Knowledge

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

46

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012. Layan layan twitter tadi tetiba ada somebody tweet mengatakan yang bulan puasa akan hadir didalam beberapa hari lagi. Terkejut aku! Aku tahu yang bulan puasa untuk tahun ni semakin awal berbanding tahun lepas akan tetapi tak tahulah bilakah tarikh tepat bulan puasa untuk tahun 2012 ini. Dengan tiba tiba somebody tweet mengatakan yang bulan puasa akan tiba beberapa hari lagi membuat aku terus mencari maklumat sahih didalam internet dan seterusnya memberikan idea untuk entry pada pagi ini.

Kalau berdasarkan pada gambar dibawah iaitu data yang diambil dari pihak jabatan islam, jadual dibawah menunjukkan yang bulan puasa bagi tahun 2012 di Malaysia ini akan bermula pada 21 Julai 2012 iaitu jatuh pada hari sabtu dan sebarang perubahan pula tertakluk pada pengumuman akan datang. Nampaknya sedar dan tidak sedar yang bulan puasa 2012 hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Ada tak puasa puasa yang lepas yang masih lagi tidak digantikan wahai anak ADAM…

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

Terasa cepat masa berlalu yer. Rasanya macam baru lagi aku balik kampung, memakan juadah kuih raya, pulut rendang dan bermaaf maafan dipagi raya. Tetiba bulan puasa datang lagi. Benar akan apa yang diberitakan, bahawa akan sampai suatu masa nanti akan tiba dimana waktu atau masa berputar dengan laju dan sepertinya masa bergerak dengan pantas. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian dan kelalaian. Ingat mengingati sesama kita.

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012 dah pun disiarkan, maka kepada mak mak orang dan bapak bapak orang, korang pandai pandailah kena budget dari sekarang untuk persediaan rohani untuk amalan bulan puasa, baju raya, kuih raya, servis kereta dan macam macam lagi. Kalau tengok pada jadual diatas, hari raya haji pon macam dekat sangat. Memang banyak lah persediaan tu nanti. Apa apa pun bersederhanalah didalam apa jua urusan. Assalamualaikum.

Tudung Kepala

Isu Tudung Kepala Wanita Muslim dan bukan Muslim

64

Entry/post pada kali ini lebih bercorak ilmiah dan agak ringan. Tajuk yang ingin aku bawa pada hari ini adalah pasal seputar Isu Tudung Kepala Wanita Muslim dan bukan Muslim. Ada apa dengan tudung dan kenapa dengan tudung kepala wanita. Ulasan pendapat peribadi aku ini bukan isu akan halal dan haramnya tudung wanita akan tetapi ulasan aku ini berkisar akan tentang pendapat umum masyarakat dunia tentang Tudung Kepala Wanita Muslim. Relevenkah amalan agama dipraktikan didalam zaman dunia yang moden masa kini?

Kalau kita lihat berita diluar negara atau eropah, mereka besungguh sungguh ingin melaksanakan undang undang mengharamkan pemakain tudung kepala atau lebih senang disebuat sebagai scraf/veil/hijab/niqab. Mereka melihat ajaran agama Islam sebagai amalan kuno dan ketinggalan zaman dan kebebasan hak sama rata tidak diberikan kepada wanita muslim. Adakah Islam tidak adil? Adakah hak sama rata tiada didalam Islam?

Tudung Kepala

Tudung Kepala

Sebenarnya pemakaian penutup kepala atau tudung ini adalah kewajiban dan juga adalah perintah Allah. Ia bukannya datang dari manusia yang bergelar suami, akan tetapi ia adalah perintah tuhan. Mereka iaitu pihak kristian tidak atau pura pura sengaja tidak nampak bahawa kewajiban menutup kepala juga terdapat didalam ajaran Bible. Malah ibu kepada Jesus juga memakai tudung. Kalau tidak percaya taipkan perkataan Mary (mother of Jesus) dan pilih image, korang akan melihat hampir majoriti gambar adalah bertudung. Jikalau Ibu Jesus pon bertudung dan ditambah dengan “Suruhan bertudung didalam Bible“, kenapa pula orang orang kristian nak mengharamkan tudung kepala kepada Wanita Muslim.

Sebenarnya kita perlu kepada cara dan pendekatan baru bagi memahamkan Islam kepada orang Islam dan juga bukan Islam. Ramai yang melihat “Islam” itu maknanya tidak boleh itu dan tidak boleh ini. Tanggapan seperti inilah yang memberatkan kelancaran Islam itu sendiri. Didalam Islam semua makanan kita boleh makan kecuali “pig” dan lain lain yang kecil. Dalam Islam semua minuman itu boleh diminum kecuali “Arak” dan sebahagian lain lain yang kecil. Dalam Islam semua pakaian itu boleh dipakai kecuali yang mendedahkan aurat. Sebenarnya itu sahaja halangannya malah sedikit dan tidak membebankan. Mari belajar ilmu hadis dan juga mazhab supaya kita menjadi Muslim yang sederhana dan tidak fanatik dan juga mampu memberi hujah hujah dengan cara yang baik dan berilmu. Allah sangat menyukai orang yang suka berfikir walaupun sejenak dari banyaknya beribadat tetapi jahil kerana kurangnya ilmu dan kurangnya berfikir. Fikir fikirkan dan renung renungkan……. Assalamualaikum….

israk mikraj

Israk Mikraj 2011

19

Salam semua. Hari ni saya akan menulis artikel akan peristiwa Israk Mikraj sempena jatuhnya peristiwa itu pada 29 Jun 2011 iaitu 27 Rejab 1432H. Bulan rejab akan menutup tirai tidak lama lagi. Hatta kita sebagai manusia kekadang lupa akan sesuatu peristiwa. Sama sama la kita mengingati satu sama lain.

Hari ni saya tidak akan menulis panjang, cukup setakat poin poin yang perlu kita ketahui selaku umat islam iaitu apa itu Isra’ Mikraj. Dibawah ini saya akan meletakkan poin poin pengertian Isra’ Mikraj :

1. Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1)

2. Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18)

Ada banyak peristiwa yang belaku disebalik peristiwa isra mikraj ini dan yang paling utama peristiwa di “Fardukan Solat Lima Waktu” terhadap kaum muslimin. Jadi kepada yang tidak tahu bila solat difardukan maka Isra Mikraj lah yang membawa kepada fardunya solat lima waktu.

Selamat Membaca :)

Go to Top