Book
recent book on the market, a day a book
Sebulan Sebuah Buku – Indahnya Hidup Bersyariat
28Sebulan sebuah buku – Dah berbulan bulan aku tidak buat. Pada kawan yang follow aku dulu dulu pasti perasan aku akan buat review buku sebulan sekali kan. Mungkin terlupa dan kesibukkan semasa menyebabkan aku mengabaikan benda ini. Tetapi tidak mengapa asalkan aku masih lagi ingat dan ingin lakukan akan hal ini. Ok buku terbaru yang aku beli kali ini adalah buku yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat dari Ustaz Dato Ismail Kamus ni. Pasti ramai yang mengenalinya bukan. Aku pasti budak budak yang baru naik sekarang ramai yang kenal Ustaz Azhar Idrus dan pada abang dan kakak yang 27 tahun keatas pasti mengenali susuk Dato Ismail Kamus ni kan.
Aku dah selalu dah nampak buku ini di pasaraya tetapi tidak pula rasa teringin hendak membeli buku ini. Sebab pada tajuknya sahaja aku berfikir ianya hanyalah tentang kebaikkan dan indah didalam hidup bersyariat seperti kisah sejarah ataupun berbentuk motivasi. Bukan tidak bagus tetapi “first impression” aku terhadap tajuk buku ini membuat aku kurang tertarik untuk membelek dan melihat isi buku ini. Inilah yang aku tersilap.

Indahnya Hidup Bersyariat
Beli Buku Indahnya Hidup Bersyariat
Ada kawan yang membeli buku ini. Dia kata bagus. Aku tanya apa yang bagus. Dia kata bagus sebab buku macam ni sebenarnya sangat sangat diperlukan oleh orang awam. Dengan kata lain ianya sebuah panduan asas agama iaitu Modul Fardu Ain untuk diri, keluarga dan masyarakat. Kenapa fardu ain ini penting. Setuju atau tidak kalau aku katakan yang ramai diantara kita sebenarnya kurang pengetahuan mendalam didalam agama. Secara umumnya kita tahu bagaimana nak sembahyang. Tetapi bila ditanya soalan yang rumit sedikit iaitu “kenapa begini” dan “kenapa begitu” pelbagai lagi, kita sudah mula “hang” tanpa jawapan untuk menjawab soalan. Kita lihat sahaja didalam ceramah agama di youtube, begitu banyak soalan yang dilontarkan itu menunjukkan ramai yang kurang faham akan hakikat asas fardu ain itu sendiri. (more…)
Jangan Baca Buku Ini Oleh Abang Ensem
20Pada yang tidak tahu, aku sebelum ini telah dan pernah membeli E-book Abang Ensem dan telah pun habis membacanya. Dan kebetulan sebagai peminat dan juga silent reader diblog Abang Ensem, beliau telah mengeluarkan buku fizikal untuk dijual dan dibaca dikalangan yang berminat perihal hartanah rumah. Dan tidak melepaskan peluang itu, aku terus mendapatkan buku tersebut melalui Aslam dan pembelian dilakukan secara online melalui online transfer. Mudah bukan. Buka online bankin, transfer duit, berikan maklumat dan kemudian dalam dua hari buku pun sampai.
Aku sebenarnya risau kalau buku tersebut sampai ke rumah. Ini kerana aku bimbang “bentuk buku” samada besar atau kecil dan juga ketidakhadiran aku dirumah kerana bekerja di siang hari. Nampaknya buku yang dijanjikan tidaklah sebesar mana dan pihak posmen pula bijak menyampaikan buku dengan memasukkan kedalam peti surat rumah aku. So saiz buku memang ngam ngam la dengan peti surat. Kalau tidak, jenuh la jugak nak kena ambil secara manual dipejabat pos. Oleh kerana buku ini tidak dijual di toko kedai kedai buku maka pembelian buku ini harus melalui online.

Abang Ensem – Jangan Baca Buku Ini
Sehingga aku menulis perihal buku ini yang bertajuk “Jangan Baca Buku Ini”, aku masih lagi belum membacanya. Akan tetapi aku telah melihat secara rambang muka surat demi muka surat. Wow. Ternyata buku yang dihasilkan sangat berkualiti dari segi kualiti buku itu sendiri. Manakan tidak, dengan hanya bayaran sebanyak RM25 termasuk bayaran pos, buku ini langsung tidak menggunakan kertas murah. 100% menggunakan elemen kertas licin kilat dan juga berwarna. Dengan kata lain RM25 yang dikeluarkan oleh kita sangat sangat berbaloi dengan kualiti buku yang dihasilkan. Bagaimana dengan penyampaian dan juga kandungan didalam buku ini? Adakah ianya menarik dan berbaloi? Untuk itu korang kenalah beli untuk mengetahui sendiri isi dalaman buku ini. (more…)
Sebulan Sebuah Buku – Al-Quran, Hadis dan Bible
25Sebulan Sebuah Buku – Al-Quran, Hadis dan Bible. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa diBulan Ramadhan 2012 pada 21 July 2012 iaitu hari esok dan semoga kita diberikan keberkatan yang baik dibulan yang baik ini. Baiklah, kembali kepada tajuk iaitu Sebulan Sebuah Buku. Aku sebelum ini memang sentiasa mengamalkan kempen sebulan sebuah buku untuk diri sendiri dan seterusnya direview buku tersebut didalam blog yang dicintai ini.
Untuk bulan ini, antara buku yang dibeli dan terpilih untuk diisi oleh masa lapang didalam Bulan Ramadhan 2012 yang mulia ini adalah sebuah buku Islamik yang bertajuk Al-Quran, Hadis dan Bible yang dikarang oleh Ahmad Iqram Mohd Nor dan mempunyai 327 muka surat. Kenapa aku memilih buku ini? Ini kerana aku memang suka membaca dan mengkaji tentang perbandingan agama antara Hindu, Buddha, Judaism, Christian dan juga Islam. Perkara ini telah lama aku lakukan dan sedikit sebanyak aku mendapat perkara asas terhadap agama tersebut.

Buku Al-Quran, Hadis dan Bible
Pada buku diatas pula ianya berkisahkan perbezaan dan juga persamaan antara Islam dan juga Christian dari segi ayat ayat yang terkandung didalam Al-Quran dan juga Bible. Dengan memahami asas asas penting didalam ilmu kita akan mampu untuk memahami keadaan sebenar dan juga perkara perkara yang terjadi dimasa lampau dan juga sekarang.
Aku tidak mahu bercerita panjang. Pada sesiapa yang inginkan buku ini bolehlah mendapatkan dikedai buku populer atau dikedai kedai yang ada menjual buku buku Islam. Pendapat aku, baik isikan masa lapang kita dengan bahan bahan yang ilmiah. Kekadang tu dengan membaca kita tidak sedar yang ilmu kita bertambah seiring dengan pembacaan kita. Secara alami, kita akan mengetahui sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu akan hal tersebut. Dengan kata lain, mengamalkan Sebulan Sebuah Buku itu satu hal yang baik dan bermanfaat untuk diri, keluarga, agama dan negara…………:)
