Al-Quran

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

46

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012. Layan layan twitter tadi tetiba ada somebody tweet mengatakan yang bulan puasa akan hadir didalam beberapa hari lagi. Terkejut aku! Aku tahu yang bulan puasa untuk tahun ni semakin awal berbanding tahun lepas akan tetapi tak tahulah bilakah tarikh tepat bulan puasa untuk tahun 2012 ini. Dengan tiba tiba somebody tweet mengatakan yang bulan puasa akan tiba beberapa hari lagi membuat aku terus mencari maklumat sahih didalam internet dan seterusnya memberikan idea untuk entry pada pagi ini.

Kalau berdasarkan pada gambar dibawah iaitu data yang diambil dari pihak jabatan islam, jadual dibawah menunjukkan yang bulan puasa bagi tahun 2012 di Malaysia ini akan bermula pada 21 Julai 2012 iaitu jatuh pada hari sabtu dan sebarang perubahan pula tertakluk pada pengumuman akan datang. Nampaknya sedar dan tidak sedar yang bulan puasa 2012 hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Ada tak puasa puasa yang lepas yang masih lagi tidak digantikan wahai anak ADAM…

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

Terasa cepat masa berlalu yer. Rasanya macam baru lagi aku balik kampung, memakan juadah kuih raya, pulut rendang dan bermaaf maafan dipagi raya. Tetiba bulan puasa datang lagi. Benar akan apa yang diberitakan, bahawa akan sampai suatu masa nanti akan tiba dimana waktu atau masa berputar dengan laju dan sepertinya masa bergerak dengan pantas. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian dan kelalaian. Ingat mengingati sesama kita.

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012 dah pun disiarkan, maka kepada mak mak orang dan bapak bapak orang, korang pandai pandailah kena budget dari sekarang untuk persediaan rohani untuk amalan bulan puasa, baju raya, kuih raya, servis kereta dan macam macam lagi. Kalau tengok pada jadual diatas, hari raya haji pon macam dekat sangat. Memang banyak lah persediaan tu nanti. Apa apa pun bersederhanalah didalam apa jua urusan. Assalamualaikum.

Tudung Kepala

Isu Tudung Kepala Wanita Muslim dan bukan Muslim

64

Entry/post pada kali ini lebih bercorak ilmiah dan agak ringan. Tajuk yang ingin aku bawa pada hari ini adalah pasal seputar Isu Tudung Kepala Wanita Muslim dan bukan Muslim. Ada apa dengan tudung dan kenapa dengan tudung kepala wanita. Ulasan pendapat peribadi aku ini bukan isu akan halal dan haramnya tudung wanita akan tetapi ulasan aku ini berkisar akan tentang pendapat umum masyarakat dunia tentang Tudung Kepala Wanita Muslim. Relevenkah amalan agama dipraktikan didalam zaman dunia yang moden masa kini?

Kalau kita lihat berita diluar negara atau eropah, mereka besungguh sungguh ingin melaksanakan undang undang mengharamkan pemakain tudung kepala atau lebih senang disebuat sebagai scraf/veil/hijab/niqab. Mereka melihat ajaran agama Islam sebagai amalan kuno dan ketinggalan zaman dan kebebasan hak sama rata tidak diberikan kepada wanita muslim. Adakah Islam tidak adil? Adakah hak sama rata tiada didalam Islam?

Tudung Kepala

Tudung Kepala

Sebenarnya pemakaian penutup kepala atau tudung ini adalah kewajiban dan juga adalah perintah Allah. Ia bukannya datang dari manusia yang bergelar suami, akan tetapi ia adalah perintah tuhan. Mereka iaitu pihak kristian tidak atau pura pura sengaja tidak nampak bahawa kewajiban menutup kepala juga terdapat didalam ajaran Bible. Malah ibu kepada Jesus juga memakai tudung. Kalau tidak percaya taipkan perkataan Mary (mother of Jesus) dan pilih image, korang akan melihat hampir majoriti gambar adalah bertudung. Jikalau Ibu Jesus pon bertudung dan ditambah dengan “Suruhan bertudung didalam Bible“, kenapa pula orang orang kristian nak mengharamkan tudung kepala kepada Wanita Muslim.

Sebenarnya kita perlu kepada cara dan pendekatan baru bagi memahamkan Islam kepada orang Islam dan juga bukan Islam. Ramai yang melihat “Islam” itu maknanya tidak boleh itu dan tidak boleh ini. Tanggapan seperti inilah yang memberatkan kelancaran Islam itu sendiri. Didalam Islam semua makanan kita boleh makan kecuali “pig” dan lain lain yang kecil. Dalam Islam semua minuman itu boleh diminum kecuali “Arak” dan sebahagian lain lain yang kecil. Dalam Islam semua pakaian itu boleh dipakai kecuali yang mendedahkan aurat. Sebenarnya itu sahaja halangannya malah sedikit dan tidak membebankan. Mari belajar ilmu hadis dan juga mazhab supaya kita menjadi Muslim yang sederhana dan tidak fanatik dan juga mampu memberi hujah hujah dengan cara yang baik dan berilmu. Allah sangat menyukai orang yang suka berfikir walaupun sejenak dari banyaknya beribadat tetapi jahil kerana kurangnya ilmu dan kurangnya berfikir. Fikir fikirkan dan renung renungkan……. Assalamualaikum….

Juz30 - ImaanStar Software

Software Al-Quran

53

Selamat Petang semua. Hari ni aku nak menulis artikel pasal “Software Al-Quran”. Korang semua kalau nak baca Al-Quran mesti menggunakan media seperti buku Al-Quran kan. Bagi mereka yang ingin belajar atau mendengar untuk zaman sekarang aku pasti ramai yang menggunakan “mp3 Al-Quran” iaitu dari ustaz ustaz yang menghafaz surah-surah Al-Quran satu persatu kan.

Ada sesetengah dari kita membaca Al-Quran menggunakan komputer untuk me “refer” surah-surah yang diingini. Dibawah ini aku nak memperkenalkan korang dengan software Al-Quran yang mudah untuk korang dan patut ada bagi seseorang muslim.

Juz30 - ImaanStar Software

Juz30 - ImaanStar Software

Setelah menggunakan software “Juz30 – ImaanStar Software” iaitu software Al-Quran ni, aku dapat simpulkan beberapa perkara yang sangat baik untuk pengetahuan korang. Antara fungsi yang ada dalam software ini adalah:

  1. Merangkumi semua surah dari Al-Fatihah – An-Nas
  2. Mempunyai fungsi “play”, “repeat”, dan penanda untuk tujuan pembelajaran
  3. Kita diberi pilihan untuk mendengar “reciter”@ “pembaca al-quran” dari Sheikh Mishary Rashed Alafasy, Mahmood Khaleel Al-Husaree dan Abdullah Bafsar (setting)
  4. Mempunyai terjemahan dalam bahasa English dan Bahasa Melayu  (setting)
Senang cerita, korang pilih “surah”, kemudian pilih “reciter”, kemudian pilih “terjemahan”, kemudian korang “play”, senangkan.. :)
Sambil mendengar kita boleh belajar, hayati dan memahami apa yang Al-Quran ceritakan pada kita. Belajar dari guru itu lebih baik dan software ini hanyalah alat yang kecil untuk membantu kita mengisi masa terluang kita dengan sesuatu yang baik.
————————————————————————————————————————————————————————-
Untuk mendownload software ni, korang download yang ini dahulu iaitu software utama Juz30 2.2 (main program)
Atau untuk senang korang melawat website ini untuk memahami dan download keseluruhan software Al-Quran iaitu http://www.imaanstar.com/juz30.php

Untuk “reciter” aku memilih Sheikh Mishary Rashed Alafasy kerana bunyi yang lunak dan meruntun jiwa lagi lagi untuk surah Yasiin

Go to Top