Advertisement

Geniee International Pte Ltd

Geniee International Pte Ltd – Tawaran Pengiklanan Dari Jepun

29

Beberapa hari lepas aku mendapat tawaran pengiklanan dari syarikat Jepun melalui email. Pada mulanya aku kurang layan akan email sebegini akan tetapi entah mengapa aku mulai merespon email tersebut. Pada fikiran aku ada baiknya aku mencuba dahulu. Mana tahu ianya baik bagi mendapatkan pendapatan lebihan dari blog melalui sistem ini. Kalau tak cuba tak tahu, betul tak.

Mungkin korang pun ada mendapat email yang sama. Pada yang ada maklumat berkaitan syarikat ini berilah information apa apa yang perlu samada ok ataupun tidak. Nama syarikat ini adalah Geniee International Pte Ltd dan mempunyai 3 cawangan utama iaitu Japan, New York dan juga Singapore. Didalam email tersebut aku berpendapat yang ianya akan membayar aku melalui Dollar Singapore disebabkan pasaran blog aku adalah Malaysia. Bagi aku agak ok juga dollar singapura ni kan daripada nilai yen yang aku tak berapa pasti baik ataupun tidak.

Geniee International Pte Ltd

Geniee International Pte Ltd

Aku juga ada mendapat tawaran syarikat pengiklanan dari Indonesia. Akan tetapi aku masih lagi tidak berkesempatan untuk mengisi borang yang diberi. Tengoklah jika ada masa aku try isi. Berkenaan Geniee Inc ini pula, aku melihat seolah syarikat ini masih lagi baru. Mungkin disebabkan ianya dari Jepun maka kita kurang mendapat pendedahan akan jenama syarikat ini. Kalaulah ianya dibayar didalam dollar USD kan best macam Google Adsense, hehe.

Ada sesiapa yang ada terima tawaran ini. Korang Apply? Aku apply jer, kita cuba tengok. Tadi dah berjaya menghantar borang dan mereka merespon yang code tag iklan akan diberikan didalam masa dua minggu lagi. Kita tengok nanti macam mana iklan yang mereka berikan dan berapakah bayaran yang diterima. Aku pun kurang jelas samada iklan dibayar mengikut impression atau perklik. Kalau perimpression aku lebih suka berbanding perklik. Apa yang aku baca secara ringkas, mereka menjalankan sistem berbentuk SSP/Adnetwork. Apa itu? Korang boleh bantu aku untuk menjelaskan benda ini. Nasihat, cadangan dan komen korang amat amat aku hargai.. :)

Advertorial Payment Via Paypal

Pendapatan Blog Melalui Advertorial

58

Ramai dan kebanyakkan dari blogger blogger hanya mendapat pendapatan melalui sumber seperti klik iklan semata mata seperti Innity, Nuffnang, Advertlet, Google Adsense dan juga lain lain yang sama waktu dengannya. Kalau yang lebih advance sedikit blogger akan mendapatkan pendapatan online melalui program seperti Affiliate dan juga sewa tapak iklan diblog. Bila lihat blogger blogger otai yang mendapat pendapatan ratus ratus memang rasa cemburu juga.

Aku sebenarnya nampak perkara sebenar bila mana ada blogger otai yang mendapat pendapatan yang sangat tinggi. Tidak boleh dinafikan lagi ada diantara mereka sebenarnya menjana pendapatan terbesar hanya dengan advertorial sahaja. Tidak keterlaluan kalau aku katakan yang sebenarnya penyumbang terbesar bagi pendapatan blogger adalah hasil dari advertorial. Nak dapat advertorial kenalah rajin dapat banyak contact dan juga aktif dengan event event yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan.

Advertorial Payment Via Paypal

Advertorial Payment Via Paypal

Aku sendiri kalau tidak silap termasuk yang terbaru ini telah tiga kali mendapat advertorial. Dan advertorial yang terbaru ini memang aku tidak boleh menolak. Apakan tidak, kalau dah pihak pengiklan mahu bayar dalam jumlah “RATUS” tak kan kita ingin menolak betul tak. Lagi lagi kalau advetorial yang dikehendakki tidaklah sesusah mana. Minggu lepas aku dapat satu tawaran advertorial melalui email. Senyum aku pagi pagi bila membaca email berkenaan tawaran dari pihak pengiklan. Suka sangat.

Setelah siap membuat artikel advertorial, aku perlu send kepada pengiklan untuk dinilai, jika pihak pengiklan menerima advertorial berkenaan, mereka akan membayar RM200 kepada aku dan kemudian mentransferkan duit tersebut melalui paypal kerana tawaran advertorial ini dari pihak luar negara. Alhamdulillah semua telah berjalan lancar dan aku telah mendapat wang tersebut.

Macam mana nak dapat advertorial? Aku tiada jawapan konkrit berkenaan ini. Cuma nasihat aku setiap blogger seharusnya cuba untuk membuat satu page contact khas supaya pengiklan dapat dengan mudah menghubungi korang melalui email, elakkan sebuah blog yang terlalu copy & paste, kekalkan originality, tingkatkan rangking alexa dan sebuah blog yang kemas dengan interaksi komen yang baik. Sebuah blog yang baik dari segi alexa dan juga SEO rasanya lebih baik. Ini hanya pandangan aku sahaja. Mungkin salah mungkin betul. Korang pernah dapat tawaran advertorial? Ceritakan pengalaman korang dibawah…

PricePanda Malaysia

Cara Menentukan Harga iPhone 5 Malaysia Murah Dengan Mudah

22

Hari ini saya ingin menceritakan mengenai sebuah website perbandingan harga secara online untuk gadget gadget ternama di laman web Pricepanda. Perkhidmatan dari Rocket Internet ini baru sahaja melancarkan Pricepanda di Malaysia. Sejak iPhone generasi baru dikeluarkan iaitu iPhone 5, ternyata banyak sekali permintaan yang diterima dari pelanggan yang menunjukkan peminat dan minat terhadap iPhone 5 masih lagi stabil. Kebiasaannya apabila hendak membeli sesebuah gadget, pembeli smartphone akan membuat perbandingan dikedai telekominikasi satu demi satu bagi mencari penjual gadget yang mampu menjual iPhone 5 ataupun smartphone yang lain dengan harga yang lebih murah dari kedai lain.

Kini masalah untuk membuat perbandingan smartphone dari kedai ke kedai dapat dijimatkan dengan adanya sebuah webite online seperti Pricepanda Malaysia yang mampu memberi gambaran dan jawapan kedai online manakah yang memberikan harga tawaran yang lebih rendah dengan membuat beberapa perbandingan diantara kedai-kedai online terkenal seperti shashinki, Challenger, Fotokem, Mobile Megamall, Youbeli, Mobile88, Lazada dan Cresdo.

PricePanda Malaysia

PricePanda Malaysia

Tidak perlu membuang masa dikedai. Dengan hanya melawat website Pricepanda.com.my, harga terkini iPhone 5 yang  menjadi keutamaan kepada penggemar gadjet apple ini dapat membuat perbandingan untuk mendapatkan harga iPhone 5 yang paling murah dan seterusnya mendapatkan gadjet idaman anda. Perkhidmatan yang di tawarkan di Pricepanda adalah percuma dan sesuai untuk semua pengguna.

iPhone 5 prices here in Malaysia

iPhone 5 prices here in Malaysia

Laman web Pricepanda bukan sahaja boleh membuat perbandingan harga iPhone5, akan tetapi gadget lain dan terkini juga boleh dibuat perbandingan harga bagi lebih 2000 jenis barangan elektronik dan  barangan digital seperti Samsung, Nokia, Apple, Blackberry, Sony, Philips, Canon, Nikon dan lain lain. Sehingga setakat ini ianya difokuskan untuk produk produk seperti handphone, kamera, komputer, software, tv, video dan juga audio.

Anda juga boleh follow harga terbaik dari Pricepanda.com.my melalui :

  • Facebook   = https://www.facebook.com/PricePandaMalaysia
  • Twitterhttps://twitter.com/PricePanda_MY
  • Google + = https://plus.google.com/113721087729106483429/posts?hl=en
Go to Top