Islam
Street Dakwah di Malaysia
29Sesetengah dari korang yang jenis layan islamic video kat youtube pasti menemui beberapa video islamic dinegara barat yang aktif menjalankan dakwah dengan kaedah dijalan jalan mahupun ditempat tumpuan orang ramai. Bila lihat dan tonton video sebegitu, aku merasakan pertama kali aku lihat jenis dakwah yang sebegini tetapi sangat baik dan praktikal. Manakan tidak, dengan menjelaskan serba ringkas tanpa menekan mana mana individu mampu mendorong orang awam yang berlainan agama untuk mengetahui lebih lanjut tentang agama tanpa malu dan segan. Bak kata pepatah “orang tidur disorongkan bantal”, begitulah yang terjadi pada orang ramai yang memang mencari dan tertanya tanya tentang agama.
Kita kat Malaysia ni susah nak tengok orang sembahyang kat mana mana seperti ditempat awam mahupun dibahu bahu jalan. Kalau time hari raya seperti di mesir, mereka mengadakan sembahyang secara berjemaah dengan melakukannya di tempat tempat terbuka dan tempat awam yang mempunyai sebuah kawasan lapang yang luas. Aku sendiri pernah mengalami pengalaman seperti itu dengan sembahyang berjemaah dipadang sekolah secara beramai ramai. Serius dapat rasa satu kelainan yang tak pernah digambarkan. Dengan berbumbungkan langit, persekiratan terbuka, udara sejuk dan keheningan malam memang terasa khusuk dan fokus bila bersembahyang.

Street Dawah – image credit to https://www.facebook.com/StreetDawahAustralia
Tak sangka rupanya di Malaysia pin dah ada program sebegini seperti yang dilakukan dinegara negara barat. Mungkin sebelum ini sudah ada tetapi pendedahan kepada orang ramai sangat minimum hinggakan aku tidak tahu ianya sudah dijalankan sebelum ini. Buka “booth” dilaluan utama orang ramai. Menyediakan buku buku percuma dan mambawa ahli dakwah yang mampu menyampaikan penerangan dengan jelas, ringkas dan padat dan juga mampu melawan hujah dengan kaedah yang betul dan sederhana. Mungkin Ahmad Deedat Book salah sebuah buku yang sesuai untuk dibaca. (more…)
SalamWorld Official Launch Date
14Kalau sebelum ini aku ada pernah menulis pasal SalamWorld ini iaitu sekali didalam blog ini. Kalau yang tak tahu dan pening dengan apa itu SalamWorld boleh lah baca artikel aku sebelum ini. Meh aku bagi penjelasan secara ringkas. SalamWorld adalah satu usahasama diantara negara muslim termasuk Malaysia yang di mulakan oleh Turki untuk membina dan membangunkan satu social network seakan Facebook yang bersifat dan bercirikan Islamik. Bagi aku ianya sangat menarik sejak penutupan muslim social networking iaitu Muxlin. Serius tension aku bila Muxlim ditutup kerana aku menaruh harapan yang besar.
Mengikut berita sebelum ini SalamWorld dijanjikan akan dilaksanakan dan dilancarkan pada hari raya puasa tahun ini. Tetapi berita tu senyap sehingga kini. Aku pun pening samada pihak mereka serius atupun tidak. Akan tetapi secara “underground” pihak SalamWorld memang aktif mempromosi social networking mereka ke serata dunia malah mereka telahpun berkunjung dan membuat presentation di Malaysia. Sangat menarik. Aku sangat berharap interface mereka nanti menarik dan mampu menarik minat pengguna Facebook yang muslim untuk beralih ataupun paling tidak pun menjadikan SalamWorld sebagai social networking yang kedua buat mereka.

SalamWorld – image credit to SalamWorld Official Facebook
Tadi aku dapat email jemputan untuk mengisi sebuah borang dari SalamWorld. Ini adalah email jemputan untuk menjadi pengguna yang terawal versi BETA untuk menguji dahulu laman muslim social networking sebelum ianya benar benar di release kepada public. Wow, berita ni sahaja sudah buat aku gembira. Ini kerana ianya menunjukkan yang mereka benar benar serius dan kini versi beta yang akan dilancarkan tidak lama lagi menggambarkan akan dekatnya tarikh pelancaran SalamWorld ini nanti. (more…)
Dr Zakir Naik Malaysian Tour
8Sebenarnya sebelum ni aku ni jenis yang suka membaca buku. Sekarang kadang kadang ja aku baca akibat kesibukkan yang melanda. Banyak buku yang aku beli berunsurkan islamik, fakta, sains dan juga genre yang ringan mahupun berat, melayu mahupun english. Video pula sebelum ini pun banyak yang aku layan yang berunsur Islam, Kristian, Judais, Buddhism, Hinduism dan yang lain.
Antara tokoh debat agama yang aku paling minati sudah tentulah Syeikh Ahmad Deedat. Aku tonton hampir kesemua video ceramah mahupun debat beliau. Kadang kadang terasa macam dah nak khatam dah semua video tuh. Kadang kadang siap ulang tayang lagi. Tak tahu kenapa tetapi memang aku berminat dengan cara penyampaian beliau yang sangat bersahaja, berilmiah dan terbukti tepat dalam setiap argumentasi yang beliau lontarkan.

Dr Zakir Naik Malaysian Tour
Sejak pemergian Sheikh Ahmad Deedat, tokoh Orator Muslim yang hebat dan dikenali diserata dunia pada waktu sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah Dr Zakir Naik yang berbangsa India yang hebat didalam bidang “comparative religion”. Bila aku tonton video video beliau memang tidak sah lagi beliau juga sama baik dan bagus dengan Sheikh Ahmed Deedat. Cumanya slanga Dr Zakir Naik lebih kearah india membuatkan ucapan bahasa english beliau kurang sedikit lebih baik berbanding Sheikh Ahmed Deedat.
Sedar tak sedar, aku mendapat khabar dari Facebook yang Dr Zakir Naik akan membuat road tour di Malaysia tahun ini. Dr Zakir Naik Malaysian Tour ini akan diadakan di Johor, Shah Alam, Penang, Kuantan dan juga di PWTC Kuala Lumpur. Pada sesiapa yang berminat nak sertai bolehlah membuat permohonan penyertaan disini {Attent Zakir Naik}. Pas masuk kalau tak silap aku adalah percuma. Insyaallah kalau ada kelapangan masa, aku ingat aku nak sertai dan mendengar sendiri secara live bagaimana Dr Zakir Naik membahaskan isu isu tentang Islam. Jom Join.
