Android

Samsung Galaxy Note II

Sponsored Video:Introducing GALAXY Note II – Samsung Best Smartphone

26

Nampaknya, kali ini persaingan peperangan smartphone dari pelbagai pengeluar telefon memang sangat sangat hebat. Hinggakan smartphone yang dikeluarkan terlalu pantas. Spesifikasi yang dibeli beberapa bulan lalu selalunya bakal menjadi out of date jika tidak mengikuti trend terkini. Walaupun spesifikasi phone terbaru pantas berubah, akan tetapi cara penggunaannya dan juga aplikasinya tetap sama. Oleh itu rasanya tidak perlulah pemilik smartphone terburu buru untuk menukar phone kepada yang baru kecuali jika benar benar memerlukannya dan phone terbaru menawarkan sistem yang lebih baik dari sebelumnya.

Berita terbaru, Samsung bakal melancarkan telefon pintar mereka dari generasi Galaxy note iaitu Samsung Galaxy Note 2 dan telah disahkan bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan 11 Oktober 2012 ini. Harga jualannya dijangka akan turut dikongsikan bersama pada acara tersebut kelak. Galaxy Note 2 kali ini bakal membawakan kemaskini skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi S-Pen, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean padanya. Samsung Galaxy Note 2 juga membawakan cip pemprosessan Quad Core 1.6Ghz, 2GB of RAM dan juga 8MP kamera belakang, 1.9MP kamera hadapan.

Samsung Galaxy Note II

Samsung Galaxy Note II

Untuk melihat dan menyaksikan sendiri bagaimana Samsung Galaxy Note 2 berfungsi dan apa yang dibawakannya berbanding Galaxy note sebelumnya, anda bolehlah melihat video yang telah disedikan dibawah ini. Untuk maklumat lanjut, boleh lah melayari link website dari Samsung yang telah disediakan ini {http://unr.ly/SQCwGR}. Selamat menonton. Happy and Cheer.

Chicken Foldover

Eyriqazz, Denaihati, Samsung Galaxy S Advance and Chicken Foldover

22

Bulan ni antara banyak bulan yang berlaku macam macam didalam dunia Blogger. Antara contest terbesar bagi bulan ini ada contest Eyriqazz vs Denaihati. Ramai betul yang join dan kita dapat melihat penggunaan “keyword Eyriqazz vs Denaihati” yang sangat panas di engin carian google. Sebelum sampai hujung bulan ini, aku dapati terdapat beberapa blog yang begitu tahan di first page halaman google dan mendapat rangkin yang pertama hingga ketempat kelima.

Antara yang aku amati, kali ini engin blog berasaskan blogspot sangat membantu bagi memenangi keyword Eyriqazz vs Denaihati. Antara kelebihan tambahan bagi memenangai contest ini adalah dengan membuat beberapa artikel tambahan mengenai “Eyriqazz vs Denaihati” untuk membolehkan entry utama kekal bertahan dan revelan untuk terus bertahan dihalaman pertama. Entry aku entah kemana menghilang. Telah hanyut di page belakang akibat persaingan yang sangat tinggi. Inipun adalah entry aku yang kedua selepas entry yang pertama.

Chicken Foldover

Chicken Foldover

Sejak google menjalankan operasi google panda hari itu, aku mendapati terdapat penurunan yang mungkin agak ketara dari segi jumlah trafik yang berkunjung ke blog aku. Dan dalam masa yang sama aku kurang untuk bermain dengan keyword yang mempunyai traffik yang tinggi bagi menarik banyak traffik. Ini kerana aku tidak mahu blog aku menjadi blog bacaan berita yang mana membosankan pembaca dan diri aku sendiri. Entry copy paste memang aku kurang berminat kecuali ianya dihuraikan didalam pandangan diri sendiri.

Bolehkah keyword Eyriqazz vs Denaihati ini menarik traffik dari pengguna mobile. Adakah terdapat traffik dari persaingan Eyriqazz vs Denaihati ini melalui pengguna Samsung Galaxy S Advance?. Atau adakah ada juga blogger kacak yang sanggup melihat  keyword Eyriqazz vs Denaihati melalui smartphone sambil mengunyah makanan yang bernama McD Chicken Foldover?. Jawapanya tiada. Semalam aku try pekena McD Chicken Foldover. Rasanya memang best. Tapi tak der lah aku layan blog guna smartphone. Aku lebih suka guna laptop, besar dan selesa. Selamat berblogging sambil layan keyword Eyriqazz vs Denaihati, main phone android dan layan makanan McD…… :)

samsung galaxy s advance

Beli Samsung Galaxy S Advance

50

Agak terlewat kali ini aku mengupdate entry, tapi tak apa sebab masih ada lagi peminat blog wanwidget yang sudi singgah sini hari hari, hehehe (perasan lebih). Kalau korang ingat, smartphone aku yang pertama adalah Sony Ericsson Xperia X10i. Sudah hampir dekat 2 tahun rasanya aku pakai henset tersebut. Walaupun sudah out of date, akan tetapi memang aku sayang phone tersebut kerana sudah macam macam yang aku lakukan termasuk hack sana sini.

Akan tetapi sejak dua bulan lepas ianya mula meragam apabila phone Sony Ericsson Xperia X10i mula reboot banyak kali. Format sudah, tukar bateri sudah, dan hantar kekedai pon sudah. Kedai menefon aku selepas sebulan dan memaklumkan yang phone tidak dapat dibaiki kerana tidak dapat mengenal pasti punca masalah. Oleh yang demikian hal kerana sudah dua bulan tidak dapat bersama dengan phone android, aku membuat keputusan untuk mendapatkan Samsung Galaxy S Advance setelah membuat penilaian dari segi budget dan juga spesifikasi terkini yang diperlukan.

Jom Join Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
samsung galaxy s advance

samsung galaxy s advance

Boleh dikatakan yang Samsung Galaxy S Advance hampir menyamai dan mempunyai spesifikasi sedikit rendah dari Samsung Galaxy S2 dan ianya berbaloi. Cumanya aku rasa sedikit kurang apabila kamera yang dibekalkan hanya 5MP berbanding Sony Ericsson Xperia X10i yang membekalkan kamera 8MP. Setelah dua hari memakainya aku mendapati tiada kekurangan yang ketara. Semuanya ok. Cuma selepas ini aku ingin memastikan yang phone ini berjaya untuk diinstall aplikasi GPS untuk memudahkan aku mencari tempat yang diingini.

Pada sesiapa yang memakai Samsung Galaxy S Advance pasti sedar yang memori terbina cepat habis apabila mendownload android games data yang besar. Untuk memindahkan fail games data dari phone memory kepada memory card memerlukan phone ini untuk di “root”. Untuk melihat panduan bagaimana untuk rooting Samsung Galaxy S Advance bolehlah refer dipost ini {How To Root Samsung Galaxy S Advance}.

Go to Top