Bisness
Daftar dan Promosikan Malaysia Online Micro Jobs – assignworks.com
0Malaysia Online Micro Jobs – Assalamualaikum! Alhamdulillah, hari ini secara rasminya aku melancarkan dan memperkenalkan salah satu website aku yang terbaru iaitu “assignworks.com“. Website ini ber-niche-kan online micro jobs dan juga freelancers yang aku bina khasnya untuk pasaran Malaysia. Mungkin juga aku akan convertkan ianya untuk menjadi pasaran dunia mengikut situasi dan keadaan semasa nanti. Korang dah daftar? Jom daftar sekarang!
Dan dengan ini, rasmilah yang website ini telah berfungsi. Cumanya mungkin secara dalaman masih lagi aku didalam keadaan cuba memahami, mempelajari dan juga menyesuaikan diri dengan fungsi fungsi yang terdapat didalam framework theme website ini. Terlalu banyak fungsinya dan aku kena belajar semua itu agar segala proses jual beli berjalan dengan lancar. Dan kemungkinan juga aku akan mencari “partner” atau “admin kedua” yang boleh membantu aku melancarkan proses didalam website ini nanti.

assignworks
Kepada pembaca. Aku mengharapkan kepada yang berminat atau kepada korang yang ada bakat seperti menulis didalam bahasa pelbagai bahasa, ada servis yang boleh korang tawarkan seperti servis like, servis buat website, software terbaik, SEO advice, ebook, tips, online marketing, advertising, bisnes, panduan, programming atau apa apa sahaja yang boleh dijual didalam bentuk digital mahupun yang lain bolehlah ikut serta. (more…)
Minta Pandangan – Bisnes Sewa Motosikal
50Bisnes Sewa Motosikal – Mungkin idea ni nampak gila dan diluar normal. Buat pengetahuan korang aku mempunyai 3 buah motosikal iaitu Yamaha 135LC dan juga 2 buah Yamaha Nouvo S, satu berwarna merah dan satu lagi berwarna hitam. Aku bercadang untuk menggunakan Yamaha 135 LC untuk kegunaan peribadi dan dua buah motosikal Yamaha Nouvo S yang berkapasiti engine 115cc itu untuk disewakan sahaja kepada orang luar ataupun kepada sesiapa yang berminat.
Kenapa aku terfikir idea ini? Tujuan aku adalah, daripada aku membazir dan membiarkan motosikal aku itu buruk dan dimamah usia siang dan malam, ada baiknya untuk aku membuat untung. Ada ker yang ingin meminjam motosikal untuk dibuat sewa? Bagi aku kalau tidak cuba mana tahu kan. Ada yang mencadangkan aku supaya menjual sahaja motosikal tersebut dari semak kerana banyak motosikal. Aku tidak sependapat dengan beliau, aku lebih memilih kepada memiliki aset bersih (tiada hutang) daripada menjual motosikal tersebut. Duit hasil dari jual motosikal kita akan habiskan tidak sampai sebulan tetapi aset tetap akan berguna sampai bila bila. Itulah pegangan aku.

Yamaha Nouvo S
Tidak, aku tidak akan sesekali menjual. Maka kalau ada yang bersetuju aku menyewakan sahaja motosikal tersebut pasti ada yang bertanya. Apakah pasaran dan kehendak kawasan sekitar bukan. Ok begini, kalau korang nak tahu, kawasan yang aku tinggal adalah berdekatakan dengan Politeknik dan juga Universiti UiTM. Dan kawasan rumah pangsapuri aku juga diduduki ramai oleh pelajar samada dari politeknik mahupun uitm dan juga orang awam. Mungkin ramai yang kata ramai anak muda sekarang yang ada motosikal, tetapi bagi aku, masih ramai juga yang tidak bermotosikal. (more…)
Membuka Business Facebook Fan Page
58Membuka Business Facebook Fan Page. Dah lima hari hari aku tak online dan tidak berblogging. Sekali sekala ambil cuti dari blogging rasanya tidak salahkan. Mesti peminat wanwidget.com tertunggu tunggu info terbaru kan, hehehe “ader ker”. Sebenarnya aku kekurangan idea nak menulis ni lagi lagi bila lama bercuti. Rangking Alexa pon dah mula jatuh dah tuh. Insyaallah lepas ni rangking alexa pulih dan maintain berada dibawah 500 seperti sebelum ini.
Untuk kali ni aku nak bercerita mengenai business jual beli era baru iaitu jual beli di internet. Ada macam macam cara jual beli diinternet yang boleh kita semua ceburi akan tetapi salah satu yang popular adalah dengan berjual beli di Facebook seperti kaedah business dropship. Alhamdulillah dalam bulan ini aku akan mulakan langkah yang pertama untuk menceburi dan merasai sendiri business diFacebook.

Business Facebook Fan Page
Adakah aku menjadi penjual? Jawapannya adalah “YA” dan “TIDAK”. Kenapa begitu. Aku memilih “TIDAK” buat masa sekarang. Apa yang aku buat adalah join venture business di Facebook dengan kawan yang lain. Dan bila sudah tiba masanya nanti mungkin aku pun akan turut menjual sama. Buat masa sekarang cukuplah dulu dengan menjadi Join Venture Partner. Apa yang aku dapat dengan menjadi partner? Kalau korang nak tahu, setiap helai baju yang terjual aku akan mendapat komisen sebanyak RM5. Dan baju tersebut bukanlah aku yang menjualnya, aku hanya seorang partner sahaja.
Menarik bukan. Kenapa aku tidak menjual akan tetapi tetap mendapat komisen RM5 setiap helai baju yang terjual oleh rakan aku tadi? Ini kerana business Facebook Fan Page itu tadi adalah milik aku dan aku memberi kebenaran untuk menggunakannya dengan syarat perkongsian keuntungan berlaku disana. Dan jangan risau keuntungan yang aku miliki ini tetap kecil iaitu bernisbahkan 25:75 sahaja. Aku happy dan rakan aku pun happy. Selamat berpuasa dari saya Juan sebagai pengarang blog ini. Sekian Terima Kasih…
