Hari Raya Aidilfitri
Bonus Setengah Bulan Gaji | Bayaran Khas RM500 Sempena Raya 2012
34Bonus Setengah Bulan Gaji | Bayaran Khas RM500 Sempena Raya 2012. Ini berita terbaru dari kementerian yang mengatakan kerajaan mengumumkan dan bersetuju memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini. Ini bermakna penjawat awam dan juga peasara kerajaan bakal menerima bonus ini sempena perayaan yang bakal datang nanti.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Alhamdulillah dengan berita ini. Semoga dengan bonus yang diterima nanti dapat mengurangkan bebanan bagi menghadapi musim raya nanti.

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam
Mungkin disini aku ingin memberikan sedikit pandangan peribadi. Tidak tahu samada pembaca bersetuju ataupun tidak. Sebenarnya aku agak skeptikal dan tidak bersetuju dengan cara kerajaan mahupun swasta (saya swasta) didalam mengagihkan gaji sempena perayaan. Ada sebahagian dari institusi kerajaan mahupun swasta yang suka mengagihkan dan membayar gaji perkerja dengan lebih awal atas alasan perayaan. Bagi aku sistem ini hanya akan membuat perkerja awam mahupun swasta menghabiskan dan membelanjakan gaji mereka dengan tidak berhemah.
Penggunaan dan perbelanjaan gaji dengan lebih awal dari sepatutnya memang membantu didalam jangka pendek akan tetapi akan menyebabkan kekalutan selepas itu seperti wang gaji habis sebelum masanya, sifat bersederhana akan tidak dapat dibentuk, gejala berhutang selepas raya dan lain lain lagi. Jadi dengan adanya bonus yang diberikan, adalah lebih baik ianya digunakan sebaiknya dan gaji di “bank-in” seperti biasa. Rasanya amalan menabung lebih awal adalah lebih baik bagi menghadapi musim raya.
Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012
46Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012. Layan layan twitter tadi tetiba ada somebody tweet mengatakan yang bulan puasa akan hadir didalam beberapa hari lagi. Terkejut aku! Aku tahu yang bulan puasa untuk tahun ni semakin awal berbanding tahun lepas akan tetapi tak tahulah bilakah tarikh tepat bulan puasa untuk tahun 2012 ini. Dengan tiba tiba somebody tweet mengatakan yang bulan puasa akan tiba beberapa hari lagi membuat aku terus mencari maklumat sahih didalam internet dan seterusnya memberikan idea untuk entry pada pagi ini.
Kalau berdasarkan pada gambar dibawah iaitu data yang diambil dari pihak jabatan islam, jadual dibawah menunjukkan yang bulan puasa bagi tahun 2012 di Malaysia ini akan bermula pada 21 Julai 2012 iaitu jatuh pada hari sabtu dan sebarang perubahan pula tertakluk pada pengumuman akan datang. Nampaknya sedar dan tidak sedar yang bulan puasa 2012 hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Ada tak puasa puasa yang lepas yang masih lagi tidak digantikan wahai anak ADAM…

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012
Terasa cepat masa berlalu yer. Rasanya macam baru lagi aku balik kampung, memakan juadah kuih raya, pulut rendang dan bermaaf maafan dipagi raya. Tetiba bulan puasa datang lagi. Benar akan apa yang diberitakan, bahawa akan sampai suatu masa nanti akan tiba dimana waktu atau masa berputar dengan laju dan sepertinya masa bergerak dengan pantas. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian dan kelalaian. Ingat mengingati sesama kita.
Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012 dah pun disiarkan, maka kepada mak mak orang dan bapak bapak orang, korang pandai pandailah kena budget dari sekarang untuk persediaan rohani untuk amalan bulan puasa, baju raya, kuih raya, servis kereta dan macam macam lagi. Kalau tengok pada jadual diatas, hari raya haji pon macam dekat sangat. Memang banyak lah persediaan tu nanti. Apa apa pun bersederhanalah didalam apa jua urusan. Assalamualaikum.
Nak Satu Bang
72Selamat tengah hari. Korang baca tajuk korang rasa apa? Sebenarnya entry ni berkenaan bulan mulia syawal yang belum habis lagi. Berapa ramai dari kita yang suka bersedekah atau memberi sesuatu kepada yang lain. Yer memang benar kita ada buat masa berzakat masa ramadhan tuh, tetapi itu diwajibkan, bagaimana dengan bersedekah semasa waktu lain lain?

girls
Semalam aku beli cucur udang, pisang goreng dan kuih lempung. Dalam masa nak balik rumah (rumah apartment), naik tangga, ader seorang budak perempuan dalam lingkungan 10-14 tahun melihat pada aku. Dia melirik kearah tiga bungkusan plastik yang sedang dalam genggaman tanganku. Kemudian perempuan kecil itu bertanya pada aku “bang, nak satu bang!”. Muka perempuan kecil itu seakan akan mengharap agar aku mengabulkan permintaannya. Aku pun tanpa berfikir panjang memberi satu plastik bungkusan makanan goreng pisang semua kepadanya. Perempuan kecil itu pon mengucap terima kasih dan terus berlalu pergi dengan wajah yang gembira. Korang tahu tak apa yang aku rasakan? Aku rasakan suatu kegembiraan, ketenangan dan damai tatkala aku melakukan perbuatan “sedekah”.
Aku bukan ingin menunjuk yang aku baik ker aper, apa yang aku ingin sampaikan adalah “perasaan apakah yang korang alami tatkala seseorang minta bantuan atau permintaan dan korang berjaya tunaikan?“. Itulah perasaan yang aku alami semalam. Dan ini menunjukkan Allah menggalakkan kita bersedekah kerana ia dapat mendidik hati dan jiwa ini dari sifat tamak dan membentuk sahsiah keikhlasan dalam hati. Sempena bulan syawal ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Dan Batin…. ![]()
