Blog/Personal

Admin - Ketika Membotakkan Rambut

Perancangan dan Impian Dalam Berblogging

53


Didalam dunia blog, ada yang menarik dan ada yang tidak. Ada yang melalui zaman kegemilangan dan ada juga yang terpaksa melalui liku liku sukarnya ingin mengembangkan blog sendiri terutamanya ketika blog masih tidak dikenali dan hampir tiada siapa yang meninggalkan komen walau satu komen. Aku ketika semasa bermula berblog dan itulah kali pertama aku tahu dan kenal akan dunia blog. Masih lagi tercari cari rentak untuk mula dikenali dan kalau boleh biarlah paling kurang ada yang sedar yang aku juga wujud dalam arena blog.

Kayu ukur akan kewujudan blog aku ketika itu tidak lain tidak bukan adalah “rangking Alexa”. Mas itu, itulah sahaja panduan dan kayu ukur aku bagi menentukan adakah aku sudah buat yang terbaik? Manakan tidak, kalaulah rangking aku berada pada kedudukan ratusan ribu, siapa yang pandang? Nak turunkan komen pon orang rasa malas apabila mengetahui yang komennya “mungkin” akan jadi sia sia sahaja. Kenapa begitu, ini kerana sumber “backlink” sangat penting bagi blogger yang serius didalam berblogging.

graf statistik visitor

graf statistik visitor

Apabila telah sampai tempoh yang boleh dikatakan mula “matang” didalam berblog, aku rasanya alexa tidak perlulah terlalu cantik, cukup setakat berada diparas rangking 2000 dan kebawah kerana ianya menunjukan blogger tersebut masih lagi aktif dan tidak terlalu radikal didalam berblogging. Kenapa “radikal”? Kerana ada sesetengah blogger mungkin mengambil teknik dan kaedah “aktif blogwalking” setiap hari dan waktu. Apabila kita telah lama berblogging, kita akan sedar yang kita sebenarnya tidaklah perlu “terlalu” didalam ber blogwalking. Cukup hanya sekadar beberapa blog setiap hari dan semestinya “maintain” itu perlu. Artikel pun rasanya tidak perlu terlalu kerap diupdate asalkan ianya berkala. (more…)

Admin

Salam Raya dari Admin wanwidget.com

52

Assalamualaikum. Rasanya masih lagi tidak terlambat bagi aku untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa kepada semua lebih lebih lagi kepada visitor dan blogger yang sudi singgah dan mampir ke sini. Dah seminggu rasanya aku tidak menyentuh langsung blog ini walaupun dikampung ada talian internet. Bila waktu raya, rasanya hampir seminggu aku sangat sangatlah busy kesana dan kemari lebih lebih lagi aku anak yang pertama dan menjadi tunjang keluarga untuk pergi menziarahi sahabat dan sanak saudara kesana dan kesini.

Seminggu berlalu tanpa update telah membuat blog aku ni jatuh rangking alexanya menjadi 666. Lepas ni akan aku pastikan ianya kembali menduduki rangking bawah 500 seperti sebelum ini. Banyak kejadian yang berlaku sepanjang raya samada manis ataupun pahit. Berita yang baik adalah, pendapatan dari google adsense tetap berjalan seperti biasa walaupun tak berupdate selama seminggu, hehe,

Admin

Admin

Inilah pertama kali aku membotakkan kepala sejak hampir 6 tahun yang lalu. Rasa menyesal pon ader bila rambut lambat plak nak tumbuh sejak memendekkan rambut. Tapi tidak mengapa, raut wajah kacak tetap ada walaupun tidak dapat bergaya dengan rambut, whahahaha. Apa apa pun jom layan artikel pendek yang aku sediakan dibawah ini. Kira macam trailer pendek la setiap kejadian yang berlaku semasa raya. (more…)

cpanel interface

Cara Cara dan Bagaimana Membuat Subdomain Blog

54

Cara Cara dan Bagaimana Membuat Subdomain Blog. Aku telah mendapat beberapa pertanyaan tentang bagaimana untuk membuat subdomain bagi blog. Subdomain blog adalah salah satu cara untuk Penjenamaan Blog bagi memperkenalkan niche kepada blog utama. Sebelum ini aku pun tidak tahu bagaimana membuat subdomain blog. Selepas mengetahui cara cara membuat subdomain blog, nampaknya ia tidaklah begitu rumit, malah kita dapat membuatnya dengan banyak tanpa ada masalah pun. Setahu aku subdomain ini adalah “free” bagi mana mana server.

Ok, dibawah ini adalah tutorial dan cara cara bagi membuat subdomain blog. Tutorial ini lebih kepada menginstall system wordpress kepada subdomain blog dan menggunakan “cpanel” sebagai asas. Walaubagaimapun ia tetap sama atau lebih kurang sama walaupun anda menggunakan system “blogspot” sebagai pilihan.

cpanel interface

cpanel interface

Untuk langkah pertama, sila masuk ke akaun cpanel masing masing iaitu disini “http://xxxxxx.com/cpanel” dan masukkan username dan password masing masing. Lupa untuk beritahu, cara cara membuat subdomain blog ini adalah untuk domain berbayar sahaja kerana domain berbayar mempunyai akaun cpanel yang membolehkan seseorang untuk mengakses akaun dan seterusnya membina subdomain melaluinya. (more…)

Go to Top