Food

MasterChef Malaysia Musim Ke-2

MasterChef Malaysia Musim Ke-2 Astro Ria 2012

22

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni aku nak update bab makanan akan tetapi bukan makanan yang aku telah makan, akan tetapi tentang satu program masakkan dari televisyen swasta bayaran. Rancangan aper? Rancangan yang dimaksudkan adalah rancangan MasterChef Malaysia Musim Ke-2 yang akan di pertontonkan melalui Astro Ria (104), Mustika HD (134) dan Astro On The Go. MasterChef Malaysia Musim Ke-2 ini dijadualkan akan bermula pada 8 Sept 2012. Korang dah saksikan siri Ujibakat MasterChef Malaysia pada 8 – 13 Sept 2012 yang lepas?

Semalam aku tertanya tanya di Facebook MasterChef Malaysia akan bila mereka akan mulakan tayangan rancangan memasak nih. Jawapan yang diberi adalah rancangan ini telah pun memulakan tayangan sejak 8 sept 2012 lagi. Eh, macam mana aku pun tak tahu ni. Kalau korang yang mengikuti blog ini pasti tahu yang aku meminati rancangan MasterChef Malaysia ni sejak dari musim pertama hingga yang terlatest iaitu masterchef selebriti. Aku tonton semua sampai habis.

MasterChef Malaysia Musim Ke-2

MasterChef Malaysia Musim Ke-2 – Gambar diambil dari Facebook Masterchef

Minat pada sesuatu tak semestinya orang tu pandai masak. Aku pun macam tu jugak. Sangat jarang lah aku memasak ni. Selalu beli jer. Nama benda bahan masakkan pun aku tak tahu. Tapi memang rancangan seperti MasterChef ni aku minat. Tak tahu kenapa. Hinggakan MasterChef US dan MasterChef Indonesia pon aku tonton sekali. Giler lah. Ni rancangan MasterChef Indonesia Musim Ke-2 pon sedang ditayangkan dinegara Indonesia dan rasanya tinggal 7 orang lagi yang akan melangkah ke final nanti.

Apa yang aku lihat rancangan MasterChef Malaysia Musim Ke-2 ni bagi pandangan aku seolah oleh mereka memilih mereka yang mesra camera, pandai bercakap, aktif, ada daya penarik, pandai masak sudah tentu dan juga diselitkan unsur “drama”. Secara official nya MasterChef belum lagi bermula secara rasmi, akan tetapi masih lagi dalam pemilihan peserta yang layak untuk masuk didalam kumpulan top 24. Maksudnya, masterchef masih lagi didalam mood “Episod Bootcamp” dan bukannya di “Dapur Masterchef” dan malam ni adalah hari terakhir bagi menentukan peserta terakhir bagi top 24. Korang boleh menonton ke semua 12 episod bootcamp secara live disini {MasterChef Malaysia Episode BootCamp Live Streaming}. Selamat menonton…

MasterChef Selebriti Malaysia Episod 4

Azwan Ali di MasterChef Selebriti Malaysia

34

Azwan Ali di MasterChef Selebriti Malaysia. Sehingga ke hari ini rancangan MasterChef Selebriti Malaysia telah memasuki episode yang ke 4. Tak sangka cepat betul rancangan ini telah sampai ke episod yang ke 4. Sehingga kini aku boleh katakan yang rancangan ini menarik walaupun ramai yang memilih orang biasa atau orang awam sebagai yang menjadi peserta untuk rancangan MasterChef Malaysia Musim ke dua ini.

Sebenarnya korang tidak perlu bimbang pun. Hampir kesemua selebriti ini datang dari pelbagai bidang dan bukannya pakar didalam bidang masakkan pun. Dan dengan ini kita juga dapat melihat gelagat dan kemampuan setiap selebriti untuk menunjukkan kemampuan mereka apabila diberi cabaran cabaran untuk menunjukkan kemampuan mereka mengarah, mengorganisasi dan seterusnya memenangi cabaran cabaran seperti ujian peti saji, cipta rasa, dan ujian cabaran berkumpulan diluar.

Sebenarnya rancangan MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama kali ini diadakan adalah untuk menyumbang dana wang kemenangan mereka kepada sebuah badan kebajikan yang mereka pilih untuk disumbangkan jika mereka menang. Jadi dengan adanya program sebegini ianya membawakan tema yang menarik disamping membawakan tema Selebriti ia juga secara tidak langsung membawa satu tujuan lain yang murni iaitu Sumbangan Amal yang akan disalurkan nanti.

MasterChef Selebriti Malaysia Episod 4

MasterChef Selebriti Malaysia Episod 4

Ok berbalik kepada tajuk asal kita iaitu Azwan Ali di MasterChef Selebriti Malaysia. Sebenarnya hampir kebanyakkan selebriti best untuk ditonton kerana hampir kesemuanya ceria, lawak dan bersemangat didalam rancangan ini termasuk Azwan Ali. Kenapa aku memilih Azwan Ali untuk entry ini? Adakah sebab aku peminat dia? Adakah dia selebriti pertama yang tersingkir? Jawapannya tidak. Aku memilih Azwan Ali untuk entry ini adalah disebabkan episod MasterChef Selebriti Malaysia Episode 4 iaitu semalam. (more…)

Apple Pie Mcdonalds

Apple Pie Mcdonalds

36
Apple Pie Mcdonalds

Apple Pie Mcdonalds

Apple Pie Mcdonalds (mcd apple pie @ mcdonalds apple pie) sedap sehingga menjilat jari. Jilat jari ker, bukan makan sampai tumpah dekat tangan pun. Hehhe. Pertama kali makan Apple Pie Mcdonalds ni serius aku tak suka sangat pon malah benci pon ader. Kalau dapat free pon confirm aku akan bagi kat kawan. Tak tau kenapa, lidah melayu aku ni tidak dapat menerima perasa baru dan makanan yang baru, aku tak dapat nak terima yang “apple” boleh dimasak!. Maksud aku ader ker orang masak nangka pastu makan, confirm lain macam jer rasa. Itulah pandangan pertama aku masa makan apple pie ni. Apple dimasak pastu makan, pelik. First time makan memang tak dapat diterima oleh tekak aku ni. Tapi paksa juga. Last-last aper pasal aku dah suker sangat dengan apple pie ni. Sekarang kalau beli tak sah kalau beli dua apple pie ni sekaligus. Sedap pulak. Sekarang baru aku faham, mungkin lidah kita tak dapat terima buat kali pertama, lama lama lidah boleh faham akan makanan tu dan kita dapat terima. Ermmm… aku sambar satu masa nak sahur, RM2 jer satu, hehehehe.

Go to Top