How To Link Adsense Account To Google Analytics
14Sejak sekian lama menggunakan google analytics, baru sekarang aku tahu lebih sedikit akan kebaikkannya. Kita sebenarnya mampu melihat lebih banyak perkara dan detail tentang blog kita. Google Analytics Account yang kita miliki sebenarnya membawa banyak perubahan dari masa ke semasa dengan improvement yang dilakukan oleh pihak google. Bila di godek godek barulah aku tahu yang sebenarnya aku boleh mendapatkan banyak maklumat terperinci mengenai blog sendiri ini kerana apa yang selalu aku lihat hanyalah statistik traffic harian sahaja tanpa mempedulikan dari artikel dan dari sumber manakah aku memperolehi traffic Kalau lah aku tahu awal awal boleh sahaja aku mengambil kebaikkan dari itu.
Kepada pengguna google adsense untuk tahun ini pasti tidak pasti mengalami kejatuhan ketara dengan earning dari adsense. Aku sendiri tidak menjangka yang adsense aku boleh drop dengan sebegitu banyak. Bila dilihat belakang kembali, aku sedar yang sebenarnya google banyak membuat perubahan pada engin carian mereka baru baru ini. Dengan keadaan engin carian google yang menjadi lebih bijak, maka quality content dan juga “pengindexan” blog sangat dititik beratkan kali ini. Tiada kualiti dan juga permainan SEO yang baik, jangan harap dapat bertahan lama dimuka hadapan engin carian dan seterusnya menghasilkan earning yang baik dari Google Adsense.

Google Adsense at Google Analytics
Oleh itu, semalam aku delete low quality content banyak dari blog ini. Sebenarnya quantity bukan ukuran sekarang tetapi quality. Kuantiti banyak tetapi semak bakal duduk jauh jauh didalam engin carian atau tiada terus. Selepas ini aku maybe akan mengambil tindakkan seperti membuang 404 error, disable tag index, disable page index, disable category index dan lain lain. Yang perlu kita indexkan di engin carian google hanyalah entry. Tetapi bagus juga google berbuat begitu, secara tidak langsung mendidik diri ini untuk menulis dengan lebih panjang lebar dari yang ciput ciput. Aku memang dah terbiasa menulis paling kurang 350 patah perkataan setiap entry dan kali ini mungkin lebih panjang lagi. (more…)
Melihat Statistik Fail Muat Turun Menggunakan Google URL Shortener
38Ramai yang gunakan perkhidmatan untuk memendekkan URL mana mana link dengan menggunakan perkhidmatan popular sepert bit.ly, tiny.cc dan pelbagai lagi samada yang berbayar mahupun yang percuma. Aku juga mula suka dan berminat untuk menggunakan perkhidmatan untuk memendekkan URL ini walaupun pada mulanya aku merasakan perkhidmatan seperti ini seperti karut, sangat tidak berguna dan tanpa tujuan.
Setelah melalui beberapa fasa, aku mula bersikap lembut dan berpendapat perkhidmatan memendekkan URL ini sangat berguna dan membantu lagi lagi ianya dapat mengurangkan keserabutan link link yang panjang didalam blog. Aku bukan lah seorang yang menggunakan perkhidmatan ini secara tegar. Malah aku lebih sukakan perkihdmatan memendekkkan alamat URL dari pihak Google sendiri iaitu Google URL Shortener.

Google URL Shortener
Kenapa aku gunakan Google URL Shortener? Kerana aku yakin akan keselamatan dan kebersihan terutamanya dari pihak google. Tentulah google berasa lebih yakin apabila link link yang digunakan adalah dari pihak mereka yang tentunya imej bersih dapat diberikan kepada blog kita daripada menggunakan dari pihak lain yang belum tentu terjaga.
Kalau korang tahu, bahawa sebelum ini aku ada menuliskan sebuah entry berkenaan Papago M9 dan aku telah memberikan link link download untuk Papago M9 berserta Map Malaysia sekali. Link link tersebut dari mediafire dan telah aku pendekkan menggunakan perkhidmatan dari Google ini.
Apa yang menarik bukan link URL yang telah dipendekkan itu. Akan tetapi aku teruja dapat melihat statistik muat turun link yang aku berikan. Secara kasarnya entry pos mengenai papago tidaklah mendapat begitu banyak komen, akan tetapi statistik menunjukkan sebaliknya. Statistik menunjukkan yang begitu ramai yang mencari dan mendownload fail yang telah aku sediakan untuk kegunaan mereka. Melihat angka ratusan seperti itu membuat aku berasa puas apabila dapat memberikan sesuatu kepada mereka diluar sana.
Tunaikan Google Adsense Melalui Western Union Kali Ke-2
52Dalam tahun ini, ini kali ke-2 iaitu semalam aku mengeluarkan lagi pendapatan dari google adsense. Pada yang kali pertama dahulu aku berjaya cash out sebanyak RM398 dengan kadar tukaran matawang Malaysia sebanyak USD1 = RM3.154. Bila sudah dua kali berjaya mengeluarkan wang menggunakan western union aku berasa semakin yakin dengan apa yang aku lakukan. Maklumlah orang tempatan yang bergaji tempatan nak “try try” main dengan borang western union, hehehe.
Pihak bank tanya “Ni duit ni siapa yang hantar, saudara ker?”, aku pula menjawab “Tak, ni duit dari syarikat”, hehehe. Betullah, Google Inc kan sebuah syarikat yer tak. Cuma yang agak risau semalam adalah apabila proses untuk pengeluaran wang menggunakan western union semalam agak lambat sehingga aku terpaksa menunggu hampir 1 jam lamanya. Mereka kata system down. Aku bukan risaukan kalau sistem down, akan tetapi jika pengeluaran wang google adsense aku tidak berjaya, tu jer.

Western Union Google Adsense
Kedudukkan matawang Malaysia yang semakin kukuh berbanding Dollar USD menyebabkan rate kadar tukaran wang asing terhadap Malaysia rendah iaitu pada paras USD1=RM3.01 sahaja. Dan disebabkan itu pengeluaran pendapatan hasil dari google adsense semalam lebih rendah dari apa yang aku targetkan iaitu RM469. Ok lah tuh kan daripada tak dapat apa apa kan. Bolehlah aku buat bayar duit roadtax aku hujung bulan nih, hehe.
Setakat ini western union antara yang paling cepat pengeluaran wangnya iaitu tidak sampai sehari. Aku ada dengar yang ura ura pihak MoneyGram akan meluaskan rangkaiannya di Malaysia dan pihak Maybank dan CIMB telahpun memulakan langkah awal memperkenalkan sistem MoneyGram dan menamatkan Western Union. Aku harap, pihak Bank Rakyat mahu untuk meneruskan perkhidmatan western union ini sampai bila bila. Kalau google adsense menerima pakai MoneyGram tidak mengapa, kalau tidak, kan jadi susah. Apa apa pun thanks Google Adsense….
