Hari Raya
Salam Raya dari Admin wanwidget.com
52Assalamualaikum. Rasanya masih lagi tidak terlambat bagi aku untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa kepada semua lebih lebih lagi kepada visitor dan blogger yang sudi singgah dan mampir ke sini. Dah seminggu rasanya aku tidak menyentuh langsung blog ini walaupun dikampung ada talian internet. Bila waktu raya, rasanya hampir seminggu aku sangat sangatlah busy kesana dan kemari lebih lebih lagi aku anak yang pertama dan menjadi tunjang keluarga untuk pergi menziarahi sahabat dan sanak saudara kesana dan kesini.
Seminggu berlalu tanpa update telah membuat blog aku ni jatuh rangking alexanya menjadi 666. Lepas ni akan aku pastikan ianya kembali menduduki rangking bawah 500 seperti sebelum ini. Banyak kejadian yang berlaku sepanjang raya samada manis ataupun pahit. Berita yang baik adalah, pendapatan dari google adsense tetap berjalan seperti biasa walaupun tak berupdate selama seminggu, hehe,

Admin
Inilah pertama kali aku membotakkan kepala sejak hampir 6 tahun yang lalu. Rasa menyesal pon ader bila rambut lambat plak nak tumbuh sejak memendekkan rambut. Tapi tidak mengapa, raut wajah kacak tetap ada walaupun tidak dapat bergaya dengan rambut, whahahaha. Apa apa pun jom layan artikel pendek yang aku sediakan dibawah ini. Kira macam trailer pendek la setiap kejadian yang berlaku semasa raya. (more…)
Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel Penang
29Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel Penang. BIla start bulan puasa ni, banyak lah hotel hotel yang membuat event “Buffet Ramadhan” dihotel hotel mereka. Dan disebabkan itulah banyak jugalah ajak ajakan dari rakan yang ingin membuka puasa dihotel hotel yang menawarkan makanan yang baik dan harga yang berpatutan. Rasanya dua tahun lepas adalah tahun aku pertama kali membuka puasa dihotel.
Alhamdulillah dan tahun ini adalah kali kedua aku berbuka puasa bersama rakan rakan di Evergreen Laurel Hotel Penang yang dikhaskan untuk “Ramadhan Buffet“. Evergreen Laurel Hotel Penang bertempat di Gurney Drive dan tidaklah jauh dari tempat aku berkerja. Harga bayaran bagi menikmati Ramadhan Buffet seorang adalah RM65 dan selepas habis menikmati juadah berbuka puasa, pihak hotel Evergreen Laurel Hotel akan memberikan coupun 25% penjimatan jika kita berhasrat untuk datang lagi. Jimat banyak tuh.
Diatas ini adalah sedikit gambar yang aku upload yang menunjukkan makanan yang aku dan rakan rakan ambil. Tak sempat nak snap banyak gambar dan maaf jika aku hanya upload 4 gambar sahaja. Nanti berat pulak blog aku nih, hehe. Secara asas makanan yang disediakan tidak mengecewakan seperti Nasi Goreng, pasta, seafood, buah-buahan, kuih muih, aiskrim dan banyak lagi lah. Dah nama pun ramadhan buffet of course lah banyak menu makanan yang disediakan. Ingat, aku bukan “Food Blogger Melayu“. Ini entry santai untuk pembaca..
Bayar RM65 kenalah rasa semua. Rugilah kan kalau makan sikit jer. Rasa semua sedikit demi sedikit. Di Evergreen Laurel Hotel Penang ini, ramadhan buffet ini dibuka kepada semua kaum. Semasa makan tu ramai jugalah Melayu, Cina dan juga Western yang makan sekali. Cumanya untuk orang Islam tu dibunyikan gendang seolah “bunyi gong” untuk menunjukkan masuknya waktu berbuka. Angkatlah tangan kami semua dan membacakan doa berbuka puasa dan menjamu selera. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah kurniakan kepada penduduk Malaysia. Terima Kasih…
Bonus Setengah Bulan Gaji | Bayaran Khas RM500 Sempena Raya 2012
34Bonus Setengah Bulan Gaji | Bayaran Khas RM500 Sempena Raya 2012. Ini berita terbaru dari kementerian yang mengatakan kerajaan mengumumkan dan bersetuju memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini. Ini bermakna penjawat awam dan juga peasara kerajaan bakal menerima bonus ini sempena perayaan yang bakal datang nanti.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Alhamdulillah dengan berita ini. Semoga dengan bonus yang diterima nanti dapat mengurangkan bebanan bagi menghadapi musim raya nanti.

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam
Mungkin disini aku ingin memberikan sedikit pandangan peribadi. Tidak tahu samada pembaca bersetuju ataupun tidak. Sebenarnya aku agak skeptikal dan tidak bersetuju dengan cara kerajaan mahupun swasta (saya swasta) didalam mengagihkan gaji sempena perayaan. Ada sebahagian dari institusi kerajaan mahupun swasta yang suka mengagihkan dan membayar gaji perkerja dengan lebih awal atas alasan perayaan. Bagi aku sistem ini hanya akan membuat perkerja awam mahupun swasta menghabiskan dan membelanjakan gaji mereka dengan tidak berhemah.
Penggunaan dan perbelanjaan gaji dengan lebih awal dari sepatutnya memang membantu didalam jangka pendek akan tetapi akan menyebabkan kekalutan selepas itu seperti wang gaji habis sebelum masanya, sifat bersederhana akan tidak dapat dibentuk, gejala berhutang selepas raya dan lain lain lagi. Jadi dengan adanya bonus yang diberikan, adalah lebih baik ianya digunakan sebaiknya dan gaji di “bank-in” seperti biasa. Rasanya amalan menabung lebih awal adalah lebih baik bagi menghadapi musim raya.




