimana kita optimasikan WordPress SEO didalam entry yang kita hasilkan. Bagaimana kita dapat tahu yang entry kita benar benar telah mencapai satu optimasi yang terbaik atau memuaskan? Oleh sebab itulah kenapa aku cuba untuk mendapatkan Best SEO WordPress Plugins untuk blog aku ini dengan menggunakan SEOPressor. Bagi seorang blogger yang serius aku memang mencadangkan mereka mendapatkan Plugin seperti ini terutamanya yang selalu bimbang dengan perubahan algoritma google yang semakin hari semakin bijak didalam memilih entry berkualiti untuk dipaparkan di engin carian mereka.

Bagaimana SEOPressor Membantu didalam On Page SEO

Maaf jika korang mengharapkan sebuah entry yang berkualiti tentang plugin ini. Ini adalah percubaan pertama kali aku untuk mengikut semua kaedah yang dianjurkan oleh SEOPressor ini didalam memastikan aku faham bagaimana On Page SEO itu penting didalam menghasilkan kualiti entry itu terbaik bagi pembacan dan juga dimata engin carian. Ok dibawah ini adalah apa yang boleh aku simpulkan untuk korang praktikan bagi membolehkan korang berjaya didalam On Page SEO ini. Ini kerana SEOPressor ini adalah salah saru BEST SEO Plugin berbayar yang terbaik setakat ini.

1. Pastikan korang mempunyai 3 keyword panas yang paling dicari berdasarkan sesuatu topik

2. Pastikan salah satu keyword mesti digunakan pada 100 ayat yang pertama dan terakhir

3. Pastikan keyword densitt tidak tepu melebihi 4% didalam sesebuah entry

4. Pastikan keyword diguna pakai pelbagai oleh “bold”, “italic” dan juga “underline”

5. Keyword mesti diguna pada H1, H2 dan H3 tag.

Cukup 5 perkara asas yang mesti diketahui oleh blogger sekiranya mereka ingin improve On Page Mereka tanpa menggunakan plugin yang aku guna ini berdasarkan apa yang aku faham setakat ini iaitu bagaimana plugin ini berfungsi. Akan tetapi ianya menjadi kelebihan bagi aku yang menggunakan plugin SEO ini kerana ianya memberikan aku data seperti disebelah kanan sidebar semasa aku menulis entry ini. Ianya seperti aku sedang dibantu oleh pakar atau SEO Expert dan senantiasa berada disebelah kanan aku untuk melihat markah yang diberikan. Didalam bahasa english ini perbuatan kita seperti ini dinamakan “Web Page Optimization Best Practices”. Mesti korang nak latih diri membiasakan manakah amalan SEO yang disuka oleh engin carian supaya tidak ditendang jauh kedalam.

Adakah SEOPressor salah satu Best SEO Plugin bagi wordpress

Salah satu sebab kenapa aku memilih SEOPressor berbayar ini berbanding Free WordPress Plugins adalah kerana sebelum ini aku pernah membuat sedikit kajian kecil beberapa bulan lalu iaitu semasa aku agak aktif sangat membaca blog blog dari luar negara terutamanya blog yang berbahasa english. Blogger tersebut adalah salah satu blogger hebat yang aku tidak nafikan dengan kedudukan ranking alexa yang baik dan jumlah komen yang banyak telah membuat review tentang bagaimana beliau secara jujurnya berpuashati dengan plugin SEOPressor yang beliau gunakan. Beliau malah menguji dan menunjukkan bukti entry beliau mampu menduduki ranking page pertama dihalaman google walaupun terpaksa bersaing dengan keputusan result yang sangat tinggi. Oleh sebab ketertarikkan itulah aku percaya yang ini merupakan plugin seo yang sesuai buat aku

Kepada blogger yang tercari cari atau untuk cuba beralih kepada plugin seo berbayar yang lebih mementingkan kepada On Page SEO ini aku sangat menyarankan plugin ini. WordPress Plugins for Seo seperti SEOPressor ini sekarang untuk tahun 2013 telah mencapai versi ke lima iaitu V5. Dari apa yang aku baca kita boleh menerima update secara percuma untuk improvement. Insyaallah entry yang akan datang nanti aku akan kongsikan lagi pengalaman menggunakan plugin ini setelah aku mahir dan selesa menggunakannya. Untuk rujukan kecil kepada korang bolehlah lihat gambar diatas. Itulah gambaran bagaimana pemarkahan diberikan. Majulah blog untuk negara…

Subscribe to Blog Updates

Comments

  1. says

    Pernah guna tetapi tidak tahu kenapa masih kekal dengan Yoast SEO. Memang tidak dinafikan sejak Google memperkenalkan Panda dan Penguin makin jauh blog ditendang. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge