Eyriqazz vs Denaihati
Eyriqazz, Denaihati, Samsung Galaxy S Advance and Chicken Foldover
22Bulan ni antara banyak bulan yang berlaku macam macam didalam dunia Blogger. Antara contest terbesar bagi bulan ini ada contest Eyriqazz vs Denaihati. Ramai betul yang join dan kita dapat melihat penggunaan “keyword Eyriqazz vs Denaihati” yang sangat panas di engin carian google. Sebelum sampai hujung bulan ini, aku dapati terdapat beberapa blog yang begitu tahan di first page halaman google dan mendapat rangkin yang pertama hingga ketempat kelima.
Antara yang aku amati, kali ini engin blog berasaskan blogspot sangat membantu bagi memenangi keyword Eyriqazz vs Denaihati. Antara kelebihan tambahan bagi memenangai contest ini adalah dengan membuat beberapa artikel tambahan mengenai “Eyriqazz vs Denaihati” untuk membolehkan entry utama kekal bertahan dan revelan untuk terus bertahan dihalaman pertama. Entry aku entah kemana menghilang. Telah hanyut di page belakang akibat persaingan yang sangat tinggi. Inipun adalah entry aku yang kedua selepas entry yang pertama.

Chicken Foldover
Sejak google menjalankan operasi google panda hari itu, aku mendapati terdapat penurunan yang mungkin agak ketara dari segi jumlah trafik yang berkunjung ke blog aku. Dan dalam masa yang sama aku kurang untuk bermain dengan keyword yang mempunyai traffik yang tinggi bagi menarik banyak traffik. Ini kerana aku tidak mahu blog aku menjadi blog bacaan berita yang mana membosankan pembaca dan diri aku sendiri. Entry copy paste memang aku kurang berminat kecuali ianya dihuraikan didalam pandangan diri sendiri.
Bolehkah keyword Eyriqazz vs Denaihati ini menarik traffik dari pengguna mobile. Adakah terdapat traffik dari persaingan Eyriqazz vs Denaihati ini melalui pengguna Samsung Galaxy S Advance?. Atau adakah ada juga blogger kacak yang sanggup melihat keyword Eyriqazz vs Denaihati melalui smartphone sambil mengunyah makanan yang bernama McD Chicken Foldover?. Jawapanya tiada. Semalam aku try pekena McD Chicken Foldover. Rasanya memang best. Tapi tak der lah aku layan blog guna smartphone. Aku lebih suka guna laptop, besar dan selesa. Selamat berblogging sambil layan keyword Eyriqazz vs Denaihati, main phone android dan layan makanan McD…… ![]()
WTF ? 23 Properties by 30
33WTF ? 23 Properties by 30. Korang pasti nampak kan didalam beberapa blog terkemuka di Malaysia ada memaparkan tentang perihal buku terbaru oleh saudara Faizul Ridzuan mengenai hartanah. Maybe ramai dikalangan kita kenal dengan blogger AbangEnsem maka tahulah akan bidang yang beliau ceburi iaitu hartanah iatu lebih kepada jual/beli/sewa property.
Alhamdulillah aku dah pun beli Ebook Ariffshah, Ebook AbangEnsem, Buku Azizi Ali dan yang terbaru adalah buku “WTF ? 23 Properties by 30“. Disebabkan ramai yang mempromote dan mendedahkan akan kebaikkan ilmu yang terdapat didalam buku ini, maka aku terus sahaja menyambar untuk mengikuti dan mengetahui akan apakah ilmu ilmu yang terdapat didalam buku ini.
Jom Join Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
WTF ? 23 Properties by 30
Jika melihat kepada tajuknya sahaja, kita mengetahui yang En Faizul Ridzuan telahpun berjaya mengumpulkan 23 properties sebelum beliau mencecah umur 30 tahun. Hebatkan. Aku pun nak juga jadi macam tu. Apabila kita mempunyai aset, masa secara tidak langsung kita mengharapkan suatu hari nanti aset kitalah yang berkerja untuk kita. Tak kan nak kerja seumur hidup? Adalah satu perkara yang bijak jika kita berkerja dengan mengharapkan yang suatu hari nanti aku akan pencen awal dan asetlah yang berkerja untuk kita. Best kan.
Alhamdulillah aku telah berjaya membeli rumah hujung tahun lepas dan paling cepat pun bulan 8 nanti akan dapat kunci rumah. Renovate mana mana yg patut dan bagi sewa kepada penyewa sementara aku masih lagi tiada keperluan untuk duduk dirumah yang baru dibeli. Ini akan memberikan positif cash flow dan setrusnya memudahkan aku untuk memulakan langkah seterusnya iaitu membeli rumah iaitu aset yang seterusnya. Pada yang belum memiliki buku WTF ? 23 Properties by 30 boleh lah mendapatkannya dikedai buku yang berhampiran dengan harga jualan adalah RM=+/-30. Penulisan didalam bahasa English dan mempunyai 176 muka surat………. Bye….. ![]()
Bata Power Sport Shoes
34Bata Power Sport Shoes. Aku memang suka beli kasut. Setakat ini maybe sudah ada 10 kasut dan 6 darinya masih lagi boleh dipakai. Ada dari jenama Nike, Adidas, Power dan juga lain lain. Dua bulan lepas aku beli kasut Adidas. Dan bulan ni aku beli jenama Power. Bila dah semakin dewasa ni, aku rasakan yang jenama bulan lagi keutamaan, akan tetapi design, keselesaan dan ketahanan. Aku pun sudah tidak terasa sesuatu product yang mahal itu semestinya baik. Cukuplah tidak terlalu mahal, cantik designnya, simple reka bentuknya, selesa dan tahan dipakai lama.
Setakat ini, ini kali kedua rasanya aku beli dari product jenama Power. Boleh buat jalan jalan mahupun pergi kerja. Jogging pun boleh. Dah lama tak jogging. Badan pon dah naik semakin hensem dah ni, hehe. Bila pakai kasut baru mesti rasa lain macam jer. Perasaan selesa, almaklumlah baru yer tak. Lepas tu selang seminggu terus dibuat lasak. Kotor pun tak per.
Jom Join Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

mens shoes brands
Gambar diatas ini adalah kasut yang aku baru beli. Jangan salah faham ini bukan entry menunjuk ker aper, akan tetapi ini adalah entry untuk mengisi kekosongan dan kekurangan idea untuk menulis. So apa apa pun jadilah, janji ter-update betul tak. Kasut pun kasutlah. Bila aku survey ke kedai Bata, aku dapat rasanya yang pihak Bata mampu menyediakan kasut yang baik, menarik dengan harga yang berpatutan. Malah boleh aku katakan yang harganya sangatlah baik.
Untuk yang ingin membeli kasut untuk berkerja, aku rasanya yang pilihan jenama Power sangat baik, tidak perlu terlalu berjenama, tidak perlu terlalu mahal, cukuplah ianya selesa dipandang dan dipakai dan tahan pula didalam apa apa kondisi. Tak lama lagi nak raya, jom beli kasut untuk raya. Sebelum tu jom usha tarikh bulan puasa…..
