Blog/Personal

Shadow Gun Android Games

Tingkatkan dan Dapatkan Backlink from International Traffic

24

Sekarang ni aku banyak juga menghabiskan banyak masa untuk membaca dan menurunkan komen didalam blog luar luar negara supaya backlink yang aku terima adalah dalam bentuk pelbagai. Aku tahu, membina backlink yang berkualiti dan bersangkut paut dengan niche blog memang dialu alukan lebih lebih lagi kalau ingin meningkatkan pendapatan online melalui traffic luar negara. Oleh kerana blog aku ini bukan dari kalangan blog yang menargetkan keyword keyword tertentu dan tidak memfokus kepada satu satu maklumat, maka aku tidak kisah untuk menurubkan komen diblog yang pelbagai.

Sebenarnya aku ada kaedah untuk menurunkan komen diblog. Aku tidak kisah jika blog itu mempunyai alexa ranking yang rendah asalkan blog tersebut aktif dan blogger tersebut juga rajin melawat sahabat sahabat lain. Dengan itu kita akan merasa seperti sedang menjalinkan satu ikatan yang “hidup” diantara blogger walaupun tidak pernah bersua muka. Seperti biasa, bila aku mula berblogwaking diarena blog Malaysia ini, aku akan dapati dan dapat mengecam siapakah blogger Malaysia yang aktif dan otai (lama) didalam dunia blogging. Bagi aku, antara yang kekal lama adalah yang menggunakan domain sendiri berbanding yang percuma mungkin kerana faktor nilai “bayar” membuatkan blogger lebih menghargai blog.

Shadow Gun Android Games

Shadow Gun Android Games – Sekadar Gambar Hiasam

Apabila berulang ulang dan tidak dapat berjumpa dengan blogger baru, aku mengambil inisiatif untuk berkunjung dan melawat sahabat sahabat diblog luar negara (international blogger). Ada pelbagai bagai negeri yang aku pergi. Tidak kisah asalkan mereka menggunakan medium berbahasa english yang dapat difahami oleh aku. Seronok juga apabila mereka juga berblogging seperti kita dan selalu berkongsi idea dan tips tips yang berguna untuk blogger. Yang lagi best apabila blog mereka mempunyai alexa ranking dan pagerank PR yang baik yang dapat meningkatkan lagi nilai blog kita secara separa sedar.

Aku pasti mesti ada dikalangan kita juga berbuat demikian kan. Cumanya relationship yang kita ingin bina dengan mereka agak susah kerana faktor international tadi. Rasanya kalau kita rajin melawat mereka pasti mereka pun tidak keberatan untuk melawat kembali. Sekarang aku tengah ada mood dan rajin untuk blogwalking kesana. Kan lagi best kalau ada yang ingin Guest Posting diblog kita memang meriah lah kan. Aku sendiri telah mendapat beberapa guest post yang menge-post entry diblog aku. Tidak kisahlah, asalkan ianya menyumbang kepada pertambahan entry dan juga nilai SEO. Serius aku jeles ngan kawan kawan blogger yang ada banyak backlink, maybe ini salah satu cara yang boleh aku buat untik tingkatkan lagi backlink diblog ini lagi lagi yang berkualiti. Bye…

Taman Seri Impian Kluang Johor

Teruja Saat Pertama Kali

26

Bila teringat balik kenangan semasa aku cuba cuba membuat blog ini, memang kelakar lah. Korang pun pasti mengalami hal dan perasaan yang sama bukan. Semasa selepas sahaja berjaya membeli domain dan menginstall wordpress, dihadapan aku masa itu hanyalah sebuah blog yang kosong dan menggunakan theme wordpress twenty-eleven. Masa tu tarik nafas panjang panjang. Mula memikirkan idea akan apa yang hendak ditulis. Tiba tiba, tiba disatu keadaan yang menyebabkan kita “stuck” sebentar dan memikirkan “apa yang aku buat nih“. Selepas itu mula memulakan sebuah post entry tetapi tidak yakin dengan diri sendiri.

Betul kata orang, apa yang kita rancang tidak seperti apa yang kita bakal lakukan. Pada mulanya nampak mudah. Bila sahaja jari jemari berada diatas keyboard, barulah minda dan jari jemari menjadi kaku sebentar. Sebab apa? Sebab kita bukanlah seorang Penulis. Kita hanya menulis semasa sekolah menengah itupun terpaksa menghasilkan karangan yang banyaknya sebanyak 350 perkataan. Masa dua jam diberikan untuk menyiapkan karangan sebanyak 350 perkataan. Lepas habis pun tetap tidak berpuas hati.

Taman Seri Impian Kluang Johor

Taman Seri Impian Kluang Johor

Masa berlalu dan terus berlalu. Aku sekarang seorang Blogger. Aku bukanlah seorang blogger terkenal yang mempunyai blog popular. Akan tetapi aku bersyukur dan teruja sekarang apabila kini aku mampu menghasilkan sebuah karangan atau entry post didalam blog aku ini dengan jumlah perkataan yang paling kurang sebanyak 300 setiap entry yang aku keluarkan. Bayangkan, kalau dulu kaku menulis, sekarang aku mampu menulis. (more…)

Blog Popular

Blog Popular dan Top Blog Paling Popular Malaysia

35

Ada apa dengan Blog Popular. Adakah dengan popularnya sesebuah blog akan memastikan ianya akan terus hidup diarena dunia blog? Jawapannya adalah ya. Sesebuah blog yang dikenali ramai sudah pastinya akan memberikan kesan secara tidak langsung terhadap trafik yang mengalir kedalam sesebuah blog. Tanpa disuruh, tanpa dipaksa, satu aliran trafik yang bercorak direct pasti membawa kebaikkan yang significant terhadap empunya blog selain dari organik trafik.

Dengan mengandalkan blog yang popular, satu berita dan maklumat terkini dapat disampaikan dengan berkesan oleh kerana sifat viral yang terdapat pada blog yang popular. Populariti sesebuah blog mampu menjadi pemangkin, satu pusat sehenti atau rujukkan bagi para blogger diluar sana untuk mengambil input yang berguna. Sebenarnya sebebuah blog itu tidaklah mengatakan yang ianya popular akan tetapi ianya secara tidak langsung diberi pengiktirafan oleh para blogger secara ramai dan ianya menjadi seolah olah blog yang boleh dijadikan rujukan dan juga blog yang wajib dilawati.

Blog Popular

Blog Popular

Bagi mengenali beberapa blog popular di Malaysia ni ramai sebenarnya. Hanya yang rajin berblogging dan rajin berblogwalking sahaja yang akan dapat mengenali beberapa blog popular di arena dunia internet Malaysia ini. Aku sendiri sering melawati blog wajib dilawati ini setiap kali berblogging. Sudah menjadi tabiat untuk melakukan “round” dan dari situ aku sendiri akan tahu akan akan hal elwal isu semasa yang berlaku disekeliling kita. Ada blogger yang suka menyampaikan informasi, berita semasa, personal, tips, pendapat, idea dan pelbagai lagi. Dari situlah kita sebagai blogger akan mendapat pelbagai input maklumat yang berinformasi

Adakah Top Blog Paling Popular di Malaysia ini menjadi ikutan ramai? Bagi aku tidaklah ianya menjadi ikutan ramai, akan tetapi ianya hanyalah menjadi role model blogger contoh bagi mengikut jejak langkah blogger lama bagaimana mereka berjaya seperti ini dan berjaya menjadikan blog mereka sebagai blog popular pilihan ramai. Aku sendiri masih lagi berusaha untuk sampai ke sana. Cumanya yang aku pasti sehingga kini adalah, aku harapkan yang aku dapat memaintainkan prestasi kedudukkan alexa aku di Malaysia ini. Dengan kedudukkan yang baik ini nanti diharapkan yang aku dapat memberikan imej yang positif bagi pelawat blog aku ini dan seterusnya menuju ke puncak untuk menjadi blog popular….

Go to Top